Seperti yang semua sedia maklum, rakyat Malaysia sekarang ini sedang melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan virus covid-19 yang semakin menjadi-jadi di negara kita pada saat ini.

Walau bagaimanapun, jika rakyat Malaysia tidak boleh patuh dengan arahan ini, tempoh PKP mungkin akan dilanjutkan lagi ke suatu tempoh yang lebih lama.

Berkongsi di laman sosialnya, seorang rakyat Malaysia iaitu Juwita Jalil menceritakan pengalamannya ‘terperangkap’ di China pada waktu lockdown yang dijalankan selama 40 hari di sana.

 

**Dari seorang rakyat Malaysia yang terperangkap di China**

Pandemik Covid-19

IKLAN

Pada yang tak tahu, saya telah berada di Chongqing (CQ), China selama wabak ini bermula sejak penghujung Januari lalu. Seluruh dunia mula memantau China dan kini bila keadaan dah reda, kami di China memerhatikan macam mana seluruh dunia panik dengan virvs ini. Mungkin saya boleh kongsikan pengalaman macam mana saya pastikan diri saya selamat.

Pertama sekali, bukan saja Hubei dan Wuhan yang diarahkan lockdown. Seluruh China diarahkan lockdown. So bila orang dari Hubei dan Wuhan tak boleh tinggalkan bandar dorang, kami di CQ tak boleh tinggalkan kompaun tempat tinggal kami. Hanya seorang dari seisi rumah je yang dibenarkan keluar dan masuk setiap 2-3 hari untuk membeli barangan asas, bergantung pada keadaan kawasan.

 

IKLAN

Setiap orang perlu membuat pemeriksaan suhu badan bila nak masuk mana-mana bangunan. Dan bila saya cakap barangan asas, ia memang betul-betul barangan asas kerana ketika ini, hanya pasar, pasaraya, farmasi dan klinik-klinik tertentu saja yang dibenarkan beroperasi. So tak boleh saja keluar untuk lepak atau berjalan-jalan kerana tak ada apa tempat yang buka. Dan kalau polis peronda nampak korang tengah berjalan saja-saja, korang akan dinasihatkan untuk pulang ke rumah.

Lockdown ini telah berlaku selama 40 hari dan seluruh China berada dalam keadaan lockdown selama itu dan ini bermakna, berbilion-bilion orang di China hanya duduk di rumah. Walaupun undang-undang arahkan perkara ini, semua orang di sini rela hati untuk kurungkan diri dorang. Tak ada sekolah, tak ada kerja. INI SATU-SATUNYA CARA UNTUK HALANG VIRUS NI DARI MEREBAK!

Pemisahan dan kuarantin cabul hak manusia? Please, hak apa nak tuntut kalau dah sampai kita mati.

So, bila saya perlu keluar untuk beli barangan asas, ini apa yang saya lakukan dan masih buat. Saya selalunya akan beli barangan rumah yang boleh tahan selama 1 ke 2 minggu supaya saya tak perlu untuk keluar selalu dan kurangkan risiko terkena jangkitan. Saya tak stock-up semua benda, lagi-lagi toilet paper…

IKLAN

 

  1. Topeng muka (siapa tak nak pakai topeng muka boleh kena tangkap)
  2. Hand sanitizer dan botol spray kecil yang mengandungi 75% alk0hol saya bawa sepanjang masa.
  3. Bila saya keluar rumah, kalau saya pegang butang lif atau apa-apa benda lain, saya akan pastikan saya sanitize tangan saya sebelum masuk kereta dan sentuh benda lain.
  4. Saya tak sentuh muka lebih-lebih lagi mata, hidung dan mulut bila keluar. Kalau saya perlu gosok mata, saya akan sanitize tangan dan gunakan baju bahagian dalam untuk gosok mata.
  5. Habis beli barang. Letakkan barang dalam kereta dan sanitize tangan.
  6. Balik rumah, basuh baju dengan air dan sabun, buka mask, buang dan basuh tangan semula!
  7. Tukar baju dan terus letakkan dalam mesin basuh dan mandi terus.
  8. Nyah bakteria pada barang yang dibeli, packaging dia dan beg plastik atau beg shopping.
  9. Nyah bakteria pada kunci kereta, tombol pintu dan handphone.

Virvs ini perlukan kerjasama semua orang untuk hentikan dari merebak. Kalau korang masih rasa yang ini hanyalah selesema biasa dan tak ambil langkah berjaga-jaga, ini bermakna korang adalah ancaman untuk komuniti.

P/s Tak perlu pun nak stock up toilet paper laa!

Begitulah perkongsiannya mengenai situasi lockdown di sana. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur membantu negara dengan hanya duduk di rumah sahaja. Sama-samalah kita berusaha mengikuti perintah kerajaan agar dapat terhindar daripada wabak ini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI