Kasih dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu tiada tolok bandingannya dan tidak akan dibalas. Ibu sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak tercinta. Sudah menjadi fitrah mereka untuk melunaskan tanggungjawab paling terbaik dan melakukan apa sahaja untuk anak-anak tercinta.
Seorang Ibu pasti akan melakukan pengorbanan buat anak mereka tidak kiralah mereka daripada golongan berada ataupun tidak. Orang kaya dengan cara tersendiri, begitu juga dengan golongan yang kurang berupaya. Mereka akan sentiasa bertanggungjawab atas amanah yang diletakkan di atas bahu sejak hari pertama kelahiran anaknya.
Seperti kisah baru-baru ini dimana seorang wanita yang bernama Zahrah Mohd Jamian yang gigih mencari rezeki untuk menampung kos rawatan anaknya yang sakit.
Penghidap sindrom ‘Dravet’
Difahamkan, anak sulungnya Nur Zetty Shazlily,15, menghidap penyakit yang jarang sekali ditemui dan merupakan yang pertama di Malaysia iaitu sindrom Dravet; yang melumpuhkan pergerakan dan sarafnya sejak berusia tiga tahun.
Zahrah menyatakan puterinya dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain namun keadaan berubah selepas menerima suntikan ketika berusia tiga bulan.
“Empat jam selepas terima suntikan, Nur Zetty diserang sawan dan kami bawanya ke hospital untuk pemeriksaan.
Ads
“Bagaimanapun, ubat diberi tidak serasi menyebabkan sawannya berulang. Sedihnya kerana dia lahir normal malah sempat berjalan dan berlari sehingga berumur tiga tahun. Namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya ditemubual oleh Harian Metro.
Sehingga kini, Nur Zetty telah 15 kali dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), jadi Zahra dan suaminya berikhtiar melakukan rawatan alternatif dengan menggunakan rawatan swasta bagi menjalani beberapa terapi tetapi kosnya tidaklah murah.
“Tahun lalu, doktor pakar sahkan tulang belakang Nur Zetty bengkok 60 darjah dan anak kami disyorkan untuk menjalani pembedahan pada bahagian itu (tulang belakang).
“Bagaimanapun, saya dan suami tidak berani ambil risiko kerana ia membabitkan nyawa. Kerana itu kami bawanya menjalani terapi,” katanya.
Menjual kek di Petaling Jaya
Ads
Disebabkan itu, Zahrah dan suami tidak patah semangat mencari dana demi rawatan puteri tercinta. Katanya, dia hanya mampu mencari dana dengan mengambil tempahan membuat kek dan menjualnya di kaki lima.
Tambahan itu, keuntungan yang diperolehi hasil menjual kek bukan sahaja digunakan untuk kos rawatan anak sulungnya malah disimpan untuk kegunaan lima anak yang masih bersekolah.
“Saya berniaga setiap hari di kaki lima premis sekitar Petaling Jaya daripada jam 6 petang hingga 10 malam dengan ditemani anak.”
“Saya tidak berniaga di tempat sama kerana bukan semua kawasan sesuai malah barangan jualan pernah dirampas pihak berkuasa berikutan aduan orang ramai.”
“Itu antara cabarannya malah pernah juga tiada kek terjual dan saya sedekahkan ia kepada gelandangan,” katanya.
Ads
Sementara itu, suaminya; Muhammad Zakri Saimon, 47, yang bekerja sebagai pengawal peribadi serta menguruskan Nur Zetty di rumah sempat berkongsi dan menyatakan bahawa dia telah menerima segala ketentuan Allah SWT.
“Mulanya memang susah untuk menerima ujian ini memandangkan ia menimpa anak sulung.”
“Itu belum lagi cemuhan orang lain kerana Nur Zetty OKU. Bagaimanapun, pengalaman mendewasakan dan mengajar saya untuk terima ketentuan Allah SWT dengan lapang dada,” katanya yang memperoleh pendapatan bulanan RM2,500.
MasyaAllah, Hijabista doakan agar seluruh ahli keluarga ini diberikan kekuatan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan hendaknya. Bagi anda yang ingin membantu menyalurkan dana, boleh menghubungi Zahrah atau Muhammad Zakri di talian 011-19526330.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebanyakan wanita mengalami masalah yang sama di mana tidak menyukai dagu yang berlipat atau dikenali sebagai ‘Double Chin’. Oleh kerana kerap melihat model yang mempunyai dagu yang tajam, kita mula menjadi murung dan rasa diri tidak cukup. Jangan risau ini ada cara mengatasinya!
Selalunya double chin ini terjadi apabila berat badan anda naik. Akan tetapi sesetengah orang walaupun berat badan masih kekal tetapi tetap mempunyai double chin. Buat para hijabi, double chin ini sangat menjengkelkan kerana bila pakai tudung nampak tak cantik bahagian bawah dagu berlipat.
Sebenarnya anda tidak perlu diet terlampau ekstrim untuk menghilangkan lemak di dagu anda. Sebenarnya ada rahsia yang terbaik untuk anda hilangkan dagu berlipat ini. Ini ada cara untuk anda ikuti HealthGuideHQ.com, mengatasi senaman untuk dagu anda agar dapat mengatasi masalah dagu berlipat ini:
8 CARA HILANGKAN DOUBLE CHIN DENGAN SENAMAN MUDAH!
1. The kiss dan Stick it out!
The kiss ini anda boleh lakukan ia sambil berdiri dan mendongakkan kepala sambil memandang siling. Kemudian muncungkan bibir anda seolah ingin mencium siling selama lima saat dan relaks tegakkan semula kepala. Lakukan sebanyak 15 kali. Untuk Stick it out pula, anda perlu pandang ke hadapan dan buka mulut seluasnya dan jelirkan lidah perlahan-lahan dalam limat saat dan masukkan semula lidah dan ulang sehingga 10 kali.
2. Jaw Jut
Sumber: saga.co.uk.
Pastikan anda dongakkan kepala sehingga memandang siling kemudian tolak rahang anda ke hadapan sehingga terasa stretching di bawah dagu anda. Anda juga boleh membuat kiraan sehingga 10 dan relaks kan semula rahang anda. Anda boleh lakukan ini sebanyak 10 kali ya dan jangan malas!
3. Neck Roll!
Sumber Google
Apabila anda ingin lakukan neck roll ini pastikan untuk anda berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu anda mencecah ke bahagian dada anda. Pusingkan kepala ke kanan dan perlahan-lahan dan biarkan ia sehingga kiraan 5. Kemudian anda kembali ke sisi asal. Selepas itu, pusing kepala anda ke kiri perlahan-lahan pula dalam kiraan 5 lagi dan ulang selama dalam masa 30 saat.
4. Chin Slap
Pastikan anda pandang ke depan kemudian tampar bawah dagu anda dengan tangan belakang anda perlahan-lahan. Pastikan untuk anda lakukan ia sehingga 30 saat. Jangan terlampau kuat nanti sakit pula!
5. In and out
Pastikan untuk anda bentukkan tangan seperti bentuk V dan meletakkan ibu jari pada hujung rahang. Kemudian, jari lain berada di sebelah pipi. Tolakkan muka ke hadapan dengan perlahan-lahan. Biarkan selama 30 saat dan tolak semua ke belakang dan akhir sekali relaks dan ulang sehingga tiga kali!
Jadi mudah kan? atau anda masih malas? Menurut laman kesihatan HealthyDefinition, lebih baik anda meluangkan masa 10 minit untuk senaman ini pada setiap hari. Jika anda lakukan selama sebulan pasti anda akan lihat kesannya. Tidak percaya cubalah. Jadi, jika anda ingin kesan yang lebih awal pastikan anda gandakan usaha. Ikut sahaja cara hilangkan double chin anda. Selain daripada itu anda juga boleh mengamalkan petua lain seperti mengurut bawah dagu setiap hari sebelum tidur!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Itulah perumpamaan yang tepat untuk menggambarkan bertapa bertuahnya wanita asal Perak, Noorhasnieda Tajuddin.
Beliau, yang pada awalnya menyertai Peraduan #Belinuuna menang rumah secara suka-suka tidak pernah menyangka bahawa nasib akan berpihak padanya, apabila menjadi peserta yang paling bertuah memenangi sebuah rumah.
Bersyukur! Tak Sangka Rezeki ‘Jatuh Dari Langit’
Menurut Hasnieda, dia memasuki Peraduan #Belinuuna menang rumah secara kebetulan. Ini kerana, perlu menyediakan juadah bagi majlis jamuan sekolah (Potluck) anak-anaknya. Malah, dia hanya memikirkan mahu menyediakan juadah yang mudah dan sedap.
“Saya memasuki peraduan ini secara tidak langsung sahaja. Kebetulan sekolah anak memang ada buat jamuan (potluck), jadi kalau boleh saya nak mencari menu yang mudah sahaja.
“Saya memang tidak meletakkan harapan yang tinggi, apabila perlu bersaing dengan seramai sepuluh orang lagi peserta. Kalau ada rezeki saya, adalah.
“Tak sangka pula, saya menjadi peserta yang pertama dapat membuka pintu rumah berkenaan. Saya rasa sangat terkejut sehingga tak terkata (Speechless) apabila nasib menyebelahi saya.
Dengan 30 Resit Penyertaan, Hasnieda Miliki Rumah Bernilai RM 300,000!
Bagaimanapun, Hasnieda menjelaskan setakat ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan terhadap rumah yang dimenangi yang terletak di Residensi Alia, Puncak Alam, Selangor. Sebuah kediaman yang diinspirasikan oleh senibina Australia itu.
“Saya dapat tau berkenaan Peraduan #Belinuuna menang rumah ni daripada laman sosial Facebook. Lepas tu saya tertarik kerana tidak pernah mendengar berkenaan jenama Nuuna ni. Jadi saya terdetik nak mencubanya.
“Dan sambil-sambil itu, saya memang menghantar banyak penyertaan asbab perlu menyediakan juadah bagi jamuan sekolah anak. Anggaran sebanyak 30 resit saya telah sertakan bagi tujuan menyertai peraduan berkenaan.
Setiap bulan saya menghantar penyertaan selama enam bulan, sekadar mencuba nasib memenangi rumah.
“Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Majalah Rasa dan jenama Nuuna yang telah menganjurkan peraduan ini, walapun mengambil tempoh selama enam bulan yang agak panjang. Tapi ia amat berbaloi kerana hadiah yang ditawarkan amat lumayan,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sekadar info, Hasnieda berkata demikian ketika ditemubual oleh team Rapi pada majlis pengumuman pemenang ‘Grand Finale Cabutan Bertuah, Fuyoo! #Belinuuna Menang Rumah yang berlangsung di Central Concourse, Central i-City Shah Alam pada Ahad.
Malah, peraduan yang telah berlangsung pada 1 Januari sehingga 30 Jun 2024 itu telah berjaya menarik hampir 15,000 penyertaan daripada seluruh negara.
Pelakon ‘K-Drama’ terkenal yang juga duta perlancongan Korea Selatan, Lee Jae Wook telah berkunjung ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya di PJPAC, One Utama semalam.
Menariknya pada sesi temuramah dan sidang media, Jae Wook memaklumkan bahawa dia berharap agar mempunyai lebih masa untuk menerokai Malaysia, memandangkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke negara ini.
Peminat Ajak Lepak Mamak!
Lebih menarik lagi pada sesi ‘meet and greet’ bersama peminat, Jae Wook sempat berkongsi di antara makanan tempatan yang dia mahu cuba ialah nasi lemak.
Bagaimanapun, para peminat berteriak bahawa makanan yang terbaik di Malaysia adalah ‘Mamak’ sebelum berseloroh mengajak pelakon itu turun padang ‘lepak mamak’ bersama-sama.
Sebelumnya penyanyi K-Pop terkenal, Jackson Wang yang telah datang ke Malaysia baru-baru ini berhasrat ingin melepak dan menikmati makanan di mamak. Dan perkara itu menjadi sorotan peminat sehingga mencadangkan perkara sama kepada Jae Wook.
Jelas Jae Wook lagi, sebaik sahaja dia menerima pelawaan menjadi duta Korea dan berkunjung ke Malaysia tahun ini, dia merasa begitu teruja.
Dek kerana keterujaan mahu bertemu peminat itu, Jae Wook sanggup melakukan ‘research’ terlebih dahulu, sebelum mendapati Malaysia mempunyai beberapa persamaan dengan Korea Selatan.
“Saya rasa Malaysia dan Korea ada banyak persamaan terutama dari segi landskap dan keindahan yang ditawarkan di kedua-dua negara.
“Saya harap mempunyai masa untuk menerokainya kelak.
“Bahkan di Korea juga ada banyak tempat cantik yang saya tak tahu pun wujud.
“Saya mengetahuinya melalui penggambaran drama dan filem yang saya lakonkan seperti sebuah tempat bernama Mungyeong,” katanya kepada Hijabista sewaktu ditemui pada sidang media semalam.
Selain itu, Jae Wook turut mendedahkan tujuan beliau mengambil peluang sebagai duta hub pelancongan dunia itu adalah untuk lari seketika dari kesibukkan dan hiruk pikuk kota.
Untuk rekod, pada 20 Disember 2022, Jae Wook terpilih sebagai duta pelancongan Korea Selatan, sekaligus mengalas tanggungjawab mempromosikan negaranya agar lebih ramai pelancong berkunjung ke sana.
Malaysia merupakan destinasi pertama yang dipilih bagi kempen ‘Annyeong Kawan’ sebaik sahaja Korea Selatan mengisytiharkan tahun 2022 dan 2023 sebagai tahun melawat Korea.
Lee Jae Wook di sidang media ‘Annyeong Kawan’
“Kami benar-benar berbesar hati mempunyai Lee Jae Wook sebagai Duta Kehormat Pertubuhan Pelancongan Korea. Dengan pelantikannya, kami berharap dapat meningkatkan lagi Korea sebagai destinasi pelancongan utama serta mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat Malaysia berkunjung ke Korea bersama Lee Jae Wook,” kata Yang Kyung Soo, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Pelancongan Korea.
“Kami teruja untuk mempamerkan pengalaman unik dan menarik Korea melalui satu siri video di saluran media sosial menerusi sesi pertemuan bersama peminat(meet and greet session). Kami berharap menerima sambutan yang positif dari peminat di Malaysia terutamanya peminat K-drama dan K-Pop.” tambahnya.
Ketibaan pelakon, Alchemy of Souls itu disambut meriah dengan kehadiran 500 orang peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pada Isnin lalu.
Mendirikan rumahtangga pada April 2024, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kini bahagia bersama suami dan seorang cahaya mata lelakinya.Terserlah seri di wajah...