Ikon fesyen berhijab Indonesia, Irish Bella sering berkongsi gaya outfit yang modest dan stylish melalui media sosial buat para hijabi yang ingin tampil anggun serta elegan.
Jika dilihat pada koleksi outfit wanita berusia 28 tahun ini, Irish sering menggabungkan pleated skirt dan seluar pelbagai warna dengan gaya tersendiri.
Berikut beberapa inspirasi gaya hijab Irish Bella yang boleh dijadikan inspirasi: –
Gaya kasual bersama dua anaknya, Irish memilih pleated skirt rona pink lembut dan blazer putih. Dengan pose bersahaja sambil memegang tangan kedua-dua anaknya, Irish mempamerkan aura manisnya yang tersendiri.
Formal namun tetap stylish! Irish menggabungkan blazer coklat dengan skirt putih menyerlahkan aura elegan. Gaya ini sesuai untuk acara formal atau ke pejabat khusus buat hijabi yang ingin kelihatan profesional tetapi masih bergaya.
Ha.. pasti ramai yang sedang membaca artikel ini merupakan peminat Aniq Suhair bukan? Jangan lupa sediakan nota siap-siap sis sebab Aniq Suhair akan berkongsi mengenai ciri-ciri wanita idamannya.
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon yang sedang meningkat naik ini. Nama Aniq Suhair mula melonjak naik melalui drama lakonannya yang terbaru iaitu ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’. Drama ini menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim sebagai pelakon utama. Keserasian mereka berdua telah mendapat sambutan daripada para penonton dan sering ‘trending’ di TikTok.
Setiap orang mempunyai ‘standard’ dan kriteria berbeza dalam mencari pasangan hidup. Begitu juga dengan pelakon si pencuri hati wanita ini. Baru-baru ini, Aniq Suhair telah ditemu bual oleh team Hijabista dan dia telah mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya.
Aniq atau nama sebenarnya iaitu Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh,22, berkata bahawa dia tidak banyak ‘songeh’, dan menyukai wanita yang ‘simple’ serta ‘smart’. Tambahan itu, dia juga mengatakan bahawa dia tidak mementingkan paras rupa, namun ada beberapa ciri yang menjadi pilihan hatinya, seperti:
Keperibadian yang baik merujuk kepada sikap baik yang anda miliki. Iyalah, siapa sahaja nak berpasangan dengan orang yang berperangai buruk kan. Sikap inilah yang membuatkan anda disukai ramai, mempunyai ramai kawan dan orang lain juga akan berasa selesa dengan anda dalam apa jua persekitaran. Bukan sahaja Aniq Suhair, malahan sis sekalian akan turut disukai ramai.
Aniq Suhair mendedahkan bahawa dia seorang yang ‘kurang makan’ dan memerlukan pasangan yang boleh memasak.
“..Untuk Aniq yang ‘hard-gainer’ ni, orang kata kurang makan ni kan.. Aniq memerlukan isteri ataupun pasangan yang boleh masak”
Air tangan isteri kan mampu membahagiakan sang suami dan mengukuhkan lagi mahligai yang dibina. Ha gitu… Bagi yang tak pandai memasak itu jangan risau..anda boleh mula cuba praktis daripada sekarang.
Ciri ini memang ciri utama dalam mencari pasangan. Sebagai wanita, kita perlu bijak mengambil hati keluarga ‘calon mertua’. Setiap perbuatan yang dilakukan harus ada batasan yang perlu dijaga. Jangan terlalu ‘open’ sampai tidak menjaga batasan dan tidak menjaga tutur kata.
4. Beribadah
Beribadah merupakan salah satu daripada tiga asas utama dalam Islam selain aqidah dan akhlak. Semestinya, setiap lelaki mendambakan pasangan hidup yang baik. Satu ukuran yang baik boleh dinilai melalui ilmu agama dan dengan mengamalkan ajaran agama. InsyaAllah, wanita yang rajin beribadah akan dapat mendidik anak dengan baik di masa hadapan.
Setinggi mana pun pangkat dan darjat, hormat dan taat pada suami adalah sangat penting. Lelaki tidaklah mengharapkan penghormatan yang tinggi seperti tunduk kepadanya, cukuplah sekadar menghormatinya sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
Budi pekerti yang baik pasti menjadi idaman setiap lelaki. Orang yang baik budi pekertinya pasti disenangi oleh orang sekeliling. Budi pekerti yang baik boleh ditunjukkan melalui tabiat yang mudah, contohnya seperti bersopan santun, membiasakan diri tersenyum, memberi salam dan tidak lokek untuk menggunakan perkataan ‘tolong’, ‘maaf’ dan ‘terima kasih’. Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen terpenting dalam menilai seseorang tau.
Jadi, berapa banyak ciri-ciri di atas yang sis semua miliki untuk menjadi wanita idaman Aniq Suhair? Apa pun, semoga Aniq bertemu dengan wanita idamannya di masa hadapan.
Jom saksikan perkongsian penuh Aniq Suhair mengenai wanita idaman dan juga pendapat Aniq mengenai isu suami pukul isteri yang tular baru-baru ini dalam video Apa Kata Hijabista di bawah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tekanan adalah keadaan yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Secara amnya, tekanan ini berpunca daripada masalah dalam kehidupan seharian. Namun, jika tidak dirawat dengan baik, masalah baru akan timbul yang dikhuatiri memberi implikasi kesihatan mental yang ketara.
Atas sebab ini, adalah dipercayai bahawa aktiviti yang menyeronokkan semasa masa lapang adalah baik untuk meningkatkan mood dan kesihatan mental. Daripada Healthline, berikut ialah cara mudah anda boleh mengurangkan tekanan.
Apabila anda mengalami tekanan, cuba lakukan banyak aktiviti yang menuntut secara fizikal, seperti cth sukan.
Satu kajian menunjukkan bahawa sehingga 185 pelajar kolej yang melakukan senaman aerobik dua kali seminggu mengalami pengurangan ketara dalam tahap tekanan mereka.
Kajian lain mendapati aktiviti fizikal boleh mengurangkan tahap tekanan seseorang dan meningkatkan mood. Aktiviti fizikal juga boleh mengurangkan tanda-tanda masalah kesihatan mental seperti kebimbangan dan kemurungan.
Pemakanan yang sihat bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal dan kulit, tetapi juga untuk kesihatan mental. Menurut kajian, orang yang makan makanan segera dan makanan tinggi gula boleh mengalami tekanan.
Selain itu, apabila pengambilan makanan kurang dibekalkan, risiko seseorang mengalami tekanan adalah agak tinggi, kerana pemakanan memainkan peranan dalam badan dalam mengawal mood dan tekanan.
Untuk memastikan mood anda stabil, anda boleh mula makan makanan yang sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, kacang dan biji.
Selain makan makanan yang sihat, pengambilan suplemen dipercayai mempengaruhi cara tubuh bertindak balas terhadap tekanan dan mengawal mood.
Mengambil makanan tambahan yang mengandungi magnesium dipercayai dapat melegakan tekanan kronik. Mereka juga menggabungkan magnesium dengan vitamin B6.
Meluangkan masa untuk aktiviti yang menyeronokkan juga dipercayai dapat mengurangkan tekanan.
Anda boleh mencuba beberapa aktiviti relaksasi, seperti berjalan kaki, membaca buku, bersenam, regangan sebelum tidur, pergi ke salon untuk mengurut badan dan melakukan yoga.
Pengorbanan seorang ibu itu adalah satu perkara yang tidak terhingga. Sebagai seorang anak kita harus fahami dan hargai masa bersama ibu yang tercinta kerana kita tidak tahu bertapa banyak lagi masa untuk membalas budi mereka.
Tolak tawaran ke Australia, pelakon tanah air, Anzalna Nasir, khuatir jika meninggalkan anak di Malaysia. Mungkin ada hikmah sebalik pengorbanannya melepaskan peluang yang pasti tidak mahu dilepaskan oleh orang lain.
Aktres wanita, Anzalna Nasir, 34, akui sanggup melepaskan tawaran untuk berkolaburasi bersama jenama terkenal di Australia. Keputusannya itu dibuat kerana dia belum bersedia untuk meninggalkan anak-anak yang masih kecil dalam tempoh jangka masa yang lama.
Jelasnya lagi, jadual kerjaya itu sebagai model iklan juga berubah mengikut kesesuaiannya untuk menjaga anak-anak. Pada peringkat seawal usia kecil itu, Anzalna tidak mahu kedua anaknya yang masih memerlukan perhatian dan tumpuan sepenuhnya.
Anzalna membuat kenyataannya itu melalui InstaStory dengan menyelitkan repost sebuah artikel mengenai ibu tunggal yang bersusah payah mencari rezeki sambil membawa anaknya. Oleh itu, dia terdetik untuk berkongsi pendapatnya melalui perkara ini dan juga memuji tindakan wanita tersebut.
“Respect! Dia seorang ibu yang hebat, bertanggungjawab dan penuh dengan kasih sayang. Semoga Allah SWT permudahkan urusan dan melimpah ruahkan rezeki akak ini,
“Anak-anak adalah segalanya. Bila ada anak memang segalanya berubah. Dari segi kerja pun dah tak boleh macam dulu, saya kena pilih kerja tak boleh ambil semua sebab tak mahu anak kerap ditinggalkan,
“Kesian bila fikirkan mereka masih kecil dan saya suka meluangkan masa dengan mereka untuk menunjukkan rasa sayang dan sokongan buat mereka.” tulisnya.
Juga Anzalna Nasir menjelaskan lagi tawaran yang di tawarkan kepadanya untuk menjelajah ke negara Australia. Tetapi, dia terpaksa menolak dan membuat keputusan untuk tidak pergi demi anak-anak.
“Baru-baru ini, saya dapat tawaran shooting untuk satu jenama terkenal di Australia tapi bila fikirkan tak boleh bawa anak-anak terus saya tak terima tawaran itu,
“Tak rela nak tinggalkan anak-anak walaupun 2-3 hari sahaja! Ibu saya paksa pergi sebab dia boleh tolong jaga tapi saya tak nak jadi ibu dan anak yang pentingkan diri sendiri.” jelasnya lagi.
Bagusnya pendirian Anzalna dalam menjaga perhubungan kasih sayang dengan anak-anak. Boleh dijadikan contoh buat semua wanita di luar sana agar fikir sejenak dengan keputusan yang hendak di buat.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.