Meski sudah lama meninggalkan industri hiburan tanah air, kebelakangan ini nama aktres jelita Wardina Saffiyah kembali meniti di bibir para peminat kerana kelantangan beliau menyuarakan serta membela nasib saudara se-Islam yang sedang di tindas di Palestin.
Malah, Wardina juga merupakan antara selebriti yang cukup bergiat aktif di laman sosial miliknya. Wardina gemar berkongsi ilmu atau menyuarakan pandangannya secara lantang tentang beberapa isu yang menarik perhatian di laman Instagram.
Walaupun kini Wardina sudah menetap di Australia, namun perkembangan dirinya sentiasa di nanti peminat seni tanah air.
Terdahulu, Wardina ada memuat naik sekeping foto dirinya, berserta kapsyen mempersoalkan sama ada wajahnya seiras pelakon cantik Sarah Hildebrand atau isteri kesayangan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida.
Persoalan berkenaan diajukan khusus buat para peminat dan followers miliknya.
Netizen turut tertarik dengan status di muat turun berkenaan. Malah rata-rata mempunyai pandangan tersendiri wajah Wardina seiras pelakon mana.
Ads
Dari Dulu Memang Peminat Wardina
Macam DS Shahida ‘Especially’ Bahagian Mata
Cantik Meski Tanpa Solekan
Ads
Sekali Pandang Macam DS Shahida, Macam Kembar Seiras
Sebelum itu, Wardina Safiyyah secara jujurnya memuji kejelitaan Sarah Hildebrand yang disifatkan cantik semula jadi dan tidak perlu menjadi seperti orang lain yang perlu bekerja keras untuk tampil cantik.
Malah kecantikan natural seperti ini juga mengingatkan dia kepada beberapa selebriti yang juga mempunyai aura tersendiri. Antaranya Deana Yusof, Siti, Sharmaine Farouk, Juma dan juga Normala Shamsuddin.
Ads
Untuk rekod, sejak Isnin nama Wardina menjadi bualan hangat di laman sosial berikutan mengambil pendekatan untuk menyekat akaun Instagram (IG) semua selebriti tempatan yang membisu soal Palestin.
Menerusi kelantangannya bersuara di platform sosial media tersebut, Wardina membuat satu hantaran dengan meminta pengikutnya menamakan selebriti yang tidak bersuara mengenai konflik tersebut.
Ramai yang tahu pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin kini berada di luar negara dalam menghadapi persaingan perlumbaan MotoGP tahun ini. Dan kali ini dia tidak keseorangan apabila turut membawa isterinya, Suzana Manaf bersama. Pada mula menyangka isteri tersayang hanya berada di luar litar sebagai penguat semangat, tetapi rupa-rupanya dia turut menjadikan isterinya sebagai Umbrella Girl. Ini bagi menaikkan semangat untuk kekal konsisten berlumba apabila insan tersayang berada di sisi.
Isterinya yang juga seorang model Muslimah menjadi Umbrella Girl berhijab pertama berada di litar sempena perlumbaan di Thailand minggu lalu.
Nyata kehadirannya jadi tumpuan memandangkan yang dipayungi adalah suaminya sendiri dan dia juga santun dalam pakaian menutup aurat, lengkap dengan inner tangan.
Foto yang dimuat turun di laman instagramnya mendapat komen positif dari netizen. Rata-rata mendoakan kejayaan Hafiz dalam mengharumkan nama negara di pentas antara bangsa.
zulfadzliridzuan Bini jadi umbrella girl, memang semangat berkobar-kobar le jawabnya.
ballonzuza_surprise Wahhhh Good job bro ,pilihan Yg tepat ,smoga bertambah berkat ,bertambah semangat la bila tulang rusuk kiri ada Sbelah kan ,smoga sentiasa dirahmati kalian berdua
Viral bulan lalu yang menyaksikan beberapa selebriti yang pada mulanya berhijab kemudian telah membuka tudung. Namun tidak semua mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk bersikap ‘turning back’ pada kehidupan lalu. Biarpun diuji pelbagai dugaan, namun mereka masih kekal teguh berhijab kerana rasa cinta tidak berbelah bagi pada Tuhan yang satu.
Begitu juga bagi selebriti yang juga seorang penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss, atau dikenali dengan Deja Moss. Dia yang diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun lalu tetap teguh berhijab biarpun ada terdetik untuk membuka tudung.
“Menipu kalau saya kata tidak terdetik sikit pun dalam hati untuk ke arah itu. Tetapi saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri bersama Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir.
“Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Tidak dinafikan soal perceraian itu memang beri tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas bercerai saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya,” ungkap Deja Moss yang kemudiannya mencari kekuatan berdepan saat sukar itu.
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja yang sudah 10 tahun bergelar usahawan Kek Lapis Sarawak.
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Justeru untuk memastikan segalanya berjalan lancar, Deja turut turun padang mengutip dana bagi membantu golongan anak yatim ini. Pada mulanya agak sukar tetapi dia bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah.
Deja Moss yang popular dengan lagu ‘Asmara’ masih lagi meneruskan aktiviti dalam bidang seni melalui nyanyian.
“Kalau dulu memang saya hambakan diri ini pada seorang lelaki (bekas suami) selama 10. Akan tetapi setelah berpisah, saya letakkan diri saya semuanya pada Allah. Hidup dan mati saya kerana Allah.
“Saya bersyukur setiap hari kerana Allah memberi pinjaman nyawa ini. Setiap pagi saya bersyukur kerana masih lagi bernafas kerana tak tahu apa yang akan berlaku selepasnya.
“Allah beri pinjam nyawa pada kita. Dan semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman. Semua milik Allah dan kita patut bersyukur atas kurniaan-Nya. Oleh sebab itu apabila saya hambakan diri pada Allah (selepas bercerai) saya rasa cukup tenang sekali.
“Saya reda dan terima dengan hati terbuka apa yang berlaku sebelum ini. Kata orang sudah ‘move on’ dan paling penting kena kerja keras untuk capai segala impian,” katanya yang sudah enam tahun kekal berhijab, sebelum akhiri perbualan.
Setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, cerah dan berseri. Demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, tentunya anda sanggup mencuba dan melakukan apa sahaja rawatan yang disarankan oleh rakan-rakan anda.
Tetapi tahukah anda sebenarnya hanya dengan mengamalkan doa, anda pun boleh nampak cantik dan berseri. Bukan sahaja cantik, malah dapat pahala lagi. Antara doa yang sering dikaitkan dengan kecantikan adalah doa Nabi Yusuf. Nabi Yusuf digambarkan sebagai nabi yang paling tampan dan berseri-seri wajahnya.
Seperti yang kita semua tahu, doa Nabi Yusuf memiliki banyak keistimewaan dan salah satunya adalah menjadikan wajah anda tampak lebih cantik dan berseri. Tetapi, kecantikan hati juga perlu dijaga. Jangan hanya pentingkan penjagaan luaran sahaja.
Buat anda yang mahukan wajah yang cantik berseri, cuba amalkan potongan ayat 4 dari Surah Yusuf ini:
Maksud surah Yusuf, ayat 4:
“(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”
Setelah membaca surah, teruskan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa, ayat 39.
Maksud surah Thaahaa ayat 39:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”
Amalkan doa penyeri wajah ini dengan niat yang baik terutama bagi isteri yang mahukan suami menyayanginya.
Hanis Zalikha berkongsi rahsia mengekalkan bentuk badan langsing dengan pemakanan sederhana, senaman dan fokus terhadap kekuatan otot serta kecergasan.