Setiap mereka yang bergelar muslim pastinya menyimpan angan-angan untuk mengerjakan ibadah Haji dalam hidup mereka. Pastinya perasaan teruja mengiringi mereka yang akan ke tanah suci Mekkah bagi melakukan rukun Islam yang kelima itu.
Bagi mereka yang akan bakal bergelar Haji dan Hajjah, bolehlah mendengar tip ringkas namun padat yang telah dikongsikan oleh selebriti terkenal iaitu Wardina Safiyyah.
Selamat menunaikan ibadah Haji buat semua jamaah Haji 2019. Haji mabrur InsyaAllah. Ia sememangnya sebuah perjalanan yang mengagumkan. Saya sangat menikmatinya. Semestinya banyak yang telah kita lalui dan bertahan kerananya. Bukankah kita semua begitu? Haji memang penat dan susah. Saya rasa itu adalah intipati Haji. Bayangkan Rasulullah SAW dahulu. Apa-apa pun, setiap orang itu melihat sesuatu perkara secara berbeza. Oleh itu, nikmatilah perjalanan anda. Sebuah perjalanan kerohanian yang semestinya tak akan saya lupa dan sentiasa merindukannya.
Ads
Ini ada tip ringkas dan pendek- pergilah dengan minda yang terbuka, banyakkan membaca dan jangan dengar cerita-cerita yang menakutkan. Sabar, banyakkan berdoa dan jangan lepaskan sedikit waktu pun di Arafah. Tulis doa anda, kekal niat dan hati yang ikhlas, jadi mesra dan pemurah. Ringankan tangan untuk menghulurkan bantuan. Dari Hajjah Wardina dan Haji Ikhwan.
Lama kita tidak mendengar khabar pelakon jelita, Ardell Aryana. Rupa-rupanya, Ardell kini baru sahaja bertolak ke Palu, Indonesia bagi mengikuti misi kemanusiaan di sana.
Assalamualaikum, Alhamdulillah.. saya tak sangka misi pertama saya akan bermula secepat ini , sepatut nya saya akan ke palu indonesia pada bulan ramadhan nanti . Tetapi tadi saya terima panggilan dari pihak@ydkmm_official saya kena kesana , flight saya kesana awal pagi esok untuk misi kemanusiaan & bencana alam “ #Gempa “ yang berlaku sejak beberapa hari lalu di sana . Saya akan ke palu, sigi , donggala, petobo ,sulawesi tengah .. doa kan perjalanan saya semua & doakan semoga palu indonesia tidak melalui tsunami ? yang dasyat seperti tahun lepas . Terakhir yang di beritahu saya beberapa hari lepas gegaran 6.9 yang berlaku disana oleh itu , jika ada yang nak mewakafkan rezeki anda buat bantuan yang akan kami berikan kepada mereka .. saya amat lah menerima dengan hati terbuka & berterima kasih kepada awak semua followers saya ??? , tak kira berapa RM pun yang awak beri saya terima ?. MAYBANK RASMI @ydkmm_official : 564294307891 . May Allah ease everything for my journey tomorrow & to all of us ??☺️ amin …❤️ . Saya akan update dari masa ke semasa pada awak semua keadaan disana inshaallah ? . #togetherwearestronger#BerkongsiRezeki#BerbagiSemangat#yayasandanakebajikanmuslimmalaysia ????? Bismillahirahmanirahim ✨
Alhamdulillah, moga niat baik Ardell dan pasukan dipermudahkan di sana. Pasti banyak hijabi yang terinspirasi dengan aktiviti yang dilakukan oleh Ardell ini bukan? Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Sedikit pun tidak mengapa sis!
Bukan mudah untuk berjaya namun tidak mustahil untuk memperolehnya jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Seperti Nurul Jannah Binti Zamberi, 23, dirinya boleh diangkat menjadi contoh dan kebanggaan buat rakyat Malaysia apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik di Rutgers University dalam bidang Biomedical Engineering.
Sebelum ini, Malaysia digemparkan dengan kejayaan Maryam Balqis yang memperolehi CGPA 4.00 di Arizona State University, Amerika Syarikat dan kini pelajar Malaysia sekali lagi menjadi kebanggaan apabila Nurul Jannah menerima Anugerah Samuel Welkowitz Award daripada Rutgers University.
Nurul Jannah, anak kelahiran melayu Johor yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu cemerlang dengan pencapaian Cum Laude atau The Highest Honors serta memperoleh CGPA 3.95.
Selain itu, Nurul Jannah merupakan antara pelajar lepasan MRSM Tun Ghafar Baba yang melanjutkan pengajian di Foothill Community College, Los Altos, California. Setelah menamatkan zaman persekolahannya di MRSM, beliau telah meneruskan pengajian di dalam American Degree Preparatory Program (MADP) selama dua tahun. Kemudian dia melanjutkan pengajian Bsc in Biomedical Engineering di Rutgers University, New Brunswick, Amerika Syarikat.
Menurut sumber maklumat Pejabat MARA Washington, “Nurul Jannah memilih bidang ini kerana beliau amat meminati subjek biologi, kimia dan fizik.”
“Beliau mengambil dan memanfaatkan peluang ini dengan bijak untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya dalam beberapa penyelidikan malah Nurul turut terpilih sebagai Undergraduate Research Assistance oleh universiti ini.”
Antara tajuk penyelidikan beliau ialah “Inventing Nanoparticles for Drug Delivery Purposes to Treat Traumatic Brain Injury”, “Pulse Pressure and Cardiac Arrythmias, dan pada tahun akhir pengajian, beliau telah menjalankan Senior Design Group Project bertajuk “Noninvasive Arterial Stiffness Detecting Device”.
Di samping itu, menurut MARA Washington, Nurul memperoleh tempat pertama daripada 110 orang graduan Biomedical Engineering dan dinobatkan Samuel Welkowitz Award serta berjaya memasuki senarai khas pelajar cemerlang yang digelar “Matthe Leydt Society” dengan pencapaian tertinggi di sepuluh universiti terbesar di New Jersey.
Cukup membanggakan, tahniah Nurul Jannah Zamberi, dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam bidang Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikathttps://t.co/XFrNv4KeWh
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) June 1, 2019
Tahniah Nurul Jannah !
Bekas pelajar MRSM Ghafar Baba ini berjaya menjadi pelajar terbaik dalam bidang Biomedical Engineering, di Rutgers University, AS.
Semoga terus berjaya dan gigih memberikan khidmat bakti kepada umat dan negara.https://t.co/p6s2Y0Bgn9
Inilah contoh #YouthPower dalam negara kita. Tahniah Nurul Jannah kerana dinamakan sebagai pelajar terbaik dalam Kejuruteraan Bioperubatan di Rutgers University, Amerika Syarikat.https://t.co/itdy7tj25K
Mahu terus menimba ilmu, Nurul Jannah mempunyai impian yang besar bagi menyambung pengajian yang lebih tinggi hingga peringkat PHd dalam bidang yang sama.
Sudah pastinya rakyat Malaysia menyokong apa jua jalan yang dipilihnya dan semoga Nurul Jannah terus menyinar dalam setiap perkara yang diceburi. Buat Nurul Jannah, Hijabista ingin mengucapkan tahniah dan diharapkan agar terus berjaya mengecap kejayaan!
Raffia Arshad, 40, memecah tradisi sistem perundangan United Kingdom apabila telah dilantik menjadi hakim wanita pertama yang memakai hijab.
Memetik metro.co.uk, ibu kepada tiga orang anak itu pernah mengalami detik mencabar. Beliau pernah dinasihatkan oleh keluarganya agar tidak memakai hijab ketika menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa di Inns of Court School of Law pada 2001.
Malah ahli keluarganya pernah memberi amaran bahawa peluang untuk berjaya akan berkurangan jika dia terus memakai hijab. Walau bagaimanapun Raffia enggan tunduk pada tekanan itu.
“Saya memutuskan bahawa saya akan memakai tudung kerana bagi saya amat penting untuk menerima seseorang itu sebagaimana dirinya yang seadanya. Jika saya perlu menjadi orang lain untuk meneruskan kerjaya saya, itu bukan sesuatu yang saya mahu,” katanya.
“Saya pergi dengan memakai tudung dan saya berjaya dalam temu duga itu. Saya diberikan biasiswa yang cukup besar. Saya rasa itu adalah antara langkah pertama yang paling mendalam dalam kerjaya saya. Ini bukti bahawa kita boleh melakukannya tanpa mengira apa yang kita pakai,” katanya.
Raffia dibesarkan di barat Yorkshire. Wanita ini mula menyertai St Mary’s Family Law Chambers pada 2004 selepas menjalani latihan di London. Sepanjang 15 tahun, Raffia berlatih dalam undang-undang kanak-kanak, perkahwinan paksa serta sebarang kes yang berkaitan Undang-Undang Islam. Dia turut dilantik menjadi pengarang teks utama dalam Undang-Undang Keluarga Islam.
Raffia berkata apa yang dilakukan beliau diharap akan merintis jalan bagi wanita Islam di UK untuk berjaya dalam lapangan perundangan. Raffia menjadi anak pertama dalam keluarga berjaya menjejakkan kaki ke universiti itu.
Wanita ini juga telah merobohkan tembok tanggapan sempit kononnya para hakim hanya memakai ‘wig’ seperti sekian lama diamalkan dalam sistem perundangan Inggeris.
“Jangan ambil kisah tentang apa yang saya pakai dan jangan persoalkan keengganan saya mengikut acuan terdahulu tetapi sebaliknya lihat kepada apa yang saya perlu lakukan,” jelas beliau.
Raffia yang telah bertugas sebagai pengamal undang-undang keluarga selama lebih 17 tahun ini berasa terhutang budi kepada suaminya kerana memberikan beliau ruang untuk mencapai cita-citanya itu.
Semoga kisah Raffia ini bakal menjadi inspirasi kepada semua orang, terutamanya kaum minoriti di England.
Sumber kredit: bebasnews.my, metro.co.uk dan BBC News
Sumber gambar: St Mary’s Chambers, Nottingham, UK
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.