Sejak mengumumkan sudah berkahwin, pasangan ini dilihat begitu romantis sekali. Dalam mood percutian ‘honeymoon’, kedua-duanya seakan tidak boleh berenggang dan sifat manja pasangan ini begitu terserlah dalam video yang dimuat turun netizen di laman sosial. Inilah yang dikatakan nikmatnya bercinta selepah nikah. Pasangan yang selamat bergelar suami isteri 27 November lalu kini jadi perhatian dan dianggap antara yang trending. Apakah keistimewaan Fattah hingga mampu menawan hati Fazura yang dikatakan sebelum ini begitu tegar memikirkan soal kerja.

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Mungkin ciri-ciri lelaki sebegini yang perlu wanita di luar sana cari untuk memilih calon suami. Maklumlah tidak mudah mencari mereka yang jujur dan betul-betul mencintai pasangan mereka seadanya.

Dalam satu temu bual, Fazura mendedahkan 4 perkara istimewa suami pilihannya ini.

1. Seorang lelaki yang berani

“Bila jumpa dengan Fattah, dia seorang lelaki paling berani pernah saya jumpa. Dia memang sangat consistent, sampai bagi bunga dekat KL Fashion Week tu something yang Wow. Saya sendiri tak sangka.”

IKLAN

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

2. Seorang lelaki yang sayangkan keluarga

Umum mengetahui, Fattah Amin sangat utamakan keluarganya dalam setiap perkara. Baru-baru ini, Fattah Amin, merangkul trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH menerima hadiah kereta Peugeot 408 dan menghadiahkan kereta tersebut kepada ibu bapanya.

3. Seorang yang setia, baik hati & beragama

“Sekarang ni bukan senang nak cari lelaki yang setia dan yang ada agama. Boleh membimbing kita. Allah telah mengejutkan saya bahawasanya selama ni jodoh saya adalah orang di dalam industri. Sebagai isteri saya bangga kerana mempunyai seorang suami yang baik seperti dia.”

IKLAN

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

4. Seorang lelaki yang penyayang

“Cara dia menyayangi saya, cara dia melindungi saya. Dia melayan saya macam seorang permaisuri. Saya sangat bahagia.”

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

IKLAN

Empat ciri inilah yang menyebabkan si dia boleh jatuh hati. Dan rasanya empat ciri ini sudah memadai jika ada di kalangan hijabi yang mahu mencari calon suami.

Apa yang penting bakal suami itu seorang yang mempunyai ilmu agama dan begitu mementingkan keluarga. Jika ada ciri-ciri ini usah berpaling untuk mencari orang lain. Insya-Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Dedah Rahsia Nak Tawan Hati Suami

SUMBER: ROTIKAYA & YOUTUBE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI