Penampilan pelakon dan penyanyi juga pengacara ini memang sentiasa cantik dalam apa juga majlis yang dihadiri. Lebih-lebih lagi setelah dirinya berhijab hampir setahun yang lalu. Sherry Ibrahim, yang begitu terserlah kejelitaaannya dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir. Ketika ditemui baru-baru ini sempena pelancaran Aliff By Sha X GoHalal, admin sempat mengorek apa rahsia kecantikannya. Pelakon ini tidak lokek berkongsi petua kecantikan dan kesihatan diri yang diamalkan selama ini.  Dia hanya mengamalkan 5 petua cukup mudah bagi memastikan dirinya kekal cantik, sihat dan bertenaga.

Menurut Sherry, sebagai wanita yang menjaga penampilannya, dia mengamalkan pemakaian set penjagaan wajah untuk siang dan malam. Malah jika penat sekalipun balik dari penggambaran atau event, dia akan pastikan wajah dicuci terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Tidak lupa juga pemakaian krim malam utuk merawat kulit wajah ketika sedang ‘berehat’.

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Keduanya adalah mengamalkan tidur yang cukup, iaitu 8 jam sehari. Sibuk sekalipun , Sherrry akan cuba mendapatkan tidur mencukupi untuk kekal bertenaga keesokan harinya dalam menjalankan aktiviti harian.

IKLAN

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Dalam penjagaan diet pula, Sherry tidak ambil pemakanan berminyak dan kalau boleh dia akan cuba kurangkan pengambila makanan yang mengandungi minyak ini.

IKLAN

Artikel Berkaitan: 7 Masker DIY Nak Cantik Macam Pelakon Korea

Selain itu, walaupun rutin hariannya cukup padar, tetapi wanita cantik ini akan cuba memperuntukan waktu untuk berpeluh. Selalunya dia akan lakukan aktiviti Uphill atau Downhill dan juga stretching di rumah bagi memastikan keluar peluh. Jika badan berpeluh secara tidak langsung akan mengeluarkan perkara negatif dari dalam badan.

IKLAN

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

Dan akhirnya sekali pesannya adalah sentiasa mengamalkan sikap ‘happy’ dan ceria dan apa jua yang kita buat perlulah ikhlas. Jika kita ikhlas, dari dalam itu yang akan membuatkan kita cantik dan kekal sihat.

A post shared by Sherry Ibrahim (@sherryibrahim) on

KREDIT FOTO: SHERRY IBRAHIM

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI