Setiap daripada kita mempunyai raut wajah berbeza. Ada yang dianugerahkan wajah tirus, lonjong dan juga berpipi tembam. Bagi yang berwajah sempurna pasti tiada masalah untuk menggayakan apa juga hijab yang bersesuaian.
Ada juga yang tiada masalah bentuk muka tetapi mempunyai dahi yang luas dan lebih sinonim di panggil ‘jendul’. Namun sesetengah hijabi tiada masalah untuk menampakkan sebahagian dahi dan ada juga masih kusut untuk mencari yang sesuai. Jom kita lihat tip menggayakan hijab mengikut raut wajah masing-masing.
1. Bentuk Muka Bujur
Bagi wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini, anda sememangnya bertuah kerana mampu menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak kiralah selendang, tudung bawal, tudung syria ataupun tudung awning, semuanya akan kelihatan cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini!
2. Bentuk Muka Bulat
Wanita yang mempunyai bentuk muka ini dicirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang ‘tertimbun’ di bahagian pipi. Ataupun dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam ataupun berisi di pipi. Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah seperti ini, terdapat beberapa tip untuk memakai tudung yang sesuai iaitu:
Jika anda lebih gemar memakai tudung awning
Pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda yang tembam. Ingat tu!
IKLAN
Apabila anda memilih untuk memakai selendang
Gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran kepala.
Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.
Agar wajah kelihatan bujur, pakai selendang dengan sedikit longgar dan lipat di bahagian bawah tudung berdekatan dengan tulang pipi. Bentukkan juga sedikit bahagian atas selendang agar ia tidak melekap pada dahi anda.
3. Bentuk Muka Panjang
Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak dalam menggayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur. Tip utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.
IKLAN
Gunakan tudung atau jenis anak tudung yang melekap di dahi agar bahagian tersebut tidak kelihatan terlalu luas. Ia juga merupakan pilihan tepat untuk menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.
Usah tutup bahagian pipi anda kerana bahagian ini adalah sangat penting untuk membuat ilusi wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang. Pastikan anda menarik sedikit tudung ke belakang, rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi agar bentuk wajah sebenar anda tersembunyi.
Jika anda ingin memilih fesyen tudung yang sesuai, selendang adalah lebih ideal berbanding tudung awning. Anda juga bebas memakai jenis selendang yang anda inginkan mengikut gaya idaman anda.
4. Bentuk Muka Segi Tiga / Bentuk Hati
Ciri utama wanita dengan bentuk wajah seperti ini adalah dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan pangkal rahang. Sekiranya anda mempunyai bentuk muka seperti ini, ikuti tip berikut agar tudung yang dikenakan kelihatan lebih menarik dan sekali gus menjadikan diri anda kelihatan lebih menawan.
Antara tip-tip yang perlu diketahui adalah:
IKLAN
Pilih tudung yang boleh ditarik sebanyak mungkin ke belakang dan bertemu di bahagian leher agar untuk menyerlahkan lagi bahagian rahang anda.
Sebelum memakai anak tudung, gunakan cekak rambut untuk membolehkan kening anda terangkat.
Gunakan anak tudung seperti net supaya bahagian kosong di sebelah kiri dan kanan anda kelihatan lebih terisi.
Anda boleh memakai selendang namun pastikan pemakaian selendang tersebut dapat menutupi kekurangan bentuk wajah anda. Hanya ikuti tip ini dan anda sudah bersedia untuk tampil menawan!
Gaya selendang yang sangat bersesuaian dengan wanita berbentuk wajah seperti ini adalah gaya pintalan dan gaya sanggul kerana ia dapat membuat rahang kelihatan lebih terbuka.
5. Bentuk Muka Petak
Mereka dengan bentuk wajah petak boleh dilihat pada pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk wajah seperti ini, fokus utama apabila memakai tudung adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol itu.
Mari lihat tip memakai tudung untuk bentuk muka ini:
Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk wajah yang nampak panjang.
Jika ingin memakai selendang, pastikan anda bijak menggayakannya. Gunakan selendang bersama inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bahagian bawah dagu.
Pilih gaya selendang dengan fokus utama kepada lilitan dan yang dapat menutupi bahagian rahang.
Elakkan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang tengkuk kerana ini akan lebih mempamerkan bahagian rahang yang lebar.
Elakkan juga gaya selendang yang mempamerkan bahagian dahi yang luas seperti gaya Turban.
Tudung awning juga bersesuaian dengan bentuk muka ini.
Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik.
Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seiring dengan perkembangan fesyen terkini, wanita berhijab juga tidak terkecuali mengalami perubahan cukup drastik. Pelbagai gaya hijab ditampilkan mengikut cita rasa masing-masing.
Apatah lagi dengan adanya media sosial seperti instagram, membuatkan hijabi berlumba-lumba untuk tampil up to date dengan gaya baru yang dicipta sendiri atau inspirasi dari selebriti. Jika anda sudah bosan dengan gaya biasa, apa kata tiru sahaja gaya hijab yang sering trending di laman sosial.
1. Hijab Gaya Hana Tajima
Inilah antara gaya hijab yang paling menjadi fenomena sejak ramai yang tampil berhijab. Gaya lilitan yang cukup stailo menyebabkan gaya Hana Tajima paling mendapat tempat di hati hijabi. Malah youtube cara figura dari Jepun ini mendapat capaian tontonan sehingga 3 juta untuk video perkongsian tutorialnya.
Aksesori paling sesuai digayakan tika berhijab adalah penggunaan kaca mata. Lagi besar kaca mata digayakan lagi cantik penampilan seseorang. Bila kita lihat selebriti kita juga banyak yang berselfie dengan kaca mata yang menambah sisi anggun tika berselfie. Selalunya digunakan sewaktu mereka bercuti dan selain untuk gaya, ia juga dapat melindungi mata daripada sinaran matahari.
Gaya hijab ini juga cukup popular di kalangan hijabi. Hijab dengan membalut rambut dan kepala ke bahagian belakang. Gaya sebegini sering jadi pilihan hijab yang punya daya keyakinan cukup tinggi kerana akan dipakai sepanjang hari. Senang untuk bergerak dan Yuna memang sangat sinonim dengan gaya hijab sebegini.
Bagi yang sukakan gaya cukup simple, nah sarungkan saja hijab bawal. Tidak perlu gosok dan cara memakainya juga cukup mudah. Hanya dipin di bawah dagu dan letakkan lebihan di kiri dan kanan bahu. Warna pastel atau bercorak juga begitu menarik perhatian hingga ada yang selesa tampil seharian dengan tudung bawal.
Selebriti ini punya pengaruh kuat pada golongan hijabi yang baru berjinak-jinak pakai tudung. Hijab instan Naelofar Hijab memang sangat pratikal dan tidak perlu susah untuk melilitnya secara keterlaluan. Malah menjadikan Neelofa sebagai wajah promosi jenama ini menjadikan ramai gadis di luar sana mahu cantik sepertinya.
Turut mencetus fenomena apabila Syawal tahun ini rata-rata jenama tudung memperkenalkan tudung printed. Memang sangat menarik corak diketengahkan seperti travel around the world, flora dan fauna, abstrak terbaharu anyaman yang sangat menarik. Memang rambang mata dibuatnya. Cara hijab digayakan juga simple dan sesuai untuk gaya wanita korporat.
Satu lagi gaya hijab popular dulu dan kini adalah hijab pashmina atau tudung yang memilik bidang besi. Ratu Rock Ella gemar sekali menggayakan tudung bidang besar ini dari fabrik ‘cotton’. Tidak perlu dililit keterlaluan, cukup sekadar selempang kiri kanan bahu.
Bosan asyik mengenakan hijab yang polos? Apa kata anda cuba bergaya dengan hijab bercorak pula, tidak kiralah corak abstrak atau flora.
Hijab bercorak sebenarnya boleh menyerlahkan personaliti seseorang di samping menyerlah aura feminin si pemakai. Tudung bercorak sesuai dipakai dengan baju yang polos. Barulah nampak serinya.
Lagipun, tidak susah untuk mendapatkannya di pasaran kerana kebanyakan jenama tudung masa kini sudah menjual pelbagai jenis corak menepati cita rasa hijabi di luar sana.
Hijabista kongsikan 10 stail selebriti yang menggayakan hijab bercorak.
Seperti mana pakaian, hijab atau tudung juga memerlukan penjagaan rapi. Jika sambil lewa sahaja, anda mungkin tidak berpeluang memakai tudung kesayangan anda itu lagi. Tudung juga datang dari pelbagai jenis fabrik. Jadi, cara penjagaannnya juga adalah berbeza. jangan nanti tak kena cara mencucinya menyebabkan tudung baru nampak kusam, pudar dan tidak menarik.
Amalkan basuhan tangan dan elakkan penggunaan berus kerana ia akan merosakkan urat benang sutera yang sangat lembut. Cukup dengan hanya rendaman dalam air bersih bercampur pelembut kain. Kalau anda nak tahu, pelembut pakaian dapat menjadikan sutera anda semakin lembut, bersinar dan menambah seri warna serta corak tudung. Sekiranya tudung sutera anda terkena kotoran, segeralah mencucinya. Elakkan daripada menggunakan peluntur kerana ia berpotensi untuk mereputkan sutera kesayangan anda.
Jika tudung anda terdiri daripada bahan fabrik tenunan, seeloknya elakkan daripada menjemurnya di bawah cahata matahari. Gunakan alternatif lain dengan menjemurnya di bawah kipas. Hal ini bertujuan untuk menjaga kualiti dan keaslian kain tenun. Segeralah mencuci tudung anda jika terkena kotoran kerana kotoran lebih mudah meresap pada kain tenunan. Cara mencucinya juga agak mudah. Anda hanya perlu merendam tudung anda dengan air bersih bersama bahan pencuci selama 20 minit kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
Tudung Dari Fabrik Kapas
Tudung dari fabrik ini antara yang popular digunakan dan dijual di pasaran. Hal ini kerana jenis fabrik kapas yang lebih selesa dikenakan sesuai dengan iklim cuaca panas di Malaysia. Sewaktu mencuci tudung ini, elak menggunakan bleach atau bahan kimia lain selain dari pencuci biasa. Anda boleh membasuh tudung anda dengan tangan atau washing machine dengan air sejuk atau suam. Seeloknya tudung yang berlainan warna diasingkan bagi mengekalkan warnanya. Fabrik ini akan mengalami sedikit kecutan, jadi untuk mengatasinya semasa iron tudung tersebut, semburkan dengan air atau untuk lebih mudah gunakan sahaja steam iron.
Bagi pemakai tudung ini, penjagaannya agak mudah. Jika hendak mencuci tudung ini, rendamkan sahaja dengan air bersih bercampur sedikit pencuci selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan sedikit pelembut fabrik dan keringkannya di kawasan teduh. Elakkan dari menjemur terus ke pancaran terik matahari kerana ia berisiko untuk merosakkan fabrik tudung anda.