Kita sering lihat keluhan di media sosial apabila ada masalah perbezaan harga pada tag dan di kaunter pembayaran. Bukan semakin murah, malah semakin mahal dari sebelumnya!
Ramai juga yang khuatir jika perkara ini akan berlarutan dan menyebabkan banyak kerugian buat kewangan. Sis, kita kena think smart, hari ini sama-sama kita halang perkara ini terjadi!
Artikel berkaitan: Poket Rabak Tertipu Dengan Barangan Tiruan, Hijabi Kenali Tanda-Tanda Ini Sebelum Membeli
Ya, pertukaran harga barang sering terjadi tambahan lagi keadaan ekonomi yang berlaku pada negara kita kini. Sebagai pengguna yang bijak kita haruslah tahu cara yang betul supaya tidak ‘tertipu’.
Menurut Laman Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, ada juga yang bertanya bagaimana jika berlakunya perbezaan harga di rak dan kaunter bayaran.
Menjawab persoalan itu, penguna sewajarnya mendapatkan harga terendah jika terdapat dua perbezaan harga bagi barangan yang sama. Dengan itu, pengguna juga berhak menyuarakan hal ini.
Ramai yang ambil endah tak endah ketika membeli-belah sehingga lupa untuk periksa produk yang dibelinya. Fungsi Price Checker di letakkan adalah untuk anda pastikan harga yang dinyatakan adalah sama seperti di dalam sistem mereka.
Artikel berkaitan: Idam Peranti Mahal Dan Asli, Semak 7 Perkara Ini Agar Tidak Tertipu Miliki Peranti Tiruan
Jika anda sudah periksa barangan itu dan ternyata ia berbeza. Jangan buang masa lagi, tanya kepada staf bertugas untuk mendapatkan kepastian. Ini akan menjimatkan masa anda supaya tidak kalut di kaunter pembayaran.
Sumber: Laman Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.