Kecantikan

Khasiat Air Telang Selasih Lemon, Boleh Sejukkan Badan & Redakan Sembelit

Share

Khasiat air bunga telang memang banyak. Bunga Telang merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain, tiang, pagar atau kayu sokongan. Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.

Bunga Telang atau nama saintifiknya, Clitoria ternatea selain sering digunakan dalam masakan dan minuman juga punya banyak manfaat kesihatan. Ketinggiannya mampu mencapai antara tiga hingga empat meter bergantung kepada lilitan. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.

Berikut perkongsian Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.

لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ.
‎لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إِلا بِالله

Setiap kejadian ada ‘hadiah’ Allah nak bagi di penghujungnya.

Boleh cuba amalkan minum air telang selasih lemon. Berikut bahan-bahan yang diperlukan untuk air telang selasih lemon.

RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON

•bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs

•biji selasih 1 sudu makan

•air suam

•optional lemon/peach/pear/epal/dragon bagi yang pass

Air ini remedies ini sangat bagus untuk menyejukkan badan, meredakan refluks, meredakan batuk, meredakan sembelit dan meredakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit gerd…

Bosan kan tak ada air nak minum, boleh minum air ni… tak mahal, tak susah dan natural.

Lagi satu yang paling ‘best’ air telang selasih ini jika diamalkan selalu boleh menjadikan kulit nampak segar dan ‘glowing’. Logiknya bila usus kita sihat dan sistem perkumuhan kita sihat maka kulit wajah pun nampak segar dan ‘bercahaya.’

Sumber kredit: Dhia Raihana Aryan

IKLAN