Jatuh Waktu Main Golf, Tunku Azizah Berterima Kasih Buat Yang Mendoakan Kesejahteraannya

Share

Di Instagram, Raja Permaisuri Agong iaitu Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkongsikan keadaan kakinya yang tercedera sewaktu bermain golf hingga kakinya menjadi bengkak.

Ekoran daripada itu, Tunku Azizah memaklumkan bahawa dia akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada hari Selasa nanti.

“Pagi tadi saya main golf, tak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak. Hari Selasa saya akan buat MRI,” titah baginda di laman instagramnya.

Mendapat respon yang bertalu-talu daripada semua, Tunku Azizah turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang telah mendoakan kesejahteraannya.

“Terima kasih kerana ramai yang mendoakan. Nak sangat jadi golf champion. Syukur ankle (buku lali) tidak patah, hanya sakit biasa saja,” jelasnya lagi sambil berseloroh.

IKLAN