Kek Hari Jadi Syatilla Melvin Curi Tumpuan Semua. Netizen Terkejut & Terhibur Melihatnya!

Share

Baru-baru ini pelakon jelita Syatilla Melvin atau lebih mesra disapa Tilla telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 29 pada 8 Februari yang lalu.

Menariknya mengenai sambutan hari jadi Tilla kali ini adalah kek hari jadinya yang berbentuk lipas. Memang luar biasa kerana ia kelihatan seperti replika lipas yang sebenar. Orang yang takut dengan lipas mesti tak boleh nak makankan!

Suami tercinta Tilla, Shaheizy Sam telah memuat naik gambar keknya di laman sosial. Agak-agak berani tak nak makan?

Pengikut laman sosial mereka juga turut terkejut apabila melihatnya. Memang lucu!

Kelakar je melihat pasangan ini. Didoakan moga terus bahagia hingga ke jannah. Apa-apa pun, Happy Belated Birthday Syatilla!

 

IKLAN