Perasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama dan ada juga yang bertekad untuk terus menutup pintu hati kerana hakikatnya yang memeritkan.
Artis terkenal, Zulin Aziz mengakui ramai yang bertanya bagaimana untuk move on selepas melalui episod cinta yang memeritkan. Memuat naik sebuah video bagi menjawab persoalan tersebut, ternyata pandangan yang dilontarkan menjadi inspirasi buat orang ramai.
Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah. Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakana adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya. Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya. Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik.
Ternyata di balik tawa seseorang itu, siapa yang menyangka apa yang dirasai di dalam hati kan? Moga Zulin Aziz dan semua hijabi di luar sana terus diberi kekuatan oleh Tuhan. InsyaAllah, jodohmu pasti akan sampai jua. 😉
Siapa tidak kenal dengan aktor kacak, Aidil Aziz yang pernah membintangi filem Evolusi KL Drift 2 yang juga suami kepada pelakon jelita, Fasha Sandha.
Terbaharu menerusi hantarn di laman Instagram miliknya, Aidil berkongsikan persiapan mereka untuk berangkat ke tanah suci buat kali pertama sebagai pasangan suami dan isteri, bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menurut Aidil, meskipun sudah berpeluang banyak kali menjejakkan kaki ke tanah suci, namun ibadah umrah kali ini adalah yang paling istimewa bagi dirinya, kerana ditemani oleh ‘bidadari syurganya’ di akhirat kelak.
“Saya sudah beberapa kali menunaikan umrah, namun kali ini lebih istimewa kerana saya membawa isteri bersama-sama. Apatah lagi, pengalaman ini sesuatu yang baru buatnya.
“Sukar diungkap perasaan bakal menunaikan umrah bersama-sama isteri. Fasha usah disangkal lagi, memang teruja sejak awal lagi dan kami bersyukur semuanya dipermudahkan.
“Orang kata apabila menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah bersama, ada saja yang menawarkan diri untuk menjaga anak kami. Apatah lagi, ahli keluarga terdekat pula tu,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung perancangan mereka ke tanah suci Mekah ini, Aidil menjelaskan bahawa ini bukanlah perancagan yang dilakukan secara tiba-tiba, malah ia adalah perlaksanaan niat yang tertangguh akibat pandemik Covid-19 tempohari.
“Memang niat dah lama namun inilah masa yang terbaik memandangkan Aisya pun sudah besar. Ini semua perancangan Allah SWT.
“Doakan semuanya dipermudahkan dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar,” ujarnya lagi.
Selain itu, Aidil memaklumkan dia dan isteri, akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada hari ini, dan memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan mereka sepanjang melaksanakan ibadah berkenaan.
Sekadar info, pasangan Aidil dan Fasha diijabqabulkan pada tanggal 30 Mac 2019, hasil perkongsian hidup selama lima tahun itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, bernama Aisha Amaira yang kini berusia dua tahun.
Aidil juga mempunyai dua anak tiri iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemyma, 8 hasil perkahwinan Fasha yang terdahulu.
Biarpun figura yang satu ini seorang wanita, namun popularitinya setaraf dengan ustaz selebriti seperti Ustaz Don, Imam Muda Asyraf ataupun Pu Azman. Siapa tidak kenal dengan Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, 43 tahun yang sering berkongsi ilmunya melalui dakwah di media sosial. Sikapnya yang lembut dan mesra menjadikan dirinya dikenali ramai. Baru-baru ini beliau membuktikan usia bukan penghalang untuknya menggengam ijazah Doktor Falsafah (PhD), malah ibu kepada tujuh anak ini juga membuktikan kesibukan menguruskan segala-galanya tidak menghalang untuknya mengecap kejayaan.
Inilah yang dikatakan beauty with brain kerana memberi semangat kepada hijabi di luar sana untuk mengecap kejayaan walaupun sudah mempunyai anak.
Kejayaannya yang jadi inspirasi buat wanita di luar sana telah dikongsi oleh pemilik akaun facebook Nurul Husna Kamarudin di laman sosial facebook miliknya.
Ternyata posting ditulis mendapat respon positif dari netizen apabila mendapat butang like 15 ribu dan share pula hampir 8 ribu.
Rata-rata cukup bangga dengan kejayaan dikecapi. Bukan sahaja memiliki wajah cantik, tetapi juga bijak menguruskan segala-galanya termasuk urusan rumah tangga sementelah dikurniakan anak-anak yang semakin meningkat dewasa.
Tahniah Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa.
Inilah indikasi contoh terbaek untuk seorang “beauty with brain”.
Orang yang serba cantik raut wajah dan akhlaknya. Santun butir bicara dan lontaran katanya. Indah pakaian dan sejuk mata memandang. Beliau sepatutnya di jadikan idola seluruh muslimah Malaysia.
Ustazah Dato Dr Norhafizah Musa ni memang buat saya rasa inspired sangat nak berjaya macam dia. Even dia dah kaya dan femes dan ada Dato dah pun, tapi still dia spend time and effort unt PhD. PhD ni semua orang tahu bukan benda mudah. Bukan celik celik bangun pergi kelas ambil exam, siap. Bukan. PhD ni macam kena validate knowledge, invent new stand, prove knowledge and provide conceptual and theoretical framework untuk kajian tu.
Mudah kata memang bukan benda mudah. PhD ni bukan kena pandai je, tapi kena ada usaha dan semangat menuntut ilmu yang tinggi. Beliau; yang dah berilmu pun masih tak berhenti menuntut ilmu. Kita pun haris mencontohi beliau. Bekerja keras untuk belajar ilmu terutama ilmu agama; secara langsung (sampai PhD) mahupun secara tak langsung (hadiri kuliah/majlis agama). Semangat menuntut ilmu nak jadi “beauty with brain”.
Tahniah Ustazah. Semoga ilmu dan tauliah yang dicapai dapat menambah ‘power’ dalam dakwah Ustazah. Semoga Allah meredhai perjuangan ustazah.
Percayalah, tak sikit yang beliau berkorban untuk berada di tempat beliau sekarang. Dengan izin Allah, beliau menempa kejayaan demi kejayaan. Semoga terus sukses.
Dan semoga kita, muslimah; sentiasa berusaha untuk tambah ilmu pengetahuan (taksemestinya belajar PhD), sentiasa berusaha nak majukan diri, tak jadi pemalas yang pilih untuk goyang kaki.
Semoga kita, muslimah; tak ambil mudah dengan peranan seorang Wanita. Wanita ni “power” dia besar tau. Sebab dia yang akan didik anak dia. Dia pintu syurga anak dia. So kalo baek wanita tu, insya Allah baeklah generasi hasil didikannya. Jadi nak taknak, kena lengkapkan diri dengan ilmu agama sebaiknya dan kemahiran-kemahiran yang berguna juga.
Begitulah perempuan. Harganya bukan pada kecantikan mahupun pada hartanya. Tapi harga seorang wanita adalah pada hati dan fikirannya. Hatinya yang baik dan penyayang. Hatinya yang jernih dan penyabar. Fikirannya yang tajam dan berilmu. Dari hati dan fikiran yang baek; lahirlah akhlak yang mulia. Disitulah letaknya harga seorang wanita. Bukan pada cantik, bukan dengan pandai bergaya, bukan dengan harta mahupun kekayaan.
Tapi Percayalah, dengan agama, akhlak dan ilmu; seorang wanita akan jadi wanita yang paling cantik dan kaya.
Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini selain Redha Tuhan akan kita? Apa yang kita cari dalam dunia ini selain keberkatan? Apa lagi yang kita mahu selain merasa senang dan sejuk hati memandang pasangan dan anak-anak kita? Itulah syurga dunia.
Wanita solehah ni digambarkan adalah sebaik-baik perhiasan. Semoga kita berjaya menjadi dan mendidik wanita solehah.
Dari rahim seorang ibu yang solehahlah akan lahir benih zuriat yang baik. Semoga kita sentiasa berusaha untuk itu.
Begitulah kehidupan. Kalo jadi manusia, jadilah manusia yang banyak memberi manfaat buat masyarakat. Hidup adalah perjalanan menuju akhirat.
Buat semua muslimah yang berhajat menjadi “beauty with brain”, semoga all the forces be with you.
Semoga berbanggalah ibu ayah kerana mempunyai anak yang berilmu, cantik akhlak dan peribadinya.
Semoga beruntunglah suami yang memiliki isteri yang menjadi gedung ilmu dalam rumahtangga dan besar manfaatnya buat masyarakat.
Semoga berbahagialah anak-anak yang diasuh seorang ibu yang salim agamanya dan mulia akhlaknya juga bersih hatinya.
Semoga bergembiralah seorang wanita yang di sayang Allah dan seluruh makhluknya kerana ketinggian ilmu, akhlak dan budinya. Dan semoga perempuan itu adalah KITA SEMUA. Amiiin.
Kadangkala sewaktu sendirian, mesti akan terlintas di minda mengenai dosa-dosa kita. Sempatkah kita bertaubat? Bagaimanakah keadaan kita apabila disoal malaikat di dalam kubur nanti ? Cukupkah amalan di dunia untuk menyelamatkan kita dari azab kubur?
Kali ini, Hijabista ingin berkongsi beberapa tips untuk melepaskan diri dari seksa kubur. Sememangnya kita semua tak lari dari melakukan dosa tetapi yang penting niat kita untuk berubah menjadi muslim sejati.
Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna kerana ternyata kita semua adalah pendosa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Sama-samalah kita mencari keredhaan Tuhan dalam hidup ini. Amalkanlah amalan yang baik walaupun hanya sekecil zarah kerana yang penting adalah istiqamah kita.