Haji adalah rukun Islam yang terakhir. Sebagai seorang Muslim yang taat sudah tentu anda ingin melakukan semua rukun Islam iaitu syahadah, solat, zakat, puasa dan menunaikan haji.
Walau bagaimanapun umat Islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini dinasihatkan tidak bersedih mahu pun risau. Biarpun tidak mampu menunaikan ibadah haji kerana kekangan peraturan, umat Islam akan tetap mendapat pahala daripada Allah SWT.
KHABAR BAHAGIA BAGI YANG SEDANG DUKACITA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Seseorang yang telah bersungguh-sungguh melakukan persediaan dan menanam azam yang tinggi untuk menjadi tetamu Allah namun tidak dipanggil menjadi tetamu-Nya, sesungguhnya Allah SWT menerima niat mereka untuk melaksanakannya dengan ganjaran pahala yang sempurna.
Di dalam satu hadis qudsi, ada menyebutkan bahawa Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka siapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
SubhanAllah, mudahnya Allah SWT nak berikan kita pahala, hanya dengan niat melakukan kebaikan sudah diberikan ganjaran. Tak semua yang kita hajatkan itu baik untuk kita, namun akhirnya takdir Allah jualah yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 216)
Ads
Benarlah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Berbaik sangkalah kepada-NYA. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Walaupun tak dapat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, tapi sebenarnya ada banyak amalan yang ganjarannya umpama pahala haji yang boleh kita lakukan. Antaranya adalah:
SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Daripada Anas bin Malik beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sehingga matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.” Beliau (Anas r.a.) berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tirmizi, hadis hasan)
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW berkata: “Aku ingin berjihad tetapi aku tidak mampu.” Baginda SAW bertanya kembali: “Adakah ibu bapamu masih hidup?” Lelaki itu berkata: “Ya, ibuku.” Lalu, baginda SAW berkata: “Berbuat baiklah kepada ibumu kerana ALLAH, engkau akan dapat pahala haji, umrah dan jihad jika ibumu redha kepadamu. Bertakwalah kepada Allah dan berbuat baiklah kepadanya.” (HR at-Tabrani, hadis hasan)
MENGHADIRI MAJLIS ILMU DI MASJID
Daripada Abu Umamah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang pergi ke masjid dengan tujuan untuk mempelajari sesuatu kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya pahala seperti orang yang menunaikan haji dengan sempurna.” (HR al-Thabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, hadis sahih)
MEMBACA UCAPAN TAHMID, TAKBIR DAN TASBIH SELEPAS SOLAT FARDHU
Maksudnya: “Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW lalu berkata, “Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapat kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat, mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun, mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah.” Maka Rasulullah pun bersabda: “Mahukah aku sampaikan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu ambil (sebagai amal ibadah) kamu akan dapat mengatasi (darjat) orang yang sudah mengalahkanmu. Dan tidak akan ada yang dapat mengalahkanmu dengan amal ini sehingga kamu menjadi yang terbaik di antara kamu dan di tengah-tengah mereka, kecuali apabila ada orang yang mengerjakan seperti yang kamu amalkan ini. Iaitu kamu membaca tasbih (Subhanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali.” (HR Bukhari, hadis sahih)
SOLAT FARDHU JEMAAH DI MASJID
Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang keluar dari rumah dalam keadaan suci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti menunaikan haji.” (HR Abu Daud, hadis hasan)
Semoga dengan melakukan amalan ini dapat memberikan ganjaran serta memujuk hati para jemaah yang telah bersedia menunaikan haji namun tidak direzekikan untuk menjadi tetamu Allah SWT pada tahun ini.
Setiap kali tiba bulan Ramadan, tentunya ramai ingin mengambil kesempatan untuk menambah saham pahala. Oleh kerana bulan Ramadan hanya datang setahun sekali maka ia seharusnya tidak disia-siakan dan digunakan sebaik mungkin untuk amal ibadah.
Namun bagi kaum wanita, ada ketikanya mereka tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan tentunya amalan-amalan ibadah yang lain. Keadaan ini tentunya membuatkan mereka berasa sedih dan kecewa.
WAHAI WANITA YANG KEDATANGAN HAID, USAH BERSEDIH PADA BULAN RAMADAN
“Aduhai, tak boleh pulak nak puasa. Ruginya rasa.”
“Ya Allah, seronoknya tengok orang lain boleh terawih ramai-ramai.”
“Cemburunya…. Semua orang berebut-rebut kumpul pahala bulan Ramadan. Aku tak boleh nak buat apa-apa.”
Sedihnya…
Photo by vjapratama from Pexels
Beginilah antara beberapa keluhan dan luahan yang kadangkala keluar daripada mulut para wanita yang didatangi haid pada bulan Ramadan.
Haid adalah fitrah bagi seorang wanita. Saidatina Aisyah r.a. juga pernah menangis kerana kedatangan haid sewaktu ingin mengerjakan haji. Rasulullah SAW menenangkan hati
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah perkara yang telah Allah tetapkan bagi kaum wanita dari anak cucu Adam. Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang-orang yang haji, kecuali tawaf di Kaabah.” [HR Bukhari]
Wanita yang berada dalam keadaan haid semasa Ramadan tidak perlu bersedih, kerana ini adalah ketetapan daripada Allah SWT. Tidak boleh berpuasa bukanlah bermaksud semua ibadah semasa Ramadan tidak dapat dilakukan. Sebenarnya, masih banyak amalan yang boleh diamalkan oleh para wanita yang didatangi haid dalam bulan Ramadan.
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang.”
[Surah al-Ahzab: 41-42]
Maksudnya: Ingatlah Aku, nescaya Aku akan mengingatimu, dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur. [Surah al-Baqarah: 152]
2. MENDENGAR ALUNAN AL-QURAN
Ketika sedang didatangi haid, para wanita masih boleh mendengarkan alunan ayat-ayat suci al-Quran. Disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah r.a.:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَّكِئُ فِي حَجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ، ثُمَّ يَقْرَأُ القُرْآنَ
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW meletakkan kepalanya di pangkuanku saat aku sedang haid, dan ia membaca al-Quran.” [HR Bukhari]
3. MEMPERBANYAKKAN SELAWAT
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [HR Muslim]
Photo by cottonbro from Pexels
4. MEMPELAJARI ILMU AGAMA
Nabi Muhammad SAW bersabda:
وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan menuju syurga.” [HR Muslim]
5. MELAZIMI SEDEKAH
Wanita yang haid masih boleh melakukan sedekah di bulan Ramadan.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a.:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ تَصَدَّقْنَ وَأَكْثِرْنَ الْاِسْتِغْفَارَ ، فَإِنِّـيْ رَأَيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ
Maksudnya: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni neraka.” [HR Muslim]
Maksudnya: “Nabi SAW merupakan orang yang paling pemurah dengan kebaikan dan sifat pemurahnya semakin memuncak dalam bulan Ramadan, ketika Jibril menemui Baginda. Jibril a.s. menemui Baginda setiap malam di bulan Ramadan sehinggalah selesai Nabi Muhammad SAW memperdengarkan al-Quran kepadanya. Ketika Jibril a.s. datang, Baginda memberikan kebaikan melebihi angin mursalah (yang bertiup atau yang dikirimkan).” [HR Bukhari]
6. MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG BERPUASA
Amalan mudah bagi seorang wanita adalah menyediakan juadah berbuka buat orang yang berpuasa.
Photo by mentatdgt from Pexels
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani r.a.:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.” [HR Tirmizi, hadis sahih]
KESIMPULAN
Sesungguhnya, wanita yang didatangi haid semasa Ramadan tidak terkecuali dalam merebut pahala. Usahakan melazimi amalan-amalan yang disebutkan di atas supaya kita tidak terlepas daripada merasai kemanisan beribadah di bulan Ramadan yang mulia.
HIJABISTA: Selain berpuasa dan solat, banyak lagi amalan yang boleh dilakukan ketika dalam keadaan haid. Dalam bulan Ramadan misalnya, menyediakan hidangan untuk bersahur dan berbuka puasa juga salah satu cara untuk mendapat pahala. Jadi, usahlah bersedih wahai wanita…
Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
Khimar Lebih Selesa Dan Praktikal Berbanding Telekung
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya.
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Terkilan Khimar Masih Belum Terkenal Di Korea!
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Sedar tak sedar sudahpun menginjak tempoh dua tahun, suami kepada penyanyi dan pelakon jelita Indonesia, Bunga Citra Lestari, Asyraf Sinclair pergi menghadap ilahi.
Walaupun kebelakangan ini, BCL atau lebih mesra disapa sebagai ‘Unge’ sedang dilambung kontroversi kononya dia sedang hamil, berikutan tular dilaman sosial fotonya berperut buncit.
Memilih untuk berdiam diri dan enggan mengambil pusing hal itu, BCL hanya memfokuskan pada kehidupanya dengan memuat naik video menziarahi pusara arwah suaminya bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.
“14 tahun lalu, kita sudah berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Dan, hari ini walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan telah berbeza untuk saya di sini tetapi, awak akan selamanya dihati saya. Happy Anniversary!,” tulis Unge di ruangan kapsyen.
Video tersebut memaparkan Unge membawa sejambak kelopak bunga membawa kelopak bunga mawar dan menaburkanya di atas pusara Allahyarham Ashraf sambil menitiskan air mata kerinduan.
Unge berkata, kenangan dan saat-saat indah bersama arwah Asyraf akan sentiasa berada di dalam hatinya sebagai kenangan terindah.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati kebanyakkan netizen turut berdukacita melihat kesayuan dan kesungulan wajah Unge sambil menitipkan ucapan selamat ulangtahun perkahwinan dan menyedekahkan bacaan ummul kitab Al-Fatihah buat arwah Asyraf.
Untuk rekod, Unge dan Asyraf mendirikan masjid pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 12 tahun.
Ashraf meninggal dunia pada usia 40 tahun akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...