Andainya aku punya waktu

Masih kuingin mengulangi semula

Saat indah bersamamu

Sayang tak berkesempatan

Abadikan saja salamku di ingatan

Salamku yang terakhir…

IKLAN

Setiap bait lirik lagu Allahyarham Dato’ Sudirman pastinya memberi kesan kepada kita semua pada saat ini. Masih terkesan dengan kehilangan sebutir permata, anak seni Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos 2021 seakan-akan memberi impak besar pada kita semua. Ternayata ALLAH S.W.T lebih menyayanginya. Pemergiannya diratapi ramai dan semuanya mendoakan kebaikan pada arwah.

Ramai dikalangan artis yang turut memuat naik ‘posting’ menyampaikan salam takziah kepada Shuib sekeluarga serta memberi sokongan kepada Shuib dan anak-anaknya demi mengharungi berita sedih ini. Selain daripada selebriti Fasha Sandha, Ustaz Ebit Lew dan juga Uqasha Senrose yang bercerita tentang kebaikan Siti Sarah, penyanyi dan juga komposer terkenal, Naim Daniel turut memuat naik ‘posting’ tentang hajat yang tidak kesampaian untuk membuat lagu kepada arwah.

Menerusi laman Instagramnya, Naim Daniel sempat menyifatkan Allahyarhamah Siti Sarah seorang insan yang baik dan disenangi oleh semua orang.

IKLAN
Penyanyi dan komposer terkenal, Naim Daniel turut berdukacita di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. Sumber gambar: Instagram Naim Daniel

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“NAK LAGU DIK….”

Melihat dari perbualannya dalam ‘Direct Message’ di akaun Instagramnya bersama arwah, ternyata arwah sentiasa memberi pujian kepada orang lain dan kerana itulah ia menjadi salah satu sebab ramai selebriti mendoakan kebaikan buat dirinya sehinggalah ke nafasnya yang terakhir.

IKLAN

‘Posting’ yang mendapat ‘likes’ hampir lebih dari 196K itu ternyata memberi kesan kepada netizen yang turut bersama-sama berdukacita di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah.

Team Hijabista mengucapkan salam takziah kepada Shuib sekeluarga dan sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarhamah Siti Sarah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Sesungguh, pemergiannya adalah pemergian yang dicemburui.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI