Kadangkala sewaktu sendirian, mesti akan terlintas di minda mengenai dosa-dosa kita. Sempatkah kita bertaubat? Bagaimanakah keadaan kita apabila disoal malaikat di dalam kubur nanti ? Cukupkah amalan di dunia untuk menyelamatkan kita dari azab kubur?
Kali ini, Hijabista ingin berkongsi beberapa tips untuk melepaskan diri dari seksa kubur. Sememangnya kita semua tak lari dari melakukan dosa tetapi yang penting niat kita untuk berubah menjadi muslim sejati.
Sentiasalah baca Al-Quran kerana Al-Quran memberikan sinar cahaya pada pembacanya dan juga kediamannya.
Ads
Dengan Al-Quran, malaikat akan menyoal kita dengan lemah lembut.
Cuba semasa hidup ini kita usahakan untuk menghafaz surah Al-Mulk.
Ads
Jangan lupa berselawat, cintailah Nabi dengan sepenuh hatimu.
Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna kerana ternyata kita semua adalah pendosa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Sama-samalah kita mencari keredhaan Tuhan dalam hidup ini. Amalkanlah amalan yang baik walaupun hanya sekecil zarah kerana yang penting adalah istiqamah kita.
Kisah mengenai dua beradik yang dicuri motosikalnya selepas baru sahaja hari kehilangan ibu mereka memang menjadi viral di media sosial pada beberapa hari yang lalu.
Kasihan dengan nasib mereka, pendakwah terkenal, Ebit Lew tampil mengulurkan bantuan buat adik-beradik ini yang masih bersekolah bagi meringankan beban yang dialami.
Sayu sangat rasa hati terbaca 2 beradik yang tinggal dengan mak semenjak kecil. Maknya meninggal dunia 21 Jan, baru 3hari dan hari itu juga hilang motor kena curi. Mak tiada sebelah kaki dan sakit buah pinggang dan sentiasa dialisis. Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua dengan mak. Sekarang tinggal berdua jer. Seorang 17 tahun. Seorang 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah.
Baik-baik adik berdua ini. Saya bincang tadi untuk sekolahkan mereka berdua. Masuk sekolah mereka inginkan. Saya kata adik berdua belajar sampai berjaya yer. Nanti saya bayarkan yuran dan lain-lain.
Saya hadiahkan motor baru Modenas biru. Dapat diskaun. Tauke kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan baik. Setahun adik ni service dan ganti barang dapat free di kedainya selepas ini. Dia kasihan pada adik tadi. Dia kenal saya. Selalu tengok ebit lew.
Saya beri sedikit duit belanja buat keduanya. Semoga adik berdua kuat yer. Ibunya mendapat bantuan bulanan dari BaitulMal KL.
Semoga adik berjaya dalam hidup dan terus kuat tabah yer. Jumpa mak dalam syurga insyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap wanita Muslimah pasti mengimpikan syurga Allah. Panduan untuk mendapatkan apa yang dihajati ini hanya melalui empat rahsia. Jika keempat-empat rahsia ini dilaksanakan, insya-Allah, syurga sedang menantimu.
Amal Makruf, Nahi Mungkar. Dahulukan segala yang wajib dan niat kerana Allah s.w.t.
Anda bermula dengan sebuah niat, kemudian berusaha menahan diri daripada makan dan minum, akhir sekali, berbuka puasa. Mungkin orang yang tidak faham Islam, tidak akan nampak bahawa ini ialah latihan rohani dan jasmani untuk ahli syurga seperti anda. Puasa selama sebulan berturut-turut bukan sahaja melatih ‘otot’ kesabaran dalam hati, tetapi menyihatkan tubuh badan secara semula jadi.
Wanita, anda memang golongan penduduk bumi yang dilindungi. Hijab dan pakaian labuh dan longgar bukan sahaja menutup aurat diri, tetapi membalut hati anda daripada perkara kemungkaran secara sendiri. Pakaian Muslimah yang mengikut syariat itulah pakaian buat wanita syurga di atas dunia.
Berbanggalah anda menutup aurat dengan sempurna kerana mungkin itu petanda anda bakal ahli syurga jika memenuhi semua syarat yang lain. Selain pakaian, menjaga kehormatan diri juga bermaksud menjaga tingkah laku dan menjaga batasan dalam pergaulan.
