Sebagai seorang wanita yang aktif, penting untuk kita selalu mengutamakan penjagaan diri dari bahagian atas hinggalah ke bawah. Jangan sesekali jadikan penat sebagai alasan untuk anda abaikannya. No, no, no! Siapa lagi nak sayangi diri kita kalau bukan diri sendiri.

Apabila menjalani kehidupan yang serba aktif, pastinya pelbagai masalah akan timbul. Jika tidak dijaga dengan sempurna pasti menimbulkan masalah di kemudian hari. Namun semua ini boleh diatasi sekiranya anda memilih produk yang tepat dan berkualiti sebagai ‘sahabat baik’ yang mampu merawat, melindungi dan menaikkan seri seorang wanita berhijab. Jagalah diri bagai seorang ratu lantas mampu memancarkan ‘noor’ dalam penampilan.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Penyelesaian kepada masalah kulit wajah

Bahagian yang menjadi keutamaan para wanita pastinya adalah kulit wajah. Selepas seharian wajah terdedah kepada cahaya matahari dan iklim yang tidak menentu apatah lagi cahaya lampu di dalam gimnasium yang mampu menyebabkan kulit kusam dan kering, paling merisaukan apabila muncul jerawat atau lebih teruk, breakout!

Nurfuadi Ruzalli, 37, mengalami masalah kulit kusam dan kering apabila bersenam dan menjadikan dirinya tidak yakin untuk melakukan aktiviti tersebut.

Seperti yang dialami oleh Nurfuadi Ruzalli, 37, yang aktif bersenam, masalah kulit kusam dan kering seringkali menjadi kekangan utama untuk menjalani aktiviti kecergasan dengan selesa dan penuh yakin.

Apatah lagi, solekan tidak dikenakan saat bersenam, pastinya masalah kulit yang kering dan kusam harus diatasi agar mampu tampil menawan. Lebih berseri, lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti senaman. Betul tak?

Segala masalah pasti ada solusinya! Untuk para wanita yang mempunyai masalah kulit kering dan kusam seperti Nurfuadi, mulakan rutin penjagaan kecantikan yang betul. Kenali rangkaian penjagaan kecantikan ini, formula yang diperbaharui dari Good Virtues Co. Rangkaian siri pencerahan ini merangkumi pembersih wajah, toner wajah dan krim pelembap siang & malam.

IKLAN
Pencuci muka Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Cleanser yang tidak mengeringkan dan membantu mencerahkan wajah.

Ya! Semestinya sebelum memulakan hari anda mulakan dengan membersih muka dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Cleanser yang diperkaya dengan asid amino membersihkan liang roma dengan tidak mengeringkan kulit. Tambahan pula ia dilengkapi dengan Vitamin C agar wajah kulit lebih cerah. Barulah anda mampu tampil cantik dan berseri!

Langkah untuk mendapatkan kelembapan berganda penting bagi semua penjagaan kecantikan. Dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Toner yang mengandungi ekstrak cendawan membantu menghaluskan liang roma yang memberi 60x hidrasi kepada kulit anda dan hasilnya kulit lebih cerah.Toner penyegar ini tanpa alkohol, menyegarkan kulit tanpa menyebabkan pengelupasan dan kekeringan. Anda mendapat pengalamanpenjagaan wajah yang menarik.

Cara pemakaian step skincare yang betul untuk rangkaian Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Series.

Rutin kecantikan anda tidak akan lengkap tanpa pelembap muka. Menariknya dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Day Moisturizer yang mengandungi SPF dapat melindungi kulit daripada sinaran UV serta mengekalkan PH semula jadi kulit anda. Setelah puas melakukan aktiviti siang, baik pulih kulit dengan Good Virtues Co. Brightening & Hydrating Night Moisturizer.

Krim malam ini mengandungi struktur kristal cecair untuk penyerapan yang lebih baik. Sesuai untuk semua jenis kulit, ia juga langsung tidak melekit dan mudah diserap terus ke dalam kulit. Mudah bukan untuk menjaga kulit wajah? Pastinya wajah anda akan kelihatan lebih berseri-seri selepas ini dengan rangkaian kulit yang selamat & halal.

Rambut sihat dan menawan biarpun berhijab

Pasti ramai yang mengalami masalah rambut gugur, kulit kepala gatal dan berbau apabila seharian menyarungkan tudung dengan material yang tidak sesuai. Tambahan pula apabila melakukan senaman ataupun aktiviti kecergasan yang mengeluarkan peluh dengan banyak, rambut akan berbau kepam dan menimbulkan rasa tidak selesa. Jangan jadikan alasan berhijab untuk tidak menjaga mahkotamu ini.

IKLAN
Saree, 22, mengalami masalah kegatalan kulit kepala, rambut gugur serta berbau apabila berpeluh kadang-kala membuatkan dirinya terasa ‘kecil’ dalam kalangan rakan-rakan.

Bagi Saree, 22, aspek yang paling penting bagi hijabi yang berhijab sepertinya, saat melakukan aktiviti senaman ialah rasa selesa dan yakin dengan diri sendiri. Namun, masalah rambut yang dihadapi membuatkan dirinya hilang keyakinan diri. Rambut gugur dan gatal apabila berpeluh kadang-kala membuatkan dirinyaa terasa ‘kecil’ dalam kalangan rakan-rakannya. Walaupun orang tak nampak masalah ini di sebalik hijab, tetapi ia mampu menggoyah keyakinan diri sebagai wanita.

Sudahlah rambut gugur ditambahkan kegatalan kulit kepala yang melampau ketika bersenam, satu lagi masalah yang dialami adalah rambut berbau kepam di sebalik tudung menyebabkan dia berasa tidak lagi mahu bersenam. Down sangat!

Bukan Saree juga yang menghadapi masalah ini, malah ramai hijabi di luar yang aktif mengahadapi masalah ini tapi tidak tahu solusinya. Apabila berhijab anda perlu ada penjagaan berganda, dengan syampu & tonik khas dari Good Virtues Co. Hair Fall Series.

Anda boleh menggunakan Good Virtues Co.Hair Fall Control Shampoo yang mampu membersihkan kulit kepala anda dengan lembut dan menjadikannya lebih kuat. Produk ini dirumus khasdengan ekstrak daun Loquat dan Semanggi Merah untuk menguatkan folikel rambut. Ekstrak Akar Halia menggalakkan kulit kepala yang sihat, manakala Minyak Habbatus Sauda Organik menyuburkan rambut yang lebih lembut dan licin. Biarkan kecantikan anda bersinar di sebalik hijab! Penggunaan syampu amat penting kerana ia membantu membersihkan kotoran seperti minyak yang menjadi punca rambut gugur dan berbau.

IKLAN
Penjagaan rambut berganda, kombo hebat dengan Good Virtues Co. Hair Fall Control Shampoo dan Good Virtues Co. Hair Fall Tonic

Untuk penjagaan lebih rapi lengkapkan rejim penjagaan  denganpemakaian tonik rambut selepas memakai syampu. Ia boleh dipakai ketika rambut basah ataupun kering hanya urut pada kulit kepalasehingga menyerap sepenuhnya. Kenali Good Virtues Co. Hair Fall Tonic yang dirumus dengan Minyak Habatuss Sauda Organik, semanggi merah, daun loquat dan ekstrak akar halia. Produk ini membantu mengurangkan rambut gugur sekaligus berbau wangi sepanjang hari biarpun anda behijab. Menariknya, ia boleh digunakan setiap hari.

Elak badan berbau, kekal wangi sehingga 48 jam

Aktiviti senaman juga barangkali akan menyebabkan badan berbau sehingga meninggalkan rasa yang tidak menyenangkan. Sudah pasti, anda mahu tampil lebih wangi dan segar walaupun seharian bergerak ke sana ke sini. Bila peluh melekat hingga mengeluarkan bau yang tak disenangi, pastinya diri akan malu untuk bergaul dengan orang ramai sehingga berasa sangat rendah diri.

Aminah, 32, bau badan yang timbul selepas bersenam menimbulkan ketidakselesaan.

Begitulah yang dialami oleh Aminah, 32, menurutnya apabila bersenam sudah pasti badan akan mengeluarkan peluh yang akan menyebabkan bau dan rasa melekit yang menyebabkan ketidakselesaan.

Bukan sahaja rasa melekit, malah bau akibat berpeluh mengurangkan tahap keyakinanan diri dan diri pasti mula mempersoalkan tentang pendapat orang lain tentang bau badan.

Good Virtues Co. Perfumed Shower Cream Cherry Blossom, Ylang Ylang & Rose membantu segarkan kulit lantas badan berbau wangi 48jam

Siapa yang tidak mahu tampil wangi sepanjang masa bukan? Inilah penyelesaian untuk kekal wangi sehingga 48 jam tidak kiralah seaktif manapun diri anda. Nyahkan sahaja bau tubuh badan anda dengan pilhan Good Virtues Co. Perfumed Shower Cream. seperti Cherry Blossom, Ylang Ylang & Rose. Krim mandian ini, diformulasikan dengan Minyak Habbatus Sauda Organik, dan air Micellar yang berfungsi untuk membersihkan secara mendalam dan memastikan kulit anda berseri, sihat dan lembap sepanjang hari. Pilihan ekstrak bunga Cherry Blossom, Ylang Ylang atau Rose untuk wangian yang tahan lama sehingga 48 jam.

Jadi, tunggu apa lagi? Segera dapatkan rangkaian produk Good Virtues Co. di gedung farmasi, Watsons, Lotus & pasaraya terkemuka berhampiran anda untuk penjagaan diri yang terbaik dan menyeluruh. ‘Glow Up’ kecantikan diri, pastinya aura menarik akan terpancar saat anda mula menjaga dan menyayangi diri sendiri!

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang www.goodvirtuesco.com & untuk membeli online boleh klik disini: https://bit.ly/2BsyZOJ

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI