Setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, cerah dan berseri. Demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, tentunya anda sanggup mencuba dan melakukan apa sahaja rawatan yang disarankan oleh rakan-rakan anda.
Tetapi tahukah anda sebenarnya hanya dengan mengamalkan doa, anda pun boleh nampak cantik dan berseri. Bukan sahaja cantik, malah dapat pahala lagi. Antara doa yang sering dikaitkan dengan kecantikan adalah doa Nabi Yusuf. Nabi Yusuf digambarkan sebagai nabi yang paling tampan dan berseri-seri wajahnya.
Seperti yang kita semua tahu, doa Nabi Yusuf memiliki banyak keistimewaan dan salah satunya adalah menjadikan wajah anda tampak lebih cantik dan berseri. Tetapi, kecantikan hati juga perlu dijaga. Jangan hanya pentingkan penjagaan luaran sahaja.
Ads
Buat anda yang mahukan wajah yang cantik berseri, cuba amalkan potongan ayat 4 dari Surah Yusuf ini:
Maksud surah Yusuf, ayat 4:
“(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”
Ads
Setelah membaca surah, teruskan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa, ayat 39.
Pelakon utama drama Cina Buta Ungku Ismail, memaklumkan bahawa rakan seperjuangannya Nad Zainal yang berada dalam pemantauan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, kini berada pada fasa kritikal.
Menurut Gempak, perkara berkenaan dimaklumkan Ungku ketika dihubungi menerusi aplikasi whatsapp.
Aktor kacak itu juga memohon agat semua waragamaya mendoakan Nad Zainal diberi kesembuhan segera dan mampu menempuh detik-detik sukar ini.
“Ya, doktor baru saja memaklumkan keadaan Nad sekarang kritikal. Sayamohon semua orang mendoakan dia sembuh sedia kala,” kata Ungku.
Terdahulu, Hijabista melaporkan bahawa pelakon Nad Zainal kini sedang dimasukkan ke ICU kerana mengalami jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.
Perkara tersebut turut disahkan sendiri oleh Ungku yang memaklumkan bahawa Nad mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran bernafas pada hari berikutnya.
Menurut Ungku, Nad akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pada Ahad dan keadaan dadanya kembali okay selepas makan ubat yangdiberikan oleh doktor.
Bagaimanapun Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan CT.
Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukanprosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam disebabkan Nad berdepan masalah pernafasan.
Sehubungan kabar duka ini, drama rantaian berjudul Cina Buta gandingan Nad Zainal dan Ungku Ismail yang mula ditayangkan pada hari ini terpaksa ditunda ke suatu tempoh lain.
Banyak hikmah di sebalik pandemik Covid-19 antaranya jika sebelum ini kita tidak mengendahkan untuk solat di masjid tetapi ketika wabak Covid-19 mengganas di serata dunia, pintu-pintu masjid-masjid terus tertutup rapat.
Ketika itulah ramai yang menyesal dan menangisi peluang yang selama ini disia-siakan. Hati seakan sedih dan pilu kerana tidak lagi berpeluang untuk menunaikan ibadah solat di masjid serta solat berjemaah.
Ikuti perkongsian Najmi Farisham.
Betapa rindunya hati insan untuk kembali berjemaah di Masjid Nabawi. Akhirnya pada subuh pagi tadi (31 Mei 2020), pintu masjid yang telah sekian lama ditutup rapat dibuka semula. Orang ramai berduyun-duyun ke sana bagi mendapatkan tempat dan saf.
Ada garis panduan yang harus dipatuhi. Pelitup muka wajib dipakai. Kanak-kanak tidak dibenarkan langsung untuk datang. Air zamzam pula dihentikan penyediaannya buat sementara waktu.
Syukur. Alhamdulillah. Segala pujian hanyalah bagi Allah SWT.
Doa dipanjatkan tanda syukur. Air mata mengalir keluar tanda gembira. Perasaannya seperti hari inilah hari raya. Setelah hampir 2 bulan lebih tidak menjejakkan kaki ke masjid yang dicintai ini. Setelah mengharungi 30 hari Ramadan tanpa bertarawih berqiamullail di sini.
Hari ini, seakan tidak percaya. Penduduk setempat sudah boleh masuk berjemaah semula di sini.
Walaupun pembukaannya dibuat secara berperingkat, namun sedikit kelonggaran ini sudah cukup nikmat. Tiadalah nikmat yang asyik direbut saat bermukim di Madinah selain daripada dapat solat di Masjid Nabi SAW.
Lockdown tempoh hari menyedarkan kita semua akan nikmat yang tidak terperi ini. Tuhan menegur sikit saja hati-hati yang terleka. Ketika ada ruang dan peluang untuk menziarahi masjid, kita buat-buat sibuk dengan aktiviti lain.
Akhirnya kita semua merinduinya bersama. Menyesal akan sikap tidak endahkan masjid sebelum ini.
Dan kini, bila dengar saja ada masjid akan kembali dibuka. Kita semua seronok. Biarlah sebelum ini jarang sekali menjejakkan kaki ke masjid. Namun perasaan sebegini, dirasai oleh semua.
Ya Rabb, dekatkan hati-hati kami dengan masjid walau di mana kaki ini berpijak.
Setakat ini, hanya Masjidilharam yang masih belum dibuka kepada orang ramai. Selain daripada itu, sekitar 90,000 buah masjid di seluruh Arab Saudi sudah mula dibuka untuk solat berjemaah dengan garis panduan yang mesti dipatuhi.
Itulah.
Sumber kredi: Najmi Farisham
Sumber gambar: Media Haramain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain Rozita Che Wan, adiknya Ayu Raudhah juga sering jadi perhatian netizen kerana keayuan dan kecantikan wajahnya. Sejak melahirkan anak ketiganya, cerita mengenai dirinya jarang terpapar di media sosial. Hinggakan ramai tidak tahu rupa-rupanya awal tahun ini Ayu hampir maut kerana mengalami apendiks yang memaksa dia melakukan pembedahan segera kerana sudah pecah. Bukan itu sahaja, dia juga terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Ayu yang baru sahaja sembuh sepenuhnya bersyukur kerana diberi peluang kedua oleh Allah untuk menghirup udara yang segar ini.
Ketika bertemu di majlis perlantikan kakaknya, Rozita Che Wan sebagai duta bagi produk serum Nell Aesthetica di sebuah hotel di ibu kota, Ayu memberitahu pada mulanya dia hanya diserang sakit perut dan berasa mual-mual. Dia yang pada menyangka dirinya mengandung kerana mengalami muntah teruk sehingga keluar muntah hijau.
Dan apabila pergi mendapatkan rawatan di klinik, doktor hanya memberikannya ubat angin. Namun sakit itu tidak hilang malah semakin teruk hingga memaksa dia mendapatkan rawatan di hospital.
Keadannya ketika itu cukup serius sehingga perlu dimasukkan ke wad emergency. Setelah dibuat pemeriksaan teliti, doktor mengesan dia mengalami apendiks dan perlu jalani pembedahan segera kerana apendiks berkenaan telah pecah.
Setelah pembedahan selesai, Ayu sekali lagi diduga apabila dia diserang demam. Apabila membuat pemeriksaan darah dan x-ray, doktor membritahu ada jangkitan kuman pada paru-paru. Malah bacaan CRP juga tidak normal dan dia terus di tahan di wad HDU kerana sukar untuk bernafas dan dada terasa begitu ketat.
Pada masa itu, Ayu merasakan nyawa bagaikan di hujung tanduk. Kesukaran untuk bernafas dan badan yang semakin lemah menyebabkan dia betul-betul rasa tidak sihat.
Ayu kemudiannya terpaksa masuk semula ke hospital selama 11 hari untuk mendapatkan rawatan antibiotik bagi merawat jangkitan kuman pada paru-paru. Setelah sihat dia kemudiannya dibenarkan untuk balik ke rumah. Tetapi sekali lagi dia merasakan sakit semula.
Ketika itu Ayu tidak mampu untuk berdiri, tak boleh berjalan dan apabila pergi semula ke hospital dan membuat rawatan CT scan, tiada apa-apa yang berlaku. Cumanya jangkitan kuman baru mahu hilang dari badannya. Justeru untuk memastikan kesihatan benar-benar pulih, Ayu sekali lagi perlu ditahan untuk tempoh seminggu dan meneruskan rawatan antibiotik.
Apabila rawatan antibiotik ini berterusan menyebabkan bayinya yang baru berusia 7 bulan tidak dapat menyusu badan kerana susu sudah menjadi racun. Susu yang dipam bertukar menjadi warna hijau kebiru-biruan kerana pelbagai ubat yang masuk dalam badannya sepanjang berada di wad.
Memaang Ayu bersedih sebab perlu menggantikan dengan susu formula tetapi dia bersyukur kerana bayinya tidak ada masalah untuk minum susu formula sebagai gantian. Sehingga sekarang selepas keluar dari wad Ayu tidak berani untuk memberikan susu badan memandang masih lagi perlu menghabiskan makan antibiotik.
Sepanjang sakit itu memang Ayu tidak berkongs kesakitan yang dihadapi awal tahun ini dengan mengikutnya di laman sosial. Cuma setelah sembuh barulah Ayu berkongsi kos rawatan yang perlu ditanggung olehnya dan mengingatkan followernya agar mengambil insuran peribadi memandangkan kos di hospital amatlah tinggi.
Ketika sakit itu Ayu terfikir kalau Allah nak ambik diri kita, bila-bila masa sahaja pun boleh. Bayangkan selama ini tidak ada tanda-tanda sakit dan apabila terus diserang sakit yang teruk boleh dikatakan seperti berada di ambang maut.
Menurutnya, kesihatan atau apa sahaja yang ada bukan milik abadi dan ia hanya pinjaman. Allah berhak untuk ambil apa yang Dia mahu. Situasi ini menyebabkan dirinya terasa begitu kerdil di sisi Allah dan lahir perasaan insaf.
Dalam masa sama sama ibu kepada tiga cahayamata, Aisy Qaiser, Aisy Aryan dan Laura Zuleykha turut beruntungg kerana dikurniakan suami yang cukup memahami kesihatan diri yang tidak sihat ketika itu. Begitu juga dengan sokongan dan pertolongan dari ahli keluarga yang boleh menjaga anak-anaknya sepanjang dia menerima rawatan di hospital.
Walaupun kini sudah sembuh dari dugaan yang menakutkan itu, tetapi bagi Ayu dia akan lebih berhati-hati menjaga kesihatan diri terutama soal pemakanan dan kesihatan diri supaya penyakit sama tidak berulang.
KREDIT FOTO: TUAN AZMAN (TOP IMAGE) & INSTAGRAM AYU RAUDHAH
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di