Nak jaga pakaian yang berwarna putih memang agak sukarkan, tambah lagi tudung putih. Selain mudah kotor, pakaian berwarna putih juga ini akan susah untuk dibersihkan dengan kesan minyak dan solekan yang melekat di tudung. Sebab itulah kebanyakan daripada kita lebih gemar memilih pakaian yang berwarna gelap.
Kini, sis semua tak perlu gusar lagi! Dengan hanya melakukan cucian di rumah, sis boleh dapatkan pakaian yang berwarna seputih salju kembali!
parut sabun mandi lux atau x kisah jenama apa pun …
siap jd mcm ni smpan tuk stok sbulan.
rendam baju dgn air dan sabun.untuk hasil yg trbaik rendam semalaman. kmudian masukkn dlm mesin basuh cuci boleh jgk letak ckit sabun cuci biasa yg biasa kita guna dan tambah softener samasa membilas biar tambah wangi.x nak letak pun x apa..sabun ni dah mmny wangi n berbuih.
Ads
lpas tu guna ujala ni tuk bilas kali ke2 baju tuk nampak hasil sperti baru n warna bju x kuning.mcm baru beli ?
sebelum cuci baju anak thn lalu
slepas cuci ni rendam skjap sj..byangkan rendam smalaman lg bersih n siap sental hilang hitam tu..
Ads
baju tahun lalu sblum d cuci.wrna dah lesu n kelabu kekuningan.
Jadi hijabi yang gemar menyarungkan hijab berwarna putih usar gusar ya. Boleh cuba cara ini murah dan mudah.Jangan bila tudung kekuningan kita buang pula, cara berkesan ini patut cuba sayang tudung beli mahal-mahal.
Solekan menjadikan wajah seseorang hijabi tampak lebih berseri. Bagi hijabi yang gemar bereksperimen dengan gaya hijab, tentunya anda gemar bersolek agar penggayaan hijab jadi lebih menyerlah .
Namun sebagai hijabi, anda tentunya tidak dapat lari daripada masalah kotoran yang terlekat pada fabrik hijab yang dipakai. Jika tidak terkena solekan pada wajah selalunya kesan bedak asas, mungkin juga shawl terkena percikan makanan yang dimakan. Tentu sukar untuk menghilangkannya bukan?
Berikut perkongsian Lyss Ali dan Tyma Sadini. Moga ia menjadi solusi bagi mengatasi masalah yang menjadi satu kebiasaan di kalangan para hijabi.
Saya ingin kongsikan tip untuk mencuci shawl yang ada kesan-kesan minyak muka dan solekan. Tidak dapat dinafikan wanita memang suka bersolek namun apabila cuaca panas, mekap pada wajah mula pecah minyak. Kesannya minyak krim bedak asas pun melekat pada shawl. Ya! Memang sangat susah untuk menghilangkan sisa kotoran ini.
Kita bukan sahaja ingin membuang kotoran yang melekat pada shawl itu semata-mata tetapi dalam masa yang sama juga kita perlu memastikan fabrik shawl tidak terjejas sama ada turun warna, warna berbelak-belak dan sebagainya. Sebagai hijabi tentunya masalah ini merupakan perkara biasa. Dan mungkin juga hijabi-hijabi sedang tercari-cari ‘penawar’ untuk mengatasi masalah yang satu ini.
CARA 1
Ambil bedak baby dan taburkan pada area yang terkena minyak dan biarkan minyak diserap selepas itu basuh seperti biasa.
CARA 2
Ambil sabun mandi dan gosok dekat kawasan berminyak gunakan berus gