Tren mencuba makan Natto telah menjadi tular di ruang media sosial sekarang ini. Ramai yang mencuba dan memberikan reaksi yang menjengkelkan, seolah-olah menghina makanan tersebut.

Siapa sangka, makanan yang ‘meloyakan’ itu sebenarnya memberi manfaat yang sangat bagus buat tubuh badan. Pastikan anda tahu sebelum ‘menghina’, ketahui lebih lanjut melalui artikel ini.

Natto rahsia orang Jepun kekal sihat

Natto ini sebenarnya berasal dari negara matahari terbit, Jepun, yang sering kali menjadi makanan ruji mereka selain nasi. Makanan ini di perbuat dari kacang soya yang di peram sehingga menghasilkan sejenis bakteria yang di kenali sebagai Bacillus Subtilis. Bakteria ini bukanlah bakteria yang boleh mengancam manusia jika di makan, ia merupakan kumpulan bakteria yang baik dan berguna untuk kesihatan tubuh badan.

Artikel berkaitan: Elakkan 5 Makanan Ini Kalau Nak Kulit Sihat & Cantik Persis Selebriti Korea

Makanan ini juga merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat di Jepun yang mula di perkenalkan sejak 1,200 tahun yang lalu. Makanan ini bukan sekadar makanan, malah, ia memberikan banyak khasiat yang bagus buat mereka yang mengamalkan pemakanan ini.

Walaupun ‘jijik’ tapi khasiat yang di berikan sangat bagus

Meski pun Natto sering di ‘cerca’ dan ‘jijik’ mengikut reaksi yang di lakukan oleh ramai pengguna di TikTok dan sosial media yang lain, ia merupakan makanan yang banyak berika manfaat. Menurut Healthline, natto memberikan jumlah nutrien yang banyak, sebahagian 3.5 auns (100 gram) dapat menyediakan jumlah nutrien seperti berikut:-

  • Kalori: 212
  • Lemak: 11 gram
  • Karbohidrat: 11 gram
  • Serat: 5 gram
  • Protein: 18 gram
  • Mangan: 76% daripada RDI
  • Zat Besi: 48% daripada RDI
  • Kuprum: 33% daripada RDI
  • Vitamin K1: 29% daripada RDI
  • Magnesium: 29% daripada RDI
  • Kalsium: 22% daripada RDI
  • Vitamin C: 22% daripada RDI
  • Potassium: 21% daripada RDI
  • Zat zink: 20% daripada RDI
  • Selenium: 13% daripada RDI

Artikel berkaitan: Diet Pun Boleh Makan Sedap, Wanita Ini Kongsi Senarai ‘Stock Up’ Makanan Sihat

IKLAN

Natto juga mengandungi sedikit jumlah vitamin B6, Folat, dan asid Pantotenik, serta bahan antioksidan dan sebatian tumbuhan lain yang juga memberikan manfaat. Di sebabkan proses pembuatan Natto melalui pemerapan, ia menggalakakan pertumbuhan probiotik yang juga sejenis bakteria yang baik untuk tubuh badan.

Ada juga beberapa khasiat dan manfaat yang di berikan jika makan natto sebagai hidangan harian, seperti:-

Dapat membaiki sistem penghadaman

Usus kita mengandungi sejumlah trilion mikroorganisma, lebih dari 10 kali ganda jumlah sel yang terdapat dalam badan. Kandungan bakteria probiotik dalam natto, ia boleh membantu sebagai pelindung usus daripada bahan toksik dan bakteria yang berbahaya.

Menurut Healthline, terdapat kajian yang menjelaskan bahawa probiotik boleh membantu mengurangkan gas dalam perut, cirit-birit, sembelit dan perut yang sebu. Ia juga dapat memudahkan proses pencernaan dengan selamat.

IKLAN

Bantu menguatkan tulang

Natto kaya dengan nutrien yang bagus untuk pertumbuhan tulang yang sihat. Sejumlah 3.5 auns (100 gram) natto memberikan 22% saranan pengambilan harian (RDI) kalsium, kandungan mineral yang penting untuk tulang. Sebagai tambahan, natt juga merupakan makanan yang mempunyai vitamin K2 yang sukar di dapati dari mana-mana makanan.

Dapat menyihatkan kesihatan jantung

Kandungan fiber dan probiotik dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Hasil pemerapan natto mengeluarkan satu enzim yang di panggil sebagai nattokinase, enzim yang menghalang bekuan darah. Nattokinase terdapat di dalam setiap ‘bebenang’ yang dapat di lihat apabila kita menarik natto.

Menguatkan sistem imunisasi badan

IKLAN

Kadangkala, imunisasi badan kita akan menjadi semakin terjejas dan kurang kebal seperti kebiasaan. Natto yang mengandungi probiotik dapat membantu meningkatkan dan menguatkan sistem imunisasi badan yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria yang berbahaya.

Kelebihan yang natto berikan kepada kesihatan badan

Jika natto di amalkan dalam diet pemakanan harian kita, ia dapat mengurangkan beberapa risiko kesihatan seperti:-

  • Mengurangkan risiko bagi sesetengah penyakit kanser: Natto  mengandungi soyisoflavones dan vitamin K2, di mana keduanya dapat mengurangkan risiko kanser hati, prostat, usus dan payudara.
  • Dapat mengurangkan berat badan: Natto mempunyai sejumlah probiotik dan fiber yang cukup untuk mengurangkan dan menstabilkan berat badan.
  • Membantu kesihatan otak: Makanan yang mengandungi jumlah bakteria probiotik yang banyak dapat mengurangkan stres, menguatkan memori, serta mengurangkan simptom depresi, anxiety, dan juga obsessive-compulsive disorder (OCD).

Namun, hanya terdapat kadar jumlah kajian yang sedikit sahaja untuk mengukuhkan lagi kesahihan seperti yang di nyatakan. Jadi kita mengharapkan supaya banyak kajian yang di lakukan untuk memastikan natto ini boleh berikan manfaat seperti yang di perkatakan.

Patutkah anda makan natto dalam kehidupan seharian? Anda boleh cuba untuk amalkan makanan ini tetapi tidak bagi mereka yang ada mengambil beberapa ubat daripada doktor. Pastikan anda minta pandangan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mengamalkannya. Jadi jangan takut juga buat mereka yang lain untuk mencuba natto dan uji keberkesanannya dalam membantu kesihatan yang terjamin.

Sumber info dan gambar: Healthline, Kompas.com, dan Canva

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI