Setiap kali mata berasa letih, kering dan juga berair, ramai yang akan memakai ubat titis kata. Kadangkala mata yang merah dan gatal membuatkan ubat titis mata ini segera dicari namun ramai hanya beli sahaja tanpa mengetahui sesuai atau tidak ubat titis mata itu dengan masalah yang dihadapi.
Sebenarnya sebelum menggunakan sebarang jenis ubat-ubatan, elok cari info terlebih dahulu. Jangan ‘asal pakai’ sahaja kerana jika tersalah pilih, keadaan yang anda alami bukannya semakin pulih tetapi semakin teruk.
“Doktor, saya dah gunakan ubat titis mata ni, tapi makin teruk. Kenapa eh?” Bila diperiksa mata pesakit ini, dan lihat ubat titis yang dia gunakan, didapati ubat berkenaan tidak sesuai untuk keadaan matanya. Patutlah tidak bertambah baik.
Ubat titis mata yang berada di pasaran ada bermacam-macam jenis, dan setiap jenis itu ada kegunaan yang tertentu. Maka kalau beli jenis yang salah, maka ia tidak berkesan.
Photo by yaroslav-shuraev-from Pexels.
APAKAH JENIS-JENIS UBAT TITIS MATA YANG ADA DI PASARAN?
Pelembab/Pelincir (Moisturizer/Lubricants)
*Digunakan apabila mata menjadi kering atau rengsa akibat cuaca, penuaan, pengunaan kanta lekap, masuk habuk, dan sebagainya.
*Bahan aktif: hypromellose, propylene glycol, etc
Anti-alahan (Anti-inflammatory)
*Digunakan apabila mata menjadi gatal, merah dan bengkak akibat terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan.
*Bahan aktif: ketotifen, dexamethasone, etc
Ads
Anti-Merah Mata (Decongestant)
*Digunakan untuk menghilangkan gejala mata merah, tetapi tidak merawat puncanya. Sejenis pengecil salur darah (vasoconstrictor).
*Bahan aktif: tetryzoline, naphazoline, etc
Antibiotik dan Antikulat
*Digunakan untuk menghapuskan bakteria atau kulat yang menjangkiti mata. Ia perlu digunakan ikut tempoh yang disyorkan.
*Bahan aktif: neomycin, chloramphenicol, etc
Ads
Kombinasi
*Ubat titis yang menggabungkan 2 atau lebih bahan aktif dari kumpulan berlainan, contohnya antibiotik dan anti-alahan.
*Bahan aktif: dexmethasone + neomycin, etc
Selain itu, terdapat juga ubat titis yang diberi oleh doktor untuk tujuan atau penyakit spesifik, contohnya:
Anti-glaucoma
*Digunakan untuk megurangkan penghasilan cecair di dalam bebola mata untuk mengurangkan tekanan di dalamnya.
*Digunakan untuk mengembangkan bukaan anak mata secara sementara, supaya pemeriksaan mata mudah dijalankan.
*Bahan aktif: tropicamide, atropine, etc
Bagaimana nak pilih yang mana sesuai? Kalau salah pilih ada masalah, tak?
Ada ubat titis mata yang menyebabkan komplikasi jika digunakan terlalu lama, antaranya: ulser mata, kerengsaan, buta, dsb. Ada juga yang tidak sesuai untuk penghidap penyakit kronik.
Oleh itu, pemilihan ubat titis yang betul amatlah penting. Disarankan, jika ada keraguan atau ketidakpastian, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan pengesyoran ubat. Semoga bermanfaat!
Wanita dan juga usahawan ini tidak pernah ketandusan idea dalam menghasilkan rekaan tudung terbaru. Baru-baru ini sempena drama bersiri yang di tayangkan di saluran Astro Ria HD, Red Velvet, Neelofar telah menperkenalkan koleksi terbaru sempena wataknya sebagai Helena dalam drama berkenaan.
Koleksi terbaru ini telah mengangkat tema ‘bakery dan kek’ iaitu Sweet Helena, Sweet Helena-Swarovski, Fluffy Helena, Milky Helena, Creamy Helena, dan Silky Helena. Rekaan ‘square satin’ merupakan idea peribadi Neelofa yang menginginkan mainan warna bagi mengambarkan karektor beliau dalam drama tersebut..
Umum ketahui Lady Boss Naelofar Hijab apabila menggayakan hijabnya nampak terletak cantik sepanjang drama berkenaan. Begitu juga jika penampilannya di luar set. HIjab diperaga memang sangat kena dengan figuranya yang aktif, lasak dan ceria.
Rupa-rupanya ada rahsia yang ingin di kongsikan bersama para peminat tegar hijab Neelofa mahupun hijabi yang bertudung. Admin kongsi tiga gaya tudung ini bagi hijabista di luar sana yang mahu tampak stailo sepanjang masa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila bercakap tentang makanan, video TikTok boleh memperkenalkan pengguna kepada penggodam dapur atau resipi yang menarik untuk dicuba, malah menjadi pengajaran.
Walaupun sesetengah trend pemakanan dan “cabaran” mungkin tidak berbahaya, sesetengahnya menggalakkan sekatan yang teruk, pemakanan yang tidak teratur, maklumat salah pemakanan atau berpotensi untuk membazirkan wang anda. Jom terokai trend pemakanan TikTok yang tidak patut digembar-gemburkan.
Klorofil ialah pigmen hijau yang digunakan tumbuhan untuk membuat makanan. Klorofil tambahan boleh diperolehi daripada tumbuhan yang menjalani fotosintesis, seperti sayur-sayuran berdaun hijau, rumput gandum, alga, alfalfa dan teh hijau. Ia juga boleh dibuat secara sintetik. Banyak pengaruh kesihatan telah berkongsi video, cecair klorofil membantu merangsang sistem imun, menggalakkan detoksifikasi “semula jadi” dalam aliran darah, membersihkan usus dan mencegah penyakit kronik.
Tetapi penyelidikan mengenai potensi manfaat kesihatan klorofil cecair tidak dapat disimpulkan dan tidak menyokong dakwaan tersebut. Malah, pengambilan jumlah pekat sedemikian boleh menyebabkan sakit perut, dermatitis dan terutamanya tidak disyorkan untuk wanita yang hamil atau menyusu. Anda lebih baik membenarkan organ detoksifikasi badan buah pinggang, hati dan sistem imun melakukan tugasnya. Dapatkan faedah klorofil daripada keseluruhan makanan berasaskan tumbuhan dan bukannya titisan dalam air anda.
Serbuk sayuran ialah makanan tambahan popular yang diperbuat daripada campuran sayur-sayuran hijau, tumbuhan lain, probiotik, pemanis, ekstrak atau serat tambahan. Ramai TikTokers menambah serbuk hijau ke dalam air, smoothie atau telur hancur. Dipasarkan sebagai cara mudah untuk mengambil hidangan tambahan sayur-sayuran, banyak syarikat suplemen mendakwa serbuk hijau boleh meningkatkan tenaga, imuniti dan detoksifikasi, serta membantu anda mendapatkan lebih banyak vitamin dan mineral.
Terdapat sedikit penyelidikan mengenai manfaat kesihatan serbuk hijau, dan kajian yang wujud dibiayai di beberapa bahagian oleh pengeluar suplemen serbuk yang sedang dikaji. Semasa proses pembuatan, gentian semula jadi yang wujud pada sayur-sayuran hijau dikeluarkan, menjadikan suplemen serbuk sangat rendah serat. Selepas proses pembuatan, gentian kemudiannya ditambah semula.
Mengapa mengambil serat semula jadi hanya untuk menambahnya semula dalam bentuk yang kurang semula jadi? Selain itu, satu hidangan serbuk hijau cenderung rendah kalori. Apabila kita menyekat kalori, kita sebenarnya menyukarkan sistem detoks semula jadi badan kita (hello, hati dan buah pinggang) untuk melakukan kerja mereka dan menapis sisa, yang merupakan kesan bertentangan yang didakwa kebanyakan produk serbuk hijau.
Secara rasmi dikenali di TikTok sebagai “jeli madu” atau melalui “cabaran madu”, madu sejuk beku adalah hidangan manis yang memuaskan dari segi estetika yang dibuat dengan menuang madu atau sirap jagung ke dalam botol plastik kecil, menambah rasa dan membekukannya semalaman. Ini boleh menjadi percubaan yang menyeronokkan untuk dicuba, tetapi lebih baik secara berkhasiat untuk membekukan seluruh buah, seperti anggur atau beri, atau hanya menikmatinya seperti biasa.
Jumlah gula yang tertumpu dalam satu pop madu beku agak tinggi, yang boleh meningkatkan gula dalam darah. Madu beku dan buah beku adalah sumber karbohidrat, tetapi buah beku menawarkan lebih banyak vitamin dan mineral.
Satu lagi alternatif pencuci mulut TikTok ialah mencelup hirisan timun dalam gula, yang telah beralih kepada Stevia, alternatif gula sifar kalori. Pengguna mendakwa bahawa ramuan itu rasanya seperti tembikai. Kenapa tambah gula ke dalam sayur? Dan kenapa tidak makan timun biasa dan tembikai biasa sahaja? Kedua-duanya menawarkan banyak nutrient. Amalan ini juga mengukuhkan mesej yang meresap dan tidak tepat di media sosial bahawa buah-buahan dan karbohidrat adalah “buruk”, yang tidak boleh jauh dari kebenaran. Makan sahaja terus, lebih berkhasiat!
Ramai pengaruh kesihatan memerah jus lemon ke dalam cawan kopi mereka untuk “memulakan penurunan berat badan” dan membakar lebih banyak lemak. Menambah jus lemon pada kopi tidak secara ajaib membuat anda membakar lebih banyak lemak, sama seperti menambah jus lemon pada kopi anda tidak mengimbangi tahap pH badan anda yang sudah dikawal ketat. Tuntutan ini tidak disokong dalam apa-apa cara oleh bukti saintifik, tetapi ia menyokong tingkah laku makan yang tidak teratur.
Ya, ini adalah trend sebenar di TikTok. Pengguna telah mendakwa bahawa memasukkan seulas bawang putih ke dalam lubang hidung anda boleh menghilangkan kesesakan dan membersihkan sinus anda. Selain daripada risiko tersumbat hidung yang sangat nyata dan jelas, meletakkan bawang putih ke dalam hidung anda boleh merengsakan kulit di sekitar rongga hidung anda dengan teruk. Bawang putih boleh memberikan manfaat kesihatan antibakteria dan anti-radang yang hebat, tetapi ia tergolong dalam hidangan anda, bukan dalam hidung.
Daripada merendam daun teh, sesetengah orang yang memberi pengaruh merendam salad romaine, yang mereka dakwa boleh menyebabkan kesan sedatif dan menggalakkan tidur yang lebih lena. Salad Romaine mengandungi fitonutrien yang dipanggil laktusin yang mungkin atau mungkin tidak menyebabkan kesan menenangkan pada badan. Terdapat cara yang lebih baik untuk menjamin tidur yang lebih baik, seperti mengehadkan masa skrin sebelum tidur dan memastikan persekitaran bilik tidur anda sejuk dan gelap. Walau bagaimanapun, pengambilan air salad sepatutnya tidak berbahaya, selagi anda mencucinya terlebih dahulu untuk menyingkirkan sebarang patogen bawaan makanan. Jika anda mengambil ubat pencair darah, adalah disyorkan untuk mengelakkan air salad sama sekali.
Apabila mencerna maklumat pemakanan di TikTok, berhati-hati dengan trend budaya diet dan mesej yang menggalakkan sekatan kalori dan menumpukan pada penurunan berat badan. Perlu diingat bahawa kebanyakan aliran TikTok belum disemak oleh profesional penjagaan kesihatan. Jika anda ingin tahu tentang melaksanakan trend pemakanan TikTok, berbincang dengan pakar diet berdaftar dahulu!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cukup terkenal dengan lawaknya yang sempoi, Nabil Ahmad amat di gemari oleh rakyat Malaysia dan telah sinonim dengan gaya pengacaraannya yang bersahaja.
Baru-baru ini, perkongsian dari isteri pelawak tersebut, Zira Ayub telah mendapat perhatian ramai. Dia mendedahkan sebabnya berhenti dari kerjayanya atas satu syarat.
Zira berkongsi kisah kerjayanya dalam satu temubual bersama Zarul Umbrella yang dimuatnaik pada akaun TikTok milik penyanyi tersebut. Dia juga mendedahkan pernah menjadi ‘flower pot’ bagi Air Asia pada seketika dahulu.
Zarul bertanyakan kepada Zira apa sebab utamanya untuk sertai kerjaya sebagai pramugari dan dia menjawab semuanya kerana duit ketika itu. Dia juga menjelaskan lagi ketika itu kerjaya itu juga menawarkan gaji yang agak lumayan.
“Ketika itu gaji yang ditawarkan agak lumayan! Saya pula dengar orang cerita dan tertanya betul ke boleh earn sampai RM7k?” katanya.
Zira juga menceritakan pengelamannya bekerja bersama syarikat penerbangan itu hanya bertahan selama 3 tahun sahaja. Katanya, Nabil ada bertanya jika Zira ‘fly‘ bagaimana mereka berdua hendak berjumpa, jadi selepas itu Zira berhenti atas sebab mahu berkahwin.
“Kalau nak saya berhenti awak kena bayar gaji saya, berapa pendapatan saya awak kena bayar. Dia setuju, sebulan, dua bulan dia bayar. Bulan ketiga dah tak bayar sebab dah kahwin.” ujarnya lagi apabila Nabil Ahmad bersetuju membayar gaji kepadanya.
Tidak disangkal atas jawapan Zira sendiri, sudah tentu wargamaya tertarik dengan cara Nabil dan Zira berkomunikasi mengenai kerjaya. Ramai juga memberikan reaksi yang positif.
“Ini baru betul lelaki alpha, suruh awek berhenti dan bayar gaji. Terbaik Haji Nabil,
“Jujur sangat Zira ini, memang dia cantik!
“Macam kawan saya, dia cikgu. Pastu lepas dapat anak, husband suruh resign jaga anak. Husband dia bayar gaji bulanan siap EPF lagi lepas dia resign.” tulis wargamaya di ruangan komen.
Untuk rekod, Nabil telah berkahwin dengan Zira pada 30 September 2011. Mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata perempuan, Nayla Mikayla, Leyla Medyna, dan Mishall Imani.
Nur wajah dalam Islam lahir daripada hati yang dekat dengan Allah SWT. Ketahui 6 amalan harian yang boleh membantu memperoleh ketenangan jiwa, hati yang bersih dan wajah yang lebih berseri.