Tidak salah jika Hijabista katakan bahawa ayah merupakan kekasih pertama bagi seorang anak perempuan. Ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup si gadis dan banyak mempengaruhi sikap serta perlakuan si anak.

Bila meningkat dewasa, si gadis sudah mula mengenal erti cinta dan akhirnya lebih banyak menghabiskan masa bersama lelaki lain berbanding ayahnya sendiri. Perlu anda tahu bahawa sebenarnya kata-kata seorang ayah banyak mempengaruhi emosi anak terutamanya anak perempuan.

Menurut seorang wanita bernama Nurul Ilyani, seorang ayah tidak sepatutnya biarkan lelaki asing mengetuk pintu hati anak gadis mereka sebelum tiba masanya. Katanya, pujian seorang ayah itu begitu ajaib hingga mampu meningkatkan keyakinan diri si anak perempuan sehingga mereka tidak memerlukan pujian lelaki lain selain daripada ayah mereka.

Ikuti perkongsian wanita ini dan diharapkan ia menjadi iktibar buat ayah-ayah di luar sana. Jika masih belum memuji anak anda, lakukan hari ini!

Foto: Facebook Nurul Ilyani

Jangan biarkan lelaki asing mengetuk pintu hati anak gadis kita sebelum tiba masanya..

Saya membuka siri ceramah beliau. Dalam bahasa Inggeris. Saya suka. Saya suka. Ustaz Nouman Ali Khan, pendakwah yang sangat saya senangi. Antara intipati kali ini:

Tahukah anda apakah self-esteem yang paling penting bagi anak gadis kita?

Bukan rasa dia pandai.
Bukan rasa dia hebat.

IKLAN

Tapi diterima, dipuji, dikagumi oleh bapanya sendiri.

Perasaaan self-esteem tinggi apabila dikagumi oleh ayahnya sendiri bakal menyahkan lelaki-lelaki ajnabi yang cuba menggoda anak gadis kita.

Foto: Facebook Nurul Ilyani

Awak cantik pakai tudung.
Awak sangat menarik bila membantu ibu.
Awak mengkagumkan ayah bila membaca Quran.

Ayat-ayat di atas, jangan sampai keluar dari mulut lelaki ajnabi. Tapi biar keluar dari mulut ayahnya sendiri.

Pernahkah ayah-ayah memuji anak gadis begini? Jika belum, lakukan sekarang.

IKLAN

Bilakah kali terakhir ayah-ayah memuji anak gadis begini? Jika sudah lama mulakan semula.

Dengan ini self-esteemnya naik dan dia tidak ‘lapar’kan pujian lelaki lain yang boleh menjerumus dia ke kancah maksiat dan kebinasaan.

Foto: Facebook Nurul Ilyani

Ayah, 
Anak perempuan mahu didengari. Anak perempuan mulutnya becok dan banyak cakap biasanya.

Kadang-kadang cerita pasal kawan yang dia bergaduh.

IKLAN

Kadang-kadang cerita tentang permainan patungnya.

Ayah fokus. Jangan buat tidak tahu. Jangan terus masuk bilik. Tidur.

Ayah dengar dulu. Jangan sekali-kali tengok hp. Ayah fokus.

Biar ayah jadi sosok yang dihormati, dikagumi dan tempat rujuk, bukan nanti lelaki ajnabi datang mengetuk pintu hatinya.

Ketika itu ayah tidak lagi dapat mempengaruhi.

Rujukan: Siri kuliah Ustaz Nouman Ali Khan.

Sumber: Facebook Nurul Ilyani

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI