Hanis Zalikha bukanlah satu nama baharu dalam industri seni tanah air. Dikenali menerusi penulisannya di dalam blog, nama Hanis kian dikenali apabila mula berjinak-jinak menceburi bidang peragaan, pengacaraan dan juga lakonan.
Pada awal pembabitannya di dalam bidang seni, Hanis sememangnya tidak mengenakan hijab. Tetapi sejak tahun 2015, Hanis mengambil keputusan untuk berhijab dan sekali gus turut mengubah seluruh kehidupannya.
Alhamdulillah, bukan mudah untuk membuat keputusan sebegini. Malah ketika mengumumkan penghijrahannya di Instagram (IG), dia akui berasa sangat gembira apabila dapat mengenakan hijab. Mama dan daddy Hanis juga sudah lama berdoa dan memberi hint untuk menjadi anak yang baik sebelum menjadi isteri yang baik.
Seperti yang boleh anda lihat sendiri di IG milik Hanis yang juga merupakan isteri kepada Hairul Azreen dan ibu kepada Yusuf Iskandar, dia dilihat sentiasa tampil cantik dan bergaya setiap masa. Lebih mengujakan apabila Hanis tetap maintain kurus dan ramping meskipun sudah mempunyai seorang cahaya mata. Agaknya apa rahsia Hanis ya?
Hijabista berkesempatan untuk bertemu Hanis Zalikha pada satu sidang media yang diadakan oleh Anmum™ Essential untuk mengumumkan duta baharu mereka iaitu Hanis Zalikha dan anaknya, Yusuf Iskandar.
Malah, para peminat juga dapat menyaksikan kehidupan harian Hanis dan keluarganya dalam sebuah rancangan yang bakal ditayangkan di ASTRO RIA (saluran 104) bertajuk ‘My Little Heroes’ pada setiap hari Rabu bermula 31 Januari jam 9.00 malam.
Anda semua jangan lupa tonton okay! Selain itu, Hijabista juga sempat bertanya beberapa soalan kepada Hanis Zalikha tentang fesyen serta penghijrahannya. Jom ikuti temu bual bersama Hanis!
Stail Tudung Yang Digemari?
Stail tudung yang effortless tapi cantik.
Ads
Idola dalam fesyen?
I love Victoria Beckham. Walaupun mempunyai anak yang ramai, tetapi look dia memang ‘wow’.
Its all about time. Dah lama saya free hair dan semua gaya rambut telah saya cuba. Saya mula berhijab sebelum saya bertunang lagi. Saya rasa ibu bapa saya dah besarkan saya dengan cara yang elok dan bila saya bertudung, inilah didikan sebenar mama dan daddy.
Bagaimana untuk terus istiqomah bertudung?
Bila saya mula bertudung, ramai yang bercakap tentang cabaran seperti rasa nak buka tudung semula. Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang. Mungkin sebab saya dah puas pakai baju seksi-seksi satu ketika dahulu. Sekarang bila tak pakai tudung, saya pula yang rasa malu. Bertudung dah jadi sebahagian daripada jiwa saya.
Ya bertudung pun masih boleh bergaya. Saya setuju! Sebenarnya fesyen ini sendiri telah ada pada zaman Rasulullah lagi. Wanita-wanita pada zaman itu sendiri sudah didedahkan tentang perhiasan diri, warna serta jenis pakaian yang boleh dipakai. Kita boleh berfesyen tetapi perlu berpada-pada dan kita perlu tahu apa prinsip dalam hidup kita.
Nasihat buat hijabi di luar sana.
Stay true to yourself. Bila anda pilih untuk berhijab, ia merupakan sebahagian daripada diri anda. Ia ibarat imej anda. Selami jiwa anda sendiri dan anda akan tahu mengapa anda memilih jalan itu. Ini pilihan dan keputusan anda. Imej kita merupakan decision kita sendiri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mata boleh jadi lesu dan kurang bermaya tanpa rehat yang cukup ini boleh menyebabkan anda nampak lebih tua dari usia sebenar ,Namun ada beberapa beberapa perkara lain jua mendorong anda kelihatan lesu dan tidak bermaya seperti tidur lambat atau mendapati tidur yang tidak mencukupi akan membuatkan mata kelihatan sembap serta menimbulkan masalah lingkaran hitam dibawah mata.
Jika tidak atasi masalah ini sekarang, anda mungkin mengalami kedutan kekal dibawah mata sehingga membuatkan penampilan tampil kurang menarik. Oleh sebab itu, krim mata amat penting untuk dipakai sebagai rutin penjagaan kulit untuk menghilangkan atau mengurangkan masalah lingkaran hitam. Ini adalah senarai krim mata pilihan kami.
Rejimen kecantikan yang sempurna adalah melakukan penjagaan kulit wajah dengan terbaik dan ikuti langkah yang betul. Semua wanita di dunia ini mahukan kulit wajah yang cantik dan segar serta tampil awet muda sepanjang masa. Tetapi tahukah anda bahagian wajah yang manakah seringkali membuatkan penampilan kita tampak kusut dan kelihatan tua sebelum usia? Ya, mata. Kesan penuaan yang paling ketara akan timbul adalah pada sekeliling kawasan mata.
Oleh itu, penggunaan krim dibawah mata adalah sangat digalakkan dan direkomendasi oleh pakar kecantikan. Ianya sangat penting untuk mengelakkan wajah anda kelihatan lesu dan tidak bermaya serta menghapuskan kesan lingkaran gelap dibawah mata. Antara kebaikan menggunakan krim mata;
Bukan sahaja pemilihan krim mata bersesuaian dengan kulit tetapi juga cara penggunaan harus bertepatan agar bahan kandungan di dalam krim tersebut dapat bergerak aktif dalam membaikpulih dan mmberi kesan lumayan buat kulit wajah anda. Ada langkah-langkah yang tepat untuk anda amal dan jadikan rutin harian. Krim mata ini seharusnya digunapakai secara konsisten.
Pastikan juga urutan pemakaian skincare anda bertepatan dengan langkahnya. Cara yang tepat untuk penggunaan krim mata adalah;
Gunakan krim mata ini sedikit demi sedikit untuk setiap sapuan. Jika krim mata anda jenis roll-on, pastikan anda mengoles pada kulit wajah dengan lembut. Jangan terlalu kasar. Nanti kulit akan cepat teriritasi.
Guna jari manis anda untuk menyapu krim tersebut ke seluruh kawasan mata. Ini kerana jari ini mempunyai tekanan yang lembut dan tidak akan menyakitkan bawah mata anda. Elakkan dari menarik kulit bawah mata semasa mengaplikasikannya.
Elakkan sapuan krim pada betul-betul lid mata. Ini kerana bahan yang terdapat di dalam krim ini akan membuatkan mata anda cepat pedih. Krim ini juga dapat menyerap dalam jarak seinci dari mata.
Jangan menggosok krim tersebut pada kulit terus. Tepukkan secara perlahan agar penyerapan krim ini maksima pada kulit anda.
Jangan salah faham pula ya. Krim mata ini bukan menghapus kedutan tetapi mencegah daripada terjadi. Selamat mencuba!
Berikut senarai krim mata terbaik:
Roll-on mata sesuai untuk remaja – murah dan mampu dimiliki
Krim mata ini dilengkapi dengan roller ball untuk memberi kelegaan dan ketenangan pada kulit bawah mata sebaik sahaja anda mengaplikasikannya. Ianya dapat mengurut kawasan bawah mata anda dengan lembut. Diformulasi dengan ekstrak timun, Lupin, Pro-Vitamin B5 dan Glycerin tiada lagi masalah mata keletihan atau kusam sebaik sahaja bangun dari tidur.
Sesuai untuk kulit sensitif, krim ini tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya untuk kulit wajah. Dilengkapi dengan sensasi dingin, anda akan terasa nyaman sahaja setiap pagi.
Kandungan herbal sesuai untuk kulit berminyak
Krim bawah mata ini yang diperkaya dengan ramuan herba semulajadi seperti Red Ginseng Saponin, Yai Jiu Hua dan ekstrak madu melancarkan peredaran darah dibawah mata agar tidak lagi timbul lingkaran gelap atau kedutan dengan ketara. Ianya mengurangkan cela pada bawah mata anda dan mengembalikan kesegaran pada kulit agar anda tampil berseri serta bermaya sepanjang hari.
Sesuai untuk kulit berminyak, krim ini jenis tidak melekit pada kulit wajah. Tiada lagi masalah dark circle atau puffy eyes dengan krim bawah mata ini!
Terbaik untuk wanita berusia 30an – hilangkan kerutan dalam sekelip mata
Kemunculan kedutan dan garis halus adalah disebabkan oleh kulit yang sering terdedah dibawah sinaran UV. Nah, gunakan Pond’s Age Miracle Eye Cream ini. Dengan mengandungi Retinol-C Complex dan Instant Blurring Technology, krim ini mampu melindungi cela diwajah dan tidak lagi kelihatan penampilan kedutan di kulit wajah anda.
Ianya dapat mengekalkan lembapan dan memberi hidrasi kepada wajah anda sepanjang masa. Bahan kandungan aktif dalam krim ini pula mampu berkerja selama 24 jam untuk membaikpulih keadaan kulit wajah anda. Tampil awet muda dengan krim bawah mata ini!
Krim mata terbaik dan berkualiti tinggi
Ini adalah krim mata yang mengandungi bahan herba organik dan semulajadi untuk meningkatkan keanjalan di kawasan mata. Ia merupakan krim jenis gel tanpa wangian untuk mengurangkan bengkak dibawah mata akibat tidak cukup tidur. Krim ini juga sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.
Krim mata anti-aging – berkesan menghapus kedutan dan garis halus
Krim mata ini diterbangkan khas daripada Poland, berkesan untuk membantu menghapuskan kedutan dan garis halus yang timbul pada kulit wajah akibat tidak melakukan penjagaannya dengan baik. Ianya dapat mengurangkan lingkaran hitam dibawah mata dan puffy eyes.
Krim mata ini bukan sahaja berkesan untuk menghapus kedutan, malahan ianya mengekalkan lembapan pada kulit wajah anda agar sentiasa kekal dan tampil segar sepanjang hari. Gunakannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik buat kulit wajah anda.
Sesuai untuk kulit sensitif dan kegunaan wanita 20an
Krim ini diformulasi untuk kulit kering terutamanya di bahagian kawasan bawah mata agar tidak terjadi iritasi. Kaya dengan Avene Thermal Spring Water dan Soothing Alpha Bisabolol, krim mata ini mengurangkan kerengsaan dan kemerahan pada sekeliling kawasan mata. Sesuai buat kulit sensitif, krim ini juga tidak mengandungi alkohol, paraben dan bebas wangian tiruan.
Wanita berusia 50an, krim mata ini terbaik dari drugstore
Krim ini memulihkan kulit disekitar mata kerana ianya mengandungi kolagen dan kulit juga akan berasa dingin selepas memakainya. Krim ini bukan sahaja mampu menghapuskan lingkaran gelap dibawah mata tetapi juga dapat mengembalikan keserian pada kulit. Dengan mengandungi SPF50, krim ini dapat melindungi kulit wajah anda daripada terkena sinaran UV.
Perlindungan selama 12 jam, tiada lagi masalah kulit terjadinya pembentukan melanin dan terhapus daripada kekusaman.
Krim mata dari Korea yang terbaik untuk merawat mata panda
Yang ini khas untuk yang mempunyai masalah lingkaran hitam. Diterbangkan khas daripada Korea, ianya merupakan kapsul diperbuat daripada 50% susu dan ceramide bagi memberi kelembapan supaya dapat meresap pada kulit di bawah mata. Diperkaya dengan bahan organik seperti brokoli, Niacinamide dan Glutathione untuk mencerahkan kulit akibat lingkaran gelap bawah mata yang serius.
Juga mengandungi 9 kompleks nutrien yang melindungi kulit wajah anda daripada pencemaran udara serta krim ini juga bebas daripada paraben dan phenoxyethanol.
Mengandungi retinol, khas untuk wanita berusia 40an
Dengan mengandungi formulasi Pro-Retinol, Vitamin C dan ekstrak Grape Seed, krim ini mampu mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata serta membantu mengurangkan kedutan dan garis halus di sekeliling kawasan mata. Krim ini mengekalkan hidrasi pada kulit di sekitar kawasan mata anda agar sentiasa tampil segar dan bermaya sepanjang masa.
Teksturnya berkrim dan ringan menyerap masuk ke dalam lapisan kulit wajah anda dan memberi hasil serta-merta. Yang penting, anda harus menggunakannya secara konsisten setiap hari.
Roll-on emas mengandungi mulberi lebih lembut dari serum
Dengan hujung emas yang mengalir dan menyejukkan, krim mata ini mengandungi mulberi putih untuk mencerahkan mata di bawah masa. Zarah berlian juga dengan serta-merta merangsang sinar dan mengurangkan lingkaran gelap pesky. Krim mata ini mampu menghilangkan lingkaran gelap dan sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif kerana teksturnya lembut daripada serum.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bila kita tengok kucing mesti geramkan, sebab comel sangat. Berperwatakan manja, makhluk Allah ini menjadi teman kepada manusia sejak dari dulu lagi. Yang paling penting, manfaatnya ialah menyayanginya akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.
Ini adalah kerana Rasulullah S.A.W menyayangi kucing. Jadi menyayangi kucing adalah amalan mengikut sunnah nabi dan segala amalan sunnah nabi akan diganjariNya.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad S.A.W memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya.
Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan kucing itu sebanyak 3 kali. Setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu mengendong Mueeza dan diletakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi haiwan ini seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan ini sangatlah serius. Dalam sebuah hadis sahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi S.A.W pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Isteri Nabi sendiri, Aisyah Binti Abu Bakar pun amat menyukai kucing dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh haiwan ini.
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman Bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan di rumahnya.
Tips Bagaimana Menjaga Kucing Comel
Jika kita lihat semasa kucing sedang minum. Kita akan dapati tiada setitis air pun yang akan jatuh dari lidahnya. Di samping lidahnya yang merupakan alat pembersih yang amat canggih, permukaan lidahnya yang kasar berfungsi untuk membuang bulu-bulu mati di badannya dan membersihkan sisa-sisa bulu di badannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung, hijabi lebih memerlukan rawatan rambut kerana ia sering dilitupi oleh tudung. Kelemumur dan rambut gugur antara masalah utama yang sering dialami oleh hijabi.
Masalah ini timbul dek kerana kesalahan kita sendiri yang tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan rambut. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan rambut kita. Jadi, kenal pasti apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh hijabi supaya kita tidak mengulanginya lagi.
Rambut yang diikat ke belakang atau high ponytail akan menyebabkan rambut menjadi stress kerana akar rambut akan tertarik dan menegang akibat ikatan yang terlalu ketat. Sebaiknya, ikat rambut pada bahagian tengkuk atau ikat dengan rendah. Barulah rambut menjadi lebih relaks.
Sikat rambut bergigi rapat juga akan membuatkan rambut kita tertarik secara paksa dan ia tidak baik untuk rambut. Sebaliknya, pakai sikat yang bergigi jarang untuk merapikan rambut. Rambut juga tidak akan gugur.
Mengeringkan rambut kadangkala menjadi satu masalah bagi hijabi kerana kita perlu mengeringkan rambut sebelum memakai tudung. Jadi, anda akan jadi sedikit kelam-kabut.
Namun, jangan menggosok rambut terlalu kasar dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut menjadi semakin tidak sihat. Seeloknya, gosok dengan perlahan dan biarkan ia kering sendiri. Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana ia juga tidak begitu baik untuk kulit kepala.
Setiap hijabi memiliki keadaan rambut yang berbeza-beza. Berikan nutrisi tambahan seperti serum rambut sekiranya rambut anda memerlukannya.
Pemilihan bahan hijab juga perlu diambil kira. Ada bermacam-macam-macam bahan hijab yang perlu kita tahu dan pilih dengan tepat. Pilih mengikut situasi. Contohnya, jika kita mahu bersukan, pilih hijab dengan kain yang tidak panas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Maryam Younarae berkongsi kisah perjalanan hidupnya sebelum berhijab, termasuk pengalaman menjadi duta jenama tudung yang disifatkannya sebagai antara jalan yang membawanya lebih dekat kepada hidayah.