Siapa tak kenal penyanyi no.1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tarudin, yang juga merupakan penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak 25 kali.
Mencipta nama besar dalam industri seni negara, punyai syarikat kecantikan BeauSiti yang perlu diuruskan, seorang isteri dan juga ibu yang menguruskan keluarga serta rumahtangga. Ini semua membuatkan Siti juga tak terlepas dari mengalami tekanan seperti orang lain.
Namun, bagi Siti tiada masalah yang tak punya jalan penyelasaiannya, justeru ini beberapa langkah yang dilakukan Siti ketika berdepan tekanan.
“Seperti mana orang lain, saya juga turut berdepan dengan stres. Bila saya berdepan dengan sesuatu yang boleh membuatkan saya stress, saya akan cuba bertenang dan saya akan cuba positif diri.
“Malah, saya akan cuba bercakap dan pujuk diri saya sendiri. Perkara ini amat penting. Sebab kalau kita nak ikutkan hati sangat, macam-macam boleh berlaku. Bak kata pepatah, ikut hati mati.
“Jadi, saya akan bercakap kepada diri saya: Tidak apa Siti, bertenang. Jika ada benda yang negatif, kita proses balik perkara itu dan kita nilai semula. Kenapa ia berlaku dan apa yang perlu kita buat atau lakukan selepas itu.
Elak ‘Overthinking’ Fokus Pada Penyelasaian
Ads
Menurut Siti, perkara yang paling penting dalam menguruskan Stress ialah dengan tidak terlalu memikirkan masalah yang dihadapinya itu.
Malah, Siti berkata dia tidak pernah mempersoalkan sesuatu masalah yang dihadapi, kerana enggan fikiran negatif ‘memakan diri’ sehingga tekanan menjadi berlarutan dan bertambah buruk.
“Kita jangan meratapinya dan mempersoalkannya sehingga kesedihan kita itu berlarutan. Kita harus fikir apa yang kita boleh buat selepas itu untuk kita bangkit semula.”
Ads
Menerusi ‘confession’ ini, Siti akui sejak bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata kini. Adakalanya dia juga stress ketika berdepan dengan ‘peel’ dan karenah anak-anak yang bermacam ragam dan dalam masa yang sama perlu menguruskan aktivitinya sebagai wanita berkerjaya.
Untuk rekod, bermula 18 Oktober lalu Siti berhasrat untuk melaksanakan sesi perkongsian bersama peminat, menerusi laman sosial miliknya yang dikenali sebagai ’10 Hari 10 Minit 10 Tips Kehidupan Siti Nurhaliza’.
Setahun yang lalu pelakon kecil molek ini telah diduga Tuhan dengan ujian yang cukup hebat. Hampir 3 minggu terlantar di hospital menyebabkan segala pergerakannya terbatas. Tiada tanda sakit sebelum ini dan ujian yang datang padanya cukup menginsafkan. Saat itu terasa bagai nyawa di hujung tanduk apabila dia tidak boleh bernafas seperti biasa. Emma Maeombong menceritakan semula saat dirinya bertarung menahan kesakitan jangkitan virus dan hanya Allah yang tahu. Dan kini walaupun sudah sihat sepenuhnya, dia tetap ambil sikap berhati-hati terutama tentang penjagaan kesihatan.
“Sebenarnya sehingga hari ini Emma tidak tahu apa nama khusus bagi penyakit Emma ini. Tetapi menurut doktor hati Emma ada masalah. Doktor menjumpai nanah dalam hati Emma. Namun sehingga hari ini tidak tahu apa punca sebenarnya menyebabkan hati Emma dijangkiti nanah.
“Maklumlah sebelum diserang sakit itu, Emma sebenarnya tidak ada sakit apa-apa. Malah Emma sihat dan tidak ada ambik apa-apa yang terlarang atau yang boleh merosakkan hati. Malah apabila doktor periksa keseluruhan termasuk ujian darah, semuanya sempurna dan baik sahaja,” ujar Emma memulakan perbualan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Menurutnya lagi, doktor hanya memberi andaian kemungkinan besar ketika dia berada di tempat penggambaran, kawasan berkenaan tidak bersih dan kotor. Dan mungkin disebabkan tangan tidak bersih dan menyentuh pula makanan serta masuk dalam mulut.
“Situasi ini yang menyebabkan datangnya kuman hingga membuatkan hati jadi bernanah. Waktu kena serang itu, memang Emma rasa macam nak mati. Banyak yang Emma fikirkan ketika ditahan di wad selama hampir 3 minggu. Apatah lagi bila kita sedang berada dalam keseorangan dan dengar pula bunyi denyutan bip bip hingga menyebabkan Emma fikir macam-macam.
“Emma menangis dan merayu pada doktor untuk keluar dari hospital. Tetapi tidak dibenarkan. Ini kerana ada tiub yang bersambung pada badan untuk mengeluarkan nanah yang disedut keluar. Bayangkan tiga minggu berada di hospital dan Emma sedikit tertekan.
“Sampaikan, Emma terpaksa pegang bekas nanah dan tiub itu untuk jalan-jalan keluar sekeliling hospital. Waktu itu kita rasa badan sudah tak sakit dan sihat. Tetapi nanah masih lagi keluar, oleh sebab itu doktor tak benarkan Emma keluar wad lagi,” ceritanya lagi.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Sebelum itu, Emma mengalami simpton seperti menggigil satu badan, sekejap rasa sejuk dan sekejap pula rasa panas. Pada mulanya dia menyangka denggi, tetapi apabila diambil darah keputusanya negatif.
“Darah diambil tidak tunjukkan kita kena denggi. Tetapi apabila Emma bernafas, ada benda seperti menyucuk di bahagian hati. Keadaan ini membuatkan Emma tak boleh nak bernafas sempurna. Kalau nafas Emma akan rasa sakit dan kalau tak nafas pula Emma yang akan mati.
“Emma hanya mampu bernafas tersekat-sekat dan pendek-pendek. Waktu itu muka Emma juga sudah pucat dan Emma terus suruh PA Emma panggil emak dan ayah. Siapa sangka Emma sihat sebelumnya dan dalam sekelip mata penyakit ini menyerang.
“Tiada tanda-tanda kecuali demam yang biasa dan badan terasa lemah. Emma masa itu ingat demam biasa dan hanya makan ubat demam sahaja. Tetapi apabila nafas kita pun jadi tersekat-sekat dan tak boleh nafas seperti biasa terus dimasukkan ke wad kecemasan,” jelas Emma yang kini sudah kembali aktif berlakon.
Empat hari berada dalam hospital doktor masih tidak tahu punca hinggalah dilakukan rawatan x-ray. Ketika itu doktor mengenal pasti ada nanah dalam hati.
“Emma terpaksa menjalani prosedur membuang nanah berkenaan dan apabila sedar ada tiub bagi membuangnya. Selepas itu, Emma terus rasa tubuh sudah sihat seperti biasa. Tetapi Emma terus kena tahan di wad hinggalah pulih sepenuhnya.
“Sebaik boleh keluar dari hospital, Emma terus mengambil kesempatan bercuti dan meneruskan aktiviti seni seperti biasa hinggalah hari ini. Namun sejak kejadian itu sebenarnya membuatkan Emma lebih berhati-hati terutama membabitkan soal kesihatan,” tambahnya lagi.
Menurutnya dulu dia tidak hiraukan apabila ada yang berpesan padanya jangan kerja kuat sangat nanti tumbang. Tetapi waktu itu Emmma tidak percaya kerana merasakan dia masih muda dan tidak pernah mengalami sakit.
“Iyalah waktu itu umur baru 24 dan masih muda dan kuat. Bagi Emma orang tua sahaja yang perlu ambil suplemen, duduk rumah dan jaga kesihatan. Dan apabila tiba-tiba kita tumbang, kita sebenarnya tak tahu bila ajal maut seseorang. Sakit yang datang itu tidak mengikut pada usia tetapi ikut kesihatan badan.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
“Ibaratnya luar nampak muda tetapi dalamnya sudah tua. Kita tak tahu bila sakit akan datang. Kita pula jenis tak cukup rehat dan tidur. Bermula saat itu jugalah Emma setiap hari ambil air masak dan jarang minum air manis. Saya juga tak ambil suplemen lain kecuali vitamin C dan vitamin B serta ambil pemakanan yang sihat,” pesannya pada hijabi di luar sana agar sentiasa menjaga kesihatan diri sebelum akhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi dan juga bekas peserta AF Megastar, Indah Ruhaila, 30 tahun selamat diijab kabulkan bersama lelaki pilihannya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik, 30 tahun dalam satu majlis tertutup di Subang Jaya. Sebaik selepas majlis akad nikah pelantun lagu Percayalah ini mengucapkan’Alhamdulillah, Shariff lelaki terbaik yang hadir dalam hidupya”.
Dalam majlis berkenaan, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein menerima wang mas kahwin sebanyak RM1,000. Majlis serba ringkas itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat pasangan berkenaan.
Penampilan Indah cukup anggun sekali apabila mengenakan kurung moden warna biru lembut lengkap berhijab dari warna yang sama juga ilham pereka Seth and Luna. Wajahnya yang unik itu juga tampil berseri dan jelita sekali dengan solekan hasil sentuhan @diamairaonn. Segala-galanya nampak ‘perfect’ sekali di majlis yang cukup ringkas ini.
Manakala untuk majlis resepsi keduanya memilih persalinan moden di mana, Indah menggyakan dess warna putih manakala pasangannya segak tampil dengan kot warna kelabu. Kelihatannya beberapa rakan artis turut hadir dan salah seorang adalah penyanyi Nabila Razali dan rakan-rakan AF.
Indah dalam kenyataanya dalam Berita Harian Onlie memberitahu, dia memohon maaf kerana tidak mengundang media pada hari bersejarahnya. Dia tiada niat berahsia, tetapi dibuat sebagai menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
Pasangan ini juga merancang untuk berbulan madu tetap masih tidak tahu destinasi pilihan. Indah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminatnya yang sering mendoakan kebahagiaannya.
Pernah tak selepas makan tengahari, makan pula nasi, tapi masih terasa hendak makan kek dan juga biskut. Pendek kata tekak terasa hendak makan makanan dan minuman yang manis-manis. Padahal kita sudah makan banyak nasi tapi masih ‘mengidam’ makanan yang manis-manis.
Mengapakah keadaan ini berlaku? Keadaan ini sudah tentu amat menganggu mereka yang sedang berdiet. Mana mungkin target untuk menurunkan berat badan akan tercapai jika begini jadinya.
Pernah tak rasa. Makan semua sudah kenyang, tapi masih rasa craving nak makan benda-benda manis. Ini penyebabnyanya:
1. Keletihan. Badan yang terlalu letih juga antara penyebab mudah teringin nak makan benda-benda manis. Terutama pada mereka yang ada masalah kurang tidur. Baiki kualiti tidur seharian. Tenangkan diri dengan kerehatan. Craving akan hilang perlahan-lahan.
2. Gula terlalu rendah. Gula yang rendah dalam badan akibat diet ketat juga penyebab craving ni. Pastikan diet tidak potong sumber gula sekaligus dalam badan.
3. Diet ekstrim. Selain gula yang rendah, gaya diet yang ekstrim juga penyebab craving manis. Tahan lapar dan jadual makan yang tidak menentu. Elakkan diet ekstrim. Buat penjadualan makan 5-6 kali sehari. Ia akan membantu.
4. Kurang air dalam badan. Rasa craving juga boleh disebablan kurangnya minum air. Dapatkan air yang cukup mengikut keperluan. Ia membantu kalian tangani craving ini.
Begitulah sikit sebanyak penyebab craving makanan dan minuman manis. Sesekali meraikan diri tidaklah jadi kesalahan. Namun berkali-kali kita tewas ia boleh jadi punca kenaikan berat badan.
Biasanya craving benda-benda manis ini kalian jenis yang cari makanan atau minuman? Asal sederhana. Ok sahaja ya.
Sumber kredit: Arif Sukri Top image: Photo by tofroscom from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di