Berita perkahwinan artis cantik Indonesia, Irish Bella kembali menjadi tumpuan umum. Tidak lama selepas bercerai dengan Ammar Zoni secara rasmi pada awal 2024, Irish kembali temui cinta baharu.
Ramai yang ingin mengenali lebih dekat siapakah lelaki yang telah berjaya menawan hati si cantik ini. Ternyata, pilihan Irish Bella kali ini bukan calang-calang. Seorang usahawan hebat yang terkenal dengan jolokan ‘Raja Minyak’.
“Bismillah.. Alhamdulillah SAH. Semoga menjadi keluarga SAMAWA. Irish❤️Haldy”
Ads
Masjid Sebagai Mas Kahwin
Salah satu fakta yang paling mencuri perhatian ialah mas kahwin yang diberikan Haldy Sabri kepada Irish Bella. Bukan sahaja memberikan mas kahwin dalam bentuk mas kahwin, Haldy juga menghadiahkan sebuah masjid sebagai tanda cinta.
Masjid yang dinamakan sempena nama arwah isteri pertamanya itu adalah lambang komitmen Haldy terhadap perkahwinan keduanya.
Momen perkahwinan juga terasa begitu suci apabila Haldy menyebut masjid sebagai sebahagian daripada mas kahwin yang diberikannya kepada Irish.
Ads
Kredit Foto:
Keistimewaan Suami
Suami kepada Irish Bella bukan figura biasa. Beliau terkenal sebagai ahli perniagaan berjaya yang digelar ‘Raja Minyak’ dan tersohor di Aceh.
Beliau turut mengetuai beberapa syarikat termasuk perniagaan tenaga dan kesihatan.
Walaupun memiliki kekayaan dan kedudukan terhormat, Haldy Sabri dikenali sebagai seorang yang merendah diri dan pemurah.
Berkongsi hantarannya di media sosial baru-baru ini, selebriti tersohor Indonesia Mulan Jameela dipuji cantik macam Barbie oleh wargamaya setelah tertarik dengan gayanya dalam rona terang.
Biarpun aktif sebagai ahli politik, selebriti jelita dari Indonesia Mulan Jameela masih memenuhi undangan nyanyian. Mulan juga masih tampil menawan pada usianya yang kini mencecah 45 tahun.
Baru-baru ini, Mulan memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya. Mulan kelihatan sangat gorgeous ketika membuat satu persembahan pentas.
Apa yang menarik perhatian warga maya ialah pakaiannnya. Memilih pakaian berwarna cerah dan terang, Mulan kelihatan awet muda! Isteri kepada Ahmad Dhani ini juga tampil dengan solekan yang berani.
Mulan mengoleskan gincu berwarna merah terang di bibirnya sehingga menyerlahkan sisi ‘hot’ dan tegasnya seorang wanita.
Mulan Jameela tampil anggun dengan pakaian elemen batik yang diubah menjadi fesyen kontemporari.
Gaun berlengan panjang yang dipakai Mulan Jameela ini diperbuat daripada kain batik. Mulan turut menggunakan kain khas sebagai tali pinggang.
Elemen tradisional Indonesia turut dapat dilihat pada bajunya yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna hijau terang sehingga mencetuskan mood ceria pada penampilannya.
Sementara solekannya pula menyerlahkan lagi kecantikan Mulan Jameela. Apatah lagi bibirnya yang dioles dengan gincu merah terang.
Kemunculan Mulan Jameela turut meraih pujian daripada warga maya. Malah, Mulan Jameela turut digelar Barbie dek kerana rupa parasnya yang sangat cantik!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tirai program realiti Pencarian Nona Superwoman melabuhkan tirainya semalam. Tepukan gemuruh bergema di setiap penjuru studio apabila nama finalis, Norfazlina Mohd Faozi, atau Fazs Faozi diumumkan sebagai Juara, sekaligus mengatasi empat ‘seteru’ akhir yang bersaing di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Pada setiap episod, Fazs sering menampilkan prestasi yang konsisten dan seimbang dalam pelbagai aspek. Faktor kestabilan adalah asas berniaga yang sebenar, yang menjamin ‘kekuatan’ sesuatu perniagaan agar terus kekal dan bertahan lama. Ciri-ciri itulah yang membuatkan juri sebulat suara menobatkan usahawan kosmetik ini sebagai pemenang utama.
Menjelang malam finale Pencarian Nona Superwoman, wanita berusia 35 tahun dan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri itu berjaya memikat juri dengan pembentangan perniagaan syarikatnya, Fazsbeauty. Beliau bijak mengadaptasi segala ilmu sepanjang menyertai Pencarian Nona Superwoman, sekaligus mengukuhkan kedudukan di peringkat Top 3.
Turut bertanding di pentas akhir adalah usahawan bakeri Ana Najia dan Ayu Omar, usahawan sambal iaitu Syu Ramli serta usahawan percetakan gambar, Linda Roos. Juri-juri sepakat memilih Ana Najia sebagai pemenang ‘Most Favourite’ dan Syu Ramli sebagai pemenang ‘Most Inspiring’ dengan masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.
Setiap pemenang juga menerima sebuah trofi dan selempang serta sejambak bunga tajaan Aleeya Florist & Gifts.
SOKONGAN
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun menunjukkan sokongan penuh terhadap acara finale program realiti Pencarian Nona Superwoman yang diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan disiarkan secara langsung di Astro Prima saluran 105.
Turut hadir mengiringi Datuk Seri Rina ke PICC adalah isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad.
Daripada ratusan penyertaan, hanya 12 yang terpilih dan akhirnya lima finalis yang berjaya melangkah ke final. Program lapan episod yang bermula sejak 22 September lepas memberi peluang kepada usahawan B40 dan M40 yang terjejas pandemik untuk berkembang, menambah ilmu niaga dan merebut hadiah lumayan berjumlah RM70,000 keseluruhan.
Lima finalis yang menunjukkan prestasi cemerlang – Ana Najia, Ayu Omar, Fazs Faozi, Linda Roos dan Syu Ramli bakal bersaing merebut gelaran juara di pentas akhir. Masing-masing memburu ganjaran lumayan berupa wang tunai RM50,000 (Juara), RM10,000 (Most Favourite) dan RM10,000 (Most Inspiring).
Episod finale selama 1 jam, bermula 9.00 – 10.00 malam ini turut menyaksikan penampilan juri jemputan iaitu Dato’ Fazley Yaakob dan Datuk Rosyam Nor bersama juri-juri tetap iaitu Awal Ashaari dan Datin Adzliana Prof Dato’ Sri Dr Hasan. Ia turut dihoskan oleh pengacara jelita iaitu Uyaina Arshad. Program realiti ini dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Majalah Nona.
Editor Pengurusan Majalah Nona, Kiffy Razak dalam ucapan beliau berkata, program Pencarian Nona Superwoman ini berjaya menggilap nilai keusahawanan yang tinggi serta bermanfaat untuk wanita yang menceburi bidang perniagaan.
“Saya bersyukur kerana program realiti ini berjaya mencapai tujuannya untuk memperkasakan kaum wanita berniaga. Kami di Majalah Nona sentiasa fokus terhadap usaha menjadi media utama yang memberi inspirasi kepada wanita bangkit dalam kerjaya dan gaya hidup.
Platform Pencarian Nona Superwoman anjuran Majalah Nona yang diperkasakan oleh USANITA selari dalam membantu wanita yang terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19. Kami merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada USANITA yang sentiasa mewujudkan pelbagai peluang termasuk program pembangunan, bantuan kebajikan dan sosial, bantuan komuniti, seminar motivasi serta pendidikan yang berterusan kepada golongan memerlukan.”
Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang rakaman berlangsung, acara finale bertemakan ‘Smart Elegant’ ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Anuar Zain.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dapat dinafikan peralatan dapur moden bukan sahaja memudahkan urusan di dapur tetapi dalam masa yang sama menjimatkan masa ibu-ibu di dapur. Pendek kata gajet di dapur ini menjadi satu keperluan buat wanita.
Terbaru, viral pula gajet dapur terkini yang begitu heboh diperkatakan iaitu 𝗧𝗛𝗘𝗥𝗠𝗢𝗠𝗜𝗫.
Ini perkongsian Ishraaf Mazlan.
Nak review jugak! 🤣
Gadget dapur yg satu ini tengah viral sekarang ya. Ada yg dah terbawa-bawa dalam mimpi ke tu? 🤭😆 Ke dah siap buat kira-kira?
𝙎𝙖𝙗𝙖𝙧 𝙙𝙪𝙡𝙪!! 🤚🏻
Ni nak bagitau! 👇🏻
1. Harga dia Rm6,000 – Rm7,000. Kalau awak masih ada hutang dgn orang, installment Kowey pun menggagau, musim pkp kalut nak minta tangguh bayaran, takaful pun ejen nak kena call tiap-tiap bulan, asik gaduh laki bini sebab duit, lupakan je lah angan-angan nak beli Thermomix. Post ni pun awak tak payah la baca sampai habis. Jangan buang masa. Gi cari duit sanaaa!!!!! 😡
2. Hasil masakan susah sangat nak sama rasa dia macam masak atas dapur. Kalau atas dapur, sambil masak boleh rasa, boleh tambah apa yg kurang. Contohnya terlebih atau terkurang garam. Kalau guna Thermomix, bila dia start proses, awak kena tunggu je la dia proses sampai selesai. Andai kata hasilnya mengecewakan, next episod pula la baru boleh adjust sukatan supaya tak jd macam sebelumnya. Tapi kalau episod kedua pun tak jadi juga, tengoklah episod seterusnya macamana.. Entah bila baru ngam, wallahua’lam..
3. Ada 55,000-+ resepi. Jangan cepat sangat teruja dgn jumlah tu. Selama ni dah separuh umur hidup atas dunia balik-balik awak makan benda yg sama je kan. Dah memang Allah ciptakan itu yg awak selera. Kalaupun awak nak cuba semua 50,000 resepi tu mungkin awak kena doa supaya umur awak dipanjangkan sampai 200 tahun lagi..
4. Resepi-resepi disediakan oleh orang luar. Awak dah biasa makan nasi ayam utara. Bila awak guna Thermomix, nasi ayam dia nasi ayam orang putih. Awak biasa makan nasi dagang terengganu. Bila awak guna Thermomix jadi nasi dagang Jepun.
(Edited : Ada kerjasama dgn developer tempatan juga. Yg ni blh rujuk Puan Adlilatun yg saya tag di bawah).
6. Proses memasak ditentukan oleh Thermomix. Kalau set auto, awak dah tak ada kuasa nak tentu kan masuk bahan apa dulu, berapa lama tumis berapa lama goreng. Semua kena ikut dia. Dia nak stop dia stop, dia kata 5 minit awak nganga je la 5 mint. Gila kau ada orang lain lagi berkuasa dalam kau punya dapur! Mana boleh!
7. Fungsi 20 dalam 1. Maksud dia fungsi 20 alat tersebut boleh dia buat. Blend boleh, timbang boleh, cincang boleh, kukus boleh, tapiiii.. Dia tetap tak boleh siang ikan, hiris bawang, buang kulit lengkuas, potong daging dan lain² yg memang kena buat manual. Maknanya, walaupun dia dah ambil alih tugas alat-alat yg lain, alat-alat tersebut tak semuanya awak boleh keluarkan dari dapur.
8. Kelemahan all in one, awak tak boleh nak buat dua tiga kerja serentak. Kalau atas dapur, boleh goreng ikan sambil sebelah lagi goreng sayur. Atau sebelah masak rendang, sebelah rubus ketupat. Tapi kalau Thermomix, kena buat satu-satu. Pasrahhh..
9. Lagi kelemahan all in one. Kita kalau lesung pecah, belanga tembuih, tangkai periuk patah, blender tumpul, tinggal baiki atau beli saja yg baru. Harga tak mahal. Tapi kalau Thermomix buat hal, habis tergendala semua. Yang lagi hangat tu, dah la tak boleh guna, installment jalan macam biasa 😂
10. Ketahanan. Thermomix ni bukan lagi Alat Elektrik, tapi dia Alat Elektronik. Didalamnya ada micro chip, mother board, lcd dan sensor. Sebab tu bag dia pun dah macam beg Pasukan Pemusnah Bom. Nampak tak betapa gadget ini perlu dibelai dan dimanja. Andai kata awak tersenggol lalu ia jatuh dari meja lantas mendarat diatas lantai.. Wallahu a’lam.. Nauzubillah ya allah!!!
Ok dah kot. Cukuplah sedikit perkongsian dari saya tentang Thermomix.
Ikhlas dari,
Suami Surarumah.
Kesian, Terima Kasih.
———————————–
Sekiranya awak rasa 10 perkara ini bukan halangan, atau masih penasaran dgn gadjet yg bernama Thermomix, silalah hubungi Puan Adlilatun Nur . Nak tanya apa semua dia tau. Cara guna, cara bayar ansur pun semua dia tau.
.
——————————-
Gambar 1.
Buat Nasi Ayam kat rumah. Jangan ingat ni gambar Permaisuri. Takdanya langsir istana ghope gitu 🤣
Gambar 2.
Permaisuri Agong dapat thermomix beberapa hari lepas, tapi dia tetap guna kuali, periuk, pembakar roti. Thermomix? Wallahua’lam 🤭
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.