‘Kenapa Asyik Betul Je?’- Ramalan AJL36 Neelofa Tepat, Pilih ‘Tangisan Bilal’ Menang Vokal Terbaik!

Share

Sering menjadi ‘ahli nujum’ setiap kali berlangsungnya Anugerah Juara Lagu, Neelofa sekali lagi memberi ramalan yang tepat apabila lagu pilihannya iaitu Pelukan Angkasa dan Mimpi mendapat tempat dalam Anugerah Juara Lagu Ke-36 semalam. 

Lagu Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah telah menjadi juara manakala lagu Mimpi oleh Haqiem Rusli telah mendapat tempat ketiga dalam anugerah berprestij tersebut.

Berikut ciapan yang dimuat naik oleh Neelofa itu, ramai yang teruja dengan ramalannya dan tak sangka dia berjaya menekanya dengan tepat lagi untuk kali ini!

Mereka juga terhibur apabila isteri kepada PU Riz itu memilih Bilal iaitu anaknya yang tercinta untuk memenangi anugerah vokal terbaik dalam acara tersebut.

sumber: twitter @Neelofa

IKLAN