Kecantikan

Larikan Diri Apabila Tidak Bermekap, Wajah Siti Nordiana Dipuji Kerana Tetap Cantik Semulajadi

Share

Penyanyi dan pelakon popular, Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana memang sentiasa tampil manis dengan imej sopannya. Tak hairanlah jika fesyen dan gaya penampilannya sentiasa menjadi ikutan ramai.

Baru-baru ini, Nana telah memuat naik sebuah video di laman instagramnya di mana rakan artis iaitu Khai Bahar telah merakam videonya. Lucunya, Nana telah ‘melarikan diri’ kerana rasa malu apabila wajahnya tidak disolek.

Tapi Nana ni tetap cunlah walaupun tak bersolek. Natural beauty gitu!

Rata-rata peminat juga memuji wajah Nana yang tetap kekal jelita walaupun tanpa sebarang solekan.

Lepas ni Nana tak perlu malu-malu dah sebab tanpa solekan pun Nana tetap cantik. Hanya perlu yakin saja! Semoga Nana akan terus berjaya dalam setiap apa yang dilakukan. Sis support!

kredit: instagram @sitinordiana

IKLAN