Semenjak negara kita dilanda pandemik Covid-19, ramai diantara kita yang diarahkan untuk bekerja di rumah sebagai salah satu usaha untuk membendung penularan wabak ini. Oleh kerana itu, ramai yang sudah menjadikan sudut didalam rumah mereka sebagai ‘office’ sementara.

Sudah pasti keadaan dan juga moodnya berbeza apabila kita melakukan tugasan kerja di rumah berbanding di pejabat. Rasa malas, tidak fokus dan tiada semangat seringkali menjadi masalah utama apabila melakukan kerja di rumah ataupun ‘work from home’. Tambahan pula bagi mereka yang sdah berkeluarga dan mempunyai bilangan anak yang ramai, pastinya ia menjadi salah satu masalah untuk menyiapkan kerja dengan baik.

Suasana dan juga keadaan bekerja di rumah harus sesuai, supaya mood untuk bekerja itu sentiasa membuak-buak untuk melakukannya dengan baik. Oleh itu, team Hijabista kongsikan kepada kamu semua tip untuk jadikan sudut ‘pejabat’ di dalam rumah kamu lebih menarik, selesa dan pastinya memberikan kamu semangat untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Barulah bos sayang!

  1. Sudut yang boleh lihat suasana luar rumah

IKLAN

Ini antara perkara yang paling penting untuk kamu berasa selesa melakukan kerja. Pastikan kamu memilih satu sudut yang membolehka kamu lihat di luar rumah. Cara ini bukan sahaja boleh menyegarkan keseluruhan badan kamu apabila melihat warna hijau pokok ataupun apa sahaja di luar rumah, malah ia juga memberi ketenangan kepada minda apabila kamu stres melakan tugasan. Ambil sedikit masa untuk melihat di luar jendela supaya mata kamu yang berat itu terasa sedikit ringan dan minda kamu berasa sedikit bebas.

2. Pemilihan konsep yang ‘sejuk’ dan mahal

Sumber gambar: Draf Office Furniture

Konsep ‘sejuk’ ini merujuk kepada pemllihan warna barang serta warna dinding yang boleh kamu ubahsuai untuk jadikan area kerja kamu lebih tenang dan selesa. Contohnya seperti warna putih, kelabu, biru perlahan ataupun apa sahaja warna ‘pastel’ boleh menaikkan suasana ‘sejuk’ yang nyaman. Bukan itu sahaja, pilihan warna-warna berikut boleh menaikkan eleemen mahal yang kadang-kala mempengaruhi mood kamu untuk melakukan tugasan dengan lebih serius dan fokus!

IKLAN

3. Kemas dan susun dengan rapi

Sumber gambar: 21 oak

Siapa yang suka berkerja dalam keadaan meja yang berselerak dan tidak kemas kan? Ha! Untuk pastikan kamu sentiasa berasa bersemangat untuk melakukan kerja di rumah, apa kata luangkan sedikit masa untuk menyusun atur segala jenis barangan kamu dengan kemas. Bila kamu lihat area kerja kamu kemas dan bersih, barulah ada ‘mood’ nak buat kerja. Sedikit tip mudah untuk pastikan kamu selesa adalah:

  • Pastikan kamu susun mengikut saiz dan juga warna.
  • Letakkan barangan yang selaliu kamu guna di satu tempat yang sama supaya tidak menganggu kawasan kerja kamu yang lain.
  • Jika kamu memiliki banyak barangan elektronik seperti telefon bimbit, komputer riba, ‘earbuds’, tetikus dan sebagainya, pastikan kamu ikat, susun dan letakkan wayar ‘charger’ nya di satu bekas yang sama supaya tidak berselerak.
  • Sentiasa sediakan tisu basah di dalam laci meja kamu supaya boleh mencuci dan menghilangkan habuk di atas meja ataupun mana-mana tempat yang lain.

4. Hiasi dengan dekorasi yang menarik

IKLAN
Sumber gambar: Her World

Dekorasi seperti gambar, bunga, cermin ataupun apa sahaja yang boleh menjadika area kerja kamu tampak berseni dan kreatif antara langkah bijak untuk menaikkan keserian di kawasan itu. Gambar-gambar seperti pemandangan, flora atau fauna, manusia atau apa sekali pun bukan sahaja memberi keseronokkan semasa membuat kerja, malah ia juga mampu menaikkan elemen mewah pada ruang kerja kamu!

5. Aroma yang menarik dan lembut

Sumber gambar: Essential Oil Haven

Aroma yang wangi boleh menyebabkan hati dan minda kita tenang dan rasa mudah untuk melakukan kerja. Pilihlah aroma yang tidak terlalu tajam, tapi cukup sekadar baunya yang lembut yang boleh dibau ketika kita membuar kerja. Haruman jenis lavender, rose, lemon atau vanilla antara pilihan bijak untuk memastikan keseluruhan area kerja kamu wangi!

p/s: Untuk tambahan, untuk memastikan proses pengubahsuaian kamu berjalan lancar dan menepati citarasa, lebih baik kamu kaji dan cari dahulu gambar-gambar rujukan contohnya seperti di Pinterest untuk memudahkan kamu memilih warna, corak, perabot dan lain0lain mengikut kesesuaian ruang dan citarasa kamu! Selamat mencuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI