Tak dinafikan bukan mudah untuk seseorang itu menurunkan berat badan. Tanpa keazaman yang kuat pastinya impian mahu memiliki tubuh idaman tidak kesampaian. Perkongsian wanita ini di media sosial yang berjaya hilangkan 35.5 kg dalam masa 8 bulan.
Seperti orang lain dia juga menjaga pemakanannnya, melakukan senaman dan paling penting pengambilan teh hijau setiap pagi untuk meningkatkan metabolisma badan. Hasilnnya memang membuatkan badannya kembali langsing berbanding sebelumnya.
Perkongsian Wani Syazwani di facebook ini turut mendapat butang share lebih 5 ribu dan masing-masing teruja dengan menu yang turut dikongsi sepanjang proses diet berkenaan.
Perbezaan cukup ketara.
Hari-hari diet tanpa jemu
Hari2 diet tanpa jemu. Hampir 8bulan. Wani berjaya lost 35.5kg.
Tak kurus mcm org lain. Tapi kurus sikit dari dulu.
Ini yang dilakukannya. Salah satu jangan makan malam & minum air manis
Org tnye. Mcm mne diet ni. Wani cuma bgthu. Jage mkn. Jgn mkn waktu malam. Jgn mnum air manis. Tu yg wani amal selama diet. Dari mula2 start diet dh amal mnum green tea jasmine.
Ads
Air kosong. 3-4liter sehari. Mmg akan ulang2 ke tandas. Ke hulu hilir bwk botol air. Bukan sng nk kurus
Makan makanan berkhasiat
Setiap kali mkn. Wajib mkn on time. Pagi 9am . Lunch 1pm. Dinner 6pm. Lepas 7pm mmg xmkn dh. Makan makanan berkhasiat ( panggang @ rebus ). Kurangkan garam.
Ads
Workout tetap tidak dilupakan
Setiap minggu. 3-5kali wani akan bersenam. Skrg ni selang2 cardio workout dgn zumba. Kalau dulu zumba je. Wani pilih utk senam dlm rumah je. Lagi sng. Jimat mse.
Tenkiu utk husband wani. Sentiasa support wife mu ini
Diet bukan utk dipuji. Tapi utk diri sendiri. Sekurang-kurangnya wani dh usaha utk hidup sihat.
Ads
Wajib minum teh hijau setiap pagi
Kat cni. Wani sertakan cth breakfast + green tea jasmine setiap pagi. Tak pernah miss.
Jangan skip minum ini setiap pagi.
MENU YANG DIAMALKAN:
INI PALING PENTING
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penjagaan bibir yang betul adalah salah satu komponen termudah dalam rutin kecantikan, tetapi mungkin yang sering diabaikan. Individu yang mempunyai bibir kering tidak mempunyai balsem atau gincu yang menempel pada kulit kering. Walaupun menjaga bibir anda dengan betul adalah penting untuk menjaga kesihatan kulit anda secara keseluruhan, tidak semua orang tahu alat atau langkah yang diperlukan.
Bibir kering memang menjengkelkan, bahkan sangat menyakitkan dan kepingan kulit kering di bibir menyebabkan berdarah. Penghidratan di dalam badan anda, kelembapan luaran di udara, dan produk yang digunakan semuanya akan menyumbang kepada tahap kelembapan anda, yang membantu dengan pergantian sel anggun yang tidak termasuk serpihan atau bibir yang pecah-pecah. Merawat bibir anda tidak perlu menghabiskan sepenuh masa, cuma perlu sedikit usaha, anda boleh mengucapkan selamat tinggal pada bibir kering!
Sebelum menghidrat bibir anda, adalah mustahak untuk membuang kulit kering dan mati terlebih dahulu. Walaupun mengelupas bibir anda mungkin kelihatan seperti langkah yang tidak perlu, sebenarnya ia penting. Proses ini menghilangkan lapisan atas sel kulit mati yang membolehkan kelembapan yang diserap masuk ke bibir anda dengan baik di kemudian hari. Oleh itu, pastikan anda merawat bibir untuk memanfaatkan sepenuhnya produk anda.
Terdapat banyak cara untuk mengelupas kulit halus di bibir anda, anda hanya memerlukan produk sifar dan masa yang sangat sedikit, sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai rutin kecantikan penyelenggaraan yang rendah. Waktu terbaik mengelupas adalah di bilik mandi setelah selesai mencuci dan keluar sebelum keluar.
Pada waktu ini anda akan mandi sekurang-kurangnya 10 minit dan bibir anda lembut dari air dan wap yang mengalir. Ini adalah masa yang tepat untuk mengambil kain lap basah dan gosokkan bibir anda dengan lembut sehingga kulit mati mula kendur. Kerana air sudah melembutkan bibir anda untuk jangka masa yang panjang, proses ini harus cepat dan mudah. Berhati-hatilah untuk tidak menggosok terlalu kasar. Cukup tekan tekanan ringan ketika mengurut bibir anda dengan kain lap dan bersihkan kulit mati yang berlebihan ketika selesai.
Terdapat juga banyak resipi pengelupasan bibir DIY yang menyeronokkan, seperti menggabungkan madu dengan gula perang. Tekstur gula yang kasar bertindak sebagai pengelupasan semula jadi, sementara madu sangat bagus untuk melembapkan. Ramuan ini juga enak dan senang dibuat sekiranya anda mempunyai masa tambahan. Terlepas dari kaedah yang anda pilih, ketahui bahawa langkah penyediaan bibir ini sememangnya sepadan dengan usaha anda.
Cara terbaik untuk melakukan agar kulit bibir lembut adalah dengan rawatan bibir semalaman yang berfungsi semasa anda tidur. Sama seperti topeng muka, kaki, dan juga topeng bibir semalaman akan memberi anda peningkatan hidrasi yang diperlukan untuk bertahan sepanjang hari.
Membiarkan topeng anda semalaman kerana ketika itulah badan anda membaiki diri. Pergantian sel dan penyembuhan di seluruh badan anda berada di puncaknya. Jadi rawatan hanya meningkatkan proses semula jadi ini. Cukup sapukan lapisan tebal ke bibir anda, sebaiknya segera setelah pengelupasan, dan biarkan salap semalaman.
Setelah anda mencabut kulit mati dan terbangun dengan bibir yang mungil dan merah bak delima, anda hanya boleh membersihkan sisa masker bibir yang tinggal pada waktu pagi dan memilih langkah seterusnya. Sekiranya anda jenis individu yang mempunyai rutin penjagaan kulit yang ringkas, maka anda sudah siap sedia untuk melakukan aktiviti harian. Tetapi jika anda memerlukan beberapa produk bibir untuk menjadikan solekan anda ke tahap seterusnya, pasti hasilnya tidak mengecewakan.
Pilih lipstik dan glos anda dengan berhati-hati, pastikan bahan pelembap seperti shea butter atau minyak kelapa berada di bahagian atas senarai ramuan. Tentu saja, elakkan pengeringan produk yang menjadikan bibir anda terasa kering. Sekiranya tujuan anda adalah untuk selalu mengelakkan bibir kering, luangkan masa untuk membaca senarai ramuan dan pilih produk yang sesuai untuk anda.
Juga penting untuk menyesuaikan penjagaan bibir anda jika diperlukan. Walaupun rutin ini mungkin lebih dari cukup pada cuaca panas atau ketika udara lebih kering. Jika anda tidak mencapai tujuan pengambilan air harian, bibir dan kulit anda yang lain lebih kering daripada biasa. Ringkasnya, dengarkan apa yang diberitahu oleh badan anda dan rutin ini tidak akan berlaku.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebut sahaja nama Fazura, pasti kita terbayangkan satu figura tinggi lampai yang disenangi ramai dengan penampilanya yang sentiasa on point meski setelah memutuskan untuk menutup aurat sepenuhnya.
Malah, Fazura tampil semakin cantik dan jelita sejak tampil dengan imej berhijab. Sejak kebelakangan ini, pelakon filem Pisau Cukur ini kerapkali memuat naik gambar OOTD nya dengan gaya hijab yang anggun, molek dan sopan. Apa yang penting, semua stailnya ‘on-point’ biarpun berhijab!
Suka benar kami melihat pelakon Fazura dalam rona putih. Sudahlah memang empunya diri cantik & manis, apabila menyarungkan rekaan berona putih, lebih tampak ayu dan sopan. Seperti gaya OOTD di atas, pelakon ini bijak menggayakan rona putih dengan rekaan celana potongan besar atau ‘palazzo’ untuk menjadikan seluruh imej lebih menarik.
Padanan akesesori seperi ‘handbag’ juga memainkan peranan penting menjadi pelengkap stail ini. Pilih warna-warna aksesori yang lebih ‘bold’ untuk dijadikan sebagai ‘fashion statement’ dalam keseluruhan gaya.
Gaya hijab juga menjadi nilai bonus dalam stail rona putih ini. Cuba gayakan hijab anda dengan gaya yang lebih moden! Pastinya ia memberi lebih ‘volum’ dan keunikan gaya OOTD anda. Jika anda ingin wujudkan stail wanita yang sofistikasi, jangan lupa bawa sekali cermin mata hitam untuk lebih mahal dan eksklusif!
Ayunya Fazura dalam rekaan serba ‘pink’ ini! Jelas kelihatan gaya yang santai, selesa dan paling penting, sopan! Biarpun hanya mengenakan rekaan ala jubah, pelakon ini masih nampak urban dan bergaya! Nak tahu triknya? Usah beli rekaan jubah yang terlalu besar atau terlalu kecil.
Anda harus membeli jubah yang sesuai dengan saiz tubuh anda. Barulah nampak gaya OOTD ‘on-point’ walaupun hanya menyarungkan sehelai jubah. Pilihan warna serta aksesori juga memainkan peranan penting untuk melengkap keseluruhan stail ini. Jika mahu selamat, elakkan pilihan corak yang terlampau. Ingat ya! ‘Less is more’! Lebih sederhana lebih mahal!
Ramai wanita di luar sana risau jika menggayakan ‘blouse’ yang kosong dan sopan, keseluruhan gaya nampak bosan. Tidak ya! Lihat saja pelakon ini! Bijak dalam menyesuai padankan rekaan ‘blouse’ yang berona polos putih bersama dengan celana biru cair, semestinya gaya ini wajib anda lihat dan rujuk untuk menghasilkan stail yang mewah!
Fazura tidak kekok dalam menggayakan busana muslimah tetapi menjadikannya lebih menarik dengan gaya hijab yang lebih ‘intrend’, warna yang segar serta pilihan cermin mata hitam yang sempurna gaya ‘Lady Boss’ versi islamik! Cubalah!
Ketepikan dahulu padanan yang sarat dengan corak bunga, potongan yang labuh atau feminin. Untuk gaya OOTD ini, kita raikan gaya ranggi si muslimah moden! Padanan ‘baseball shirt’ bersama seluar khakis berona tanah cukup sempurna untuk digayakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur!
Pilihan kasut yang sesuai ala ‘sporty’ juga menghidupkan imej OOTD ini! Masih dalam konteks menutup aurat, cumanya ia lebih ranggi! Mengapa tidak?
Apa yang tidak kena dengan helaian denim? Tidak ada salah dalam menyarungkan rekaan denim samaada celana mahupun baju! Sesuai untuk anda yang ingin gaya minimalis dikala sibuk melakukan tugasan kerja di luar, sehelai rekaan denim mampu untuk membuatkan gaya anda mahal! Pilih kemeja yang kosong (lebih baik jika fabriknya ‘cotton’) untuk digayakan dengan celanan denim.
Percaya atai tidak, biarpun ianya tampak ringkas tetapi sebenarnya gaya ini sahaja sudah cukup untuk menonjolkan aura kejelitaan anda persis pelakon Fazura ini! Tidak salah juga untuk menyarungkan dari atas ke bawah dengan fabrik denim! Asalkan tidak terlalu sarat dan tidak kelihatan ‘murah’, ia sesuai untuk digayakan!
Pelakon popular Indonesia ini cukup ligat dalam aktiviti hariannya walaupun kini sarat hamil anak ketiganya. Jika diintai di laman instagramnya, ada bermacam-macam aktiviti yang dilakukan dan Oki yang juga dipanggil ustazah ini melakukan dakwah dengan cara tersendiri. Melihat senyuman terukir dengan kata-kata nasihat yang cukup lembut dilontarkan di bibirnya menjadikan hadirin yang datang akan terpaku dan terpesona.
Oki yang merupakan juri Gema Gegar Vaganza musim lalu ini lahir pada 1989 dan popular dengan watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Ternyata watak itu meninggalkan kesan amat mendalam di jiwa penonton yang menyaksikan filem berkenaan.
Sejak mengambil keputusan untuk berhijab pada 2005, Oki dilihat lebih banyak menumpukan perhatian pada aktiviti kemasyarakatan dan menumpukan perhatian pada bisnes. Penampilannya yang dilihat cukup stailo biarpun dengan dress dan hijab labuh, namun agak lain daripada kebiasaan yang kita selalu lihat.
Sememangnya Oki yang juga dipanggil ustazah ini cukup bijak berfesyen. Jadi tidak hairanlah, Oki kemudiannya melebarkan sayap dalam perniagaan fesyen dengan membuat rekaan couture untuk fesyen pengantin Muslimah pada 2016 lalu. Menurutnya Okisetianadewibridal dilancarkan kerana dia suka melihat wanita berpakaian cantik umpama bidadari di hari perkahwinan mereka,.
Sangat menarik sekali Bridal Couture yang diketengahkan Oki yang mempunyai follower 6 juta di laman IGnya. Masih nampak bergaya biarpun rekaannya labuh, longgar dan memang memenuhi ciri-ciri pengantin Muslimah. Apa yang penting, Oki menerapkan eleman sopan, anggun dan memilih rona pastel dalam setiap rekaannya.
Jom kita lihat koleksi pengantin Muslimah dari Oki Setiana Dewi berkonsepkan ‘fairy tale princess’ yang boleh dijadikan idea buat mereka yang mahu bergelar Raja Sehari. Tidak perlu rekaan yang menampakkan susuk tubuh, sebaliknya Bridal Couture ini mampu memenuhi cita rasa penggemarnya.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.