Bayangkan jika suami anda meminta anda membuat air dan anda buatkan, ketahuilah malaikat sedang mencatat markah ke dalam kitab amalan anda. Bertambah-tambah markah anda dalam misi ke syurga. Anda hanya membancuh minuman kegemarannya, bukan bertadarus 30 Juzuk. Itu pun sudah “gemuk” pahalanya, apatah lagi jika anda melakukan ibadah sunat kerana suami, pasti di tahap obesiti kantung pahala anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam era serba pantas yang penuh distraksi, kejayaan luar biasa seorang wanita muda ini benar-benar mencuri perhatian. Pelajar hafizah khatam al-Quran 10 kali dalam tempoh hanya tujuh bulan, Ainin Saheela Anuar membuktikan bahawa Muslimah berilmu mampu menyerlah dalam pelbagai aspek apabila beliau turut mencatat CGPA 3.99 dalam akademik.
Pencapaian ini bukan sekadar membanggakan, malah menjadi simbol kekuatan disiplin, istiqamah dan keindahan hidup berteraskan al-Quran, satu inspirasi besar buat generasi Muslimah hari ini.
Kejayaan Ainin Saheela semakin menyerlah apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Cemerlang kategori pelajar perempuan pada Majlis Khatam Hafazan al-Quran anjuran Darul Quran. Pengiktirafan ini mengangkat beliau sebagai antara pelajar wanita paling konsisten dan berprestasi tinggi sepanjang tempoh pengajian.
Sebagai pelajar Syukbah Qiraat, pelajar hafizah khatam al-Quran 10 kali ini mencipta pencapaian peribadi yang mengagumkan apabila berjaya menamatkan hafazan sebanyak sepuluh kali khatam dalam masa yang singkat. Ia menuntut bukan sahaja daya ingatan yang kuat, malah pengurusan masa yang tersusun dan mental yang kental.
Rahsia kejayaan Ainin Saheela terletak pada disiplin murajaah yang konsisten, sekurang-kurangnya lapan juzuk sehari, selain memanfaatkan waktu terbaik seperti selepas Subuh dan antara Maghrib hingga Isyak. Baginya, al-Quran bukan sekadar hafalan, tetapi sumber ketenangan jiwa dan kekuatan dalaman.
Dalam bidang akademik pula, beliau mengekalkan CGPA 3.99, manakala GPA Hafazan Syafawi dan Tahriri kekal 4.00 dari semester satu hingga lima. Pencapaian ini membuktikan bahawa pelajar hafizah khatam al-Quran 10 kali mampu cemerlang tanpa mengorbankan nilai agama.
Latar belakang beliau sebagai lepasan Sekolah Agama Menengah Hulu Langat dalam aliran Dini Tulen dengan keputusan SPM 8A 2B menjadi asas kukuh dalam membentuk disiplin, kesungguhan serta kecintaan terhadap ilmu.
Selain akademik dan hafazan, Ainin Saheela turut aktif dalam kokurikulum sejak semester tiga. Beliau menyertai pelbagai pertandingan hafazan seperti Musabaqah Hafazan Mega DIDIK dan Saringan Hafazan Wilayah Persekutuan, sekali gus berjaya meraih Johan peringkat negeri sebelum melangkah ke pentas kebangsaan.
Tahun 2025 menyaksikan momentum kecemerlangan diteruskan apabila beliau sekali lagi dinobatkan Johan Wilayah Persekutuan, selain mewakili Darul Quran ke pertandingan kebangsaan seperti MTHQIPT di UniSZA dan Ithbat Selangor.
Dari sudut kepimpinan, beliau memegang jawatan Timbalan Bendahari Kelab Maktabah dan Bendahari Sahabat OKUMP, di samping aktif dalam unit akademik, media dan takhassus al-Quran, melengkapkan dirinya sebagai Muslimah berwibawa dan berdaya saing.
Pelajar hafizah khatam al-Quran 10 kali ini tidak pernah melupakan peranan guru-guru tasmik khususnya Ustazah Shahidah Binti Shuib dan Ustazah Nuur Syafiqah Binti Abirerah, selain sokongan padu ibu bapa serta rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan.
Beliau turut berjaya menamatkan Perujian Syahadah peringkat Darul Quran dan dianugerahkan Sijil Syahadah, melengkapkan perjalanan hafazan dan akademiknya dengan cemerlang.
Berbekalkan impian untuk menjadi pendidik al-Quran, Ainin Saheela berharap dapat menyumbang kepada masyarakat dan memastikan kalam Allah terus terpelihara dalam dada generasi akan datang.
Kisah pelajar hafizah khatam al-Quran 10 kali ini menjadi peringatan bahawa wanita Muslimah mampu berdiri megah dengan identiti sendiri, berilmu, berakhlak dan berprinsip tanpa perlu memilih antara kejayaan dunia atau akhirat.
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.