Kini Wajah Layla Sania Pula Terpampang Di Papan Iklan Times Square, New York Selepas Yuna

Share

Malaysia di mata dunia! Itulah kebanggaan yang boleh dinyatakan apabila penyanyi, Layla Sania menjadi anak Malaysia kedua selepas Yuna yang wajahnya berjaya terpapar di papan iklan di Times Square, New York.

Biarpun masih hijau dalam industri seni, penyanyi berusia 19 tahun itu yang juga fasih berbahasa Mandarin teruja apabila berpeluang menyertai kempen Equal anjuran platform penstriman terkenal iaitu Spotify dan berharap lebih ramai lagi pemuzik wanita bangkit dan berusaha untuk mengejar impian mereka.

Layla sebagai wajah kempen Equal mewakili Malaysia & Singapura

Gemar membuat cover lagu di laman instagramnya, Layla bersyukur apabila peluang untuk terlibat dalam kempen ini hadir buat dirinya bersama 34 orang artis antarabangsa yang mewakili 50 negara di seluruh dunia.

IKLAN