Biarpun kelihatan ayu, namun jangan sesekali cuba mencabar dirinya kerana aksinya yang lincah di gelanggang gusti boleh membuatkan sesiapa sahaja gerun apabila melihatnya.
Itulah Nor Diana atau lebih dikenali sebagai Nor ‘Phoenix’ Diana, ahli gusti berhijab pertama di dunia. Baharu sahaja berusia 20 tahun, Diana sudah melakar sejarah yang tersendiri apabila tersenarai dalam ‘Forbes Asia 30 Under 30 2020’.
Berasal dari Kuala Lumpur, siapa sangka hijabi muda ini telah melangkah setapak lagi ke dunia lakonan pula apabila bakal muncul dalam sebuah filem baharu tidak lama lagi.
BAKAL BERGELAR PELAKON
“Saya kini sedang giat menjalani latihan untuk menyiapkan diri bergusti semula. Di samping itu, saya juga terlibat dalam penggambaran filem ‘Small Town Heroes’ terbitan Lomo Pictures. Bukan itu sahaja, saya kini sedang melakukan persiapan untuk filem “Juara” terbitan Piledriver Entertainment (Asia) Sdn Bhd yang dipersembahkan oleh Quinton Group (ketika temubual dilakukan).
“Saya juga banyak mengisi masa lapang dengan melakukan temu bual bersama media tempatan serta antarabangsa,” jelasnya yang merupakan anak keempat daripada lima beradik ini.
Ads
Ditanya mengenai rutin kecantikan dan kesihatan yang diamalkan, semestinya Diana menjadikan aktiviti gusti sebagai cara untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan yang dimiliki.
“Memang kebiasaannya saya akan komited terhadap latihan di gimnasium sebanyak tiga kali seminggu dan juga latihan gusti iaitu dua kali seminggu. Tiada sukan lain di dunia ini yang saya gemari selain gusti.
“Kalau dari segi kecantikan pula, saya gemar melakukan facial spa dengan cara tersendiri. Kebiasaannya akan dilakukan tiga kali seminggu. Saya juga kerap minum air kosong dan pastikan pengambilannya cukup agar sihat luar dan dalaman.
Ads
YAKIN ITU CANTIK
“Bagi saya definisi cantik ialah keyakinan. Cara seseorang itu membawa dirinya. Tetapi sejujurnya, saya percaya setiap insan di dunia ini cantik dengan cara mereka yang tersendiri,” ujar Diana.
Biarpun nampak ganas di gelanggang gusti, namun Diana mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan seorang yang pemalu, pendiam dan introvert.
Ads
Namun apabila saya di gelanggang, saya berubah menjadi karakter pentas saya, Phoenix. ‘Dia’ benar-benar berbeza dengan keperibadian saya. ‘Dia’ yakin dan outgoing. Saya gemar bercerita di gelanggang melalui pro-gusti dan menghiburkan penonton yang menyaksikannya.
“Saya tidak pernah lagi mencuba sukan lain selain gusti tetapi jangan terkejut jika saya beritahu bahawa saya meminati dunia tarian.
“Fakta yang orang tidak tahu mengenai diri saya ialah saya berkebolehan untuk menari tarian tradisional. Bukan itu sahaja, saya juga pernah bermain violin dalam kumpulan okestra,” kata Diana yang mula jatuh cinta pada dunia gusti selepas kerap bermain permainan WWE di PSP sewaktu kecil.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai Diana, langgani segera majalah Hijabista edisi terkini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam dunia yang semakin mengejar teknologi hari ini menyaksikan golongan muda yang semakin berjaya mencapai impian masing-masing. Siapa sangka dalam usia masih muda sudah memiliki aset bukan hanya ribuan ringgit tetapi juga mencecah jutaan. Seperti perkongsian hijabi muda, Nur Aliah Mohd Nor, 25 tahun yang sejak zaman belajar berazam untuk memiliki shop lot sendiri dan impiannya itu tercapai kala usianya mencecah 25 tahun. Nilai shop lot dimiliki mencecah RM1 juta dan sememangnya pencapaian cukup luar biasa bagi gadis muda sepertinya.
Dia juga sebenarnya tidak menyangka kejayaan itu datang dengan cepat. Dulunya dia hanya seorang dropship produk De’Xandra dan dia terasa mimpi apabila mampu memiliki outlet sendiri. Pesannya juga kepada hijabi diluar sana, jangan takut untuk memasang impian kerana Allah sudah aturkan yang terbaik buat kita.
Walaupun pernah berdepan kegagalan tetapi itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk terus kekal dipuncak. Justeru dia tidak lokek berkognsi ilmu dan memberi 15 tip berjaya yang diamalkannnya selama ini untuk membina pernigaannya yang cukup viral ketika itu.
LIA PERNAH HILANG RM100K KETIKA UMUR 24 TAHUN, KINI LIA BANGKIT KEMBALI. .
Lia bermula dengan dunia perniagaan ketika Lia sedang belajar di UiTM Arau umur 21 tahun. Pada masa itu Lia menjual ‘topup’ kerana ingin mencari duit lebih untuk tampung perbelanjaan Lia di Universiti.
Lia semakin aktif perniagaan semenjak menjadi dropship Dexandra. Lia pernah berbisik di hati nak ada tim yang ramai. Ajaibnya lintasan hati Lia ini Allah makbulkan. Bermula dengan 10 orang sahaja tim Chettaki Omey kini menjadi 350 orang dibawah kepimpinan Lia. .
Namun, pada akhir tahun 2016, Lia pernah ditipu RM100,000 dalam sekelip mata sahaja. Ketika Lia jatuh, masa itu semua benda Lia terpaksa gadai dan duit dalam bank kosong. Kemudian, Lia bermula semula dengan bermodalkan RM1000. Lia tawakal pada Allah, bersihkan hati dan berdoa semoga Allah bantu Lia. .
Alhamdulillah, Lia kembali bangkit setelah betulkan niat buat bisnes ini kerana Allah dan Rasul, bersedekah setiap hari dan tulis matlamat dengan jelas apa yang nak dicapai. Syukur, dengan usaha dan doa, Lia dapat menunaikan umrah bersama kedua ibu bapa Lia, dapat memiliki rumah kedai di Wangsa Maju, dan terbaru Lia berada dalam carta nombor satu stokis Dexandra.
Inilah kejayaan yang Lia impikan selama ini. Lia yakin dan percaya, mimpi itu memang percuma dan mimpi yang dilaksana akan menjadi realiti yang sempurna.
Tak sangka, impian Lia untuk miliki shoplot sendiri yang bernilai RM1juta tercapai pada usia 25 tahun!
Ramai yang tanya, jadi Lia nak kongsikan 15 tips macam mana Lia capai ke tahap ni. Anda pun boleh buat. Oh ya! Teknik ni anda boleh guna juga untuk beli rumah.
1. Walaupun Lia buat dropship dengan produk orang, Lia tetap akan daftar perniagaan sendiri kat SSM. Anda mesti selalu tengok Lia branding-kan Chettaki Omey, itulah nama perniagaan Lia yang dah didaftarkan.
2. Lepas daftar dengan SSM, bukalah 1 akaun semasa untuk perniagaan anda tu. Apa yang Lia buat, semua urusan bisnes, Lia akan pakai akaun semasa tu. Wajib ada akaun semasa. Bahaya pakai akaun simpanan peribadi untuk bisnes sebab boleh kena block dengan bank.
3. Sentiasa biasakan diri untuk simpan duit hasil perniagaan anda tu dalam bank, walaupun RM100. Sebabnya, bank nak tengok ada transaksi duit keluar masuk. Takdalah sunyi sepi saja akaun tu kan.
4. Apa sahaja duit yang anda dapat secara tunai dari pelanggan, pastikan buat rekod dengan baik walaupun RM1. Lia akan kumpulkan 1 minggu kemudian bank in kan duit tersebut. Bank akan pandang duit tu sebagai income.
5. Sebelum nak beli shoplot, Lia fikir semasak-masaknya. Nak beli atau nak sewa saja. Kena bandingkan daripada segala aspek. Cari keyakinan, tanya orang berpengalaman, sampailah dapat buat pilihan yang tetap..
6. Pastikan simpanan anda cukup strong ya. Apa yang Lia rasa sendiri, bila simpanan Lia strong rasa yakin tu akan datang sendiri. Kena mulakan dengan simpanan. Semak betul-betul aliran tunai setiap bulan.
7. Anda boleh buat simpanan kat macam-macam medium simpanan dan pelaburan. Contohnya boleh simpan kat ASB, Tabung Haji, Unit Trust, Emas, tabung-tabung di rumah dan sebagainya.
8. Cari seorang ejen hartanah yang boleh dipercayai dan boleh diharap untuk bantu anda dapatkan “lokasi” yang terbaik untuk shoplot anda.
9. Pastikan shoplot yang nak dibeli itu berdekatan dengan rumah, sebaiknya perjalanan dari rumah ke shoplot tak sampai 5 – 10 minit. Iyalah, kita nak berulang-alik setiap hari kan.
10. Cari 3 lokasi yang berhampiran, survey tempat dan harga untuk di beli tu. Tips kalau nak beli office, cari yang dah siap renovate. Antaranya boleh tengok di website Mudah.My
11. Tanamkan azam setiap tahun paling kurang nak ada 1 hartanah untuk diri sendiri, keluarga dan anak-anak. Sebab hartanah ni untuk long term investment. Lagi satu, hartanah juga boleh diwariskan tau.
12. Lia bersyukur sangat. Masa kat Universiti dulu, Lia pernah tulis nak ada shoplot sendiri sebelum umur 25 tahun. Sekarang dah jadi realiti.
13. Lia siap buat satu ‘visualization board’ apa impian yang Lia nak capai. Tak lupa juga, Lia akan berdoa betul-betul untuk nak capai impian tersebut.
14. Lia yakin dan percaya, selepas ini lebih ramai anak-anak muda di luar sana akan memiliki shoplot sendiri hasil usaha perniagaan mereka.
15. Akhir kata dari Lia, Lia nak ucapkan terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong Lia. Doakan bisnes Lia terus maju ke hadapan, dan doakan agar Lia dapat beli rumah pula sebelum umur 28 tahun.
Semoga kita semua terus bersemangat untuk mengumpul harta di usia muda ni ya! Lepas ni Lia akan kongsikan pula macam mana graduan bergaji rendah boleh beli rumah muda-muda. Terima kasih sudi follow Lia tau..
Semoga bermanfaat ya! Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang anda sayang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penampilan pelakon cantik dan popular, Datin Fouziah Gous yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab sejurus pulang dari mengerjakan haji pada tahun lalu memang menjadi perhatian semua apatah lagi bila dia kelihatan semakin berseri tatkala berhijab.
Menerusi laman instagramnya, beliau mendedahkan sebenarnya beliau pernah menjual tudung di bawah jenama sendiri pada tujuh tahun yang lalu. Namun, malu untuk mengakuinya kerana belum berhijab pada waktu itu.
7tahun lepas lagi saya dah jual tudung (online) tapi xmengaku brand sendiri😅. Masa tu segan sebab tak berhijab lagi tp jual tudung. Now dah berhijab , ramai pula duk minta jual tudung🤦🏼♀️. Bukan bukan ini bukan teaser bakal nak jual tudung. Belum terfikir lagi . Ini di saat menunngu @zhafyusof sampai kita upload
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pemenang Anugerah Ratu Favourite, Mellya berasa seronok kerana telah berjaya mengharungi segala cabaran dalam Ratu Hijabista hinggalah ke pentas akhir.
Tidak menyangka berjaya menyandang gelaran ini, Mellya,23, sangat bersyukur kerana sokongan hebat daripada para penyokongnya itu membuahkan hasil.
Sangat lega dan puas lepas 8 minggu bertarung menghadapi pelbagai cabaran dan kejutan. Lega kerana kini boleh fokuskan pada apa yang sepatutnya.
Banyak yang berubah cuma yang paling Mell ingat adalah kesabaran dan cabaran Mell berfikir tentang dunia lain daripada dunia yang Mell ceburi sebelum ini. Kita akan fikir oh macam ni rupanya. Jadi kehidupan itu berubahlah mengikut keadaan semasa.
InsyaAllah. Itu adalah salah satu impian yang saya harap boleh jadi realiti di masa hadapan sebab Mell suka sangat-sangat untuk memberikan inspirasi pada orang dan dalam masa yang sama juga membantu mereka yang memerlukan.
Rasa nak nangis kerana tak expect Anugerah Ratu Favourite. Namun, Mell tahu Mell ada rakan-rakan yang hebat di luar sana yang sokong Mell. Merekalah yang selalu buat poster dan sebagainya untuk mengundi Mell.
Bila teringat Mell akan terfikir yang tiada apa yang dapat Mell lakukan untuk membalasnya. Cuma doa yang dapat Mell berikan agar mereka juga merasai apa yang Mell rasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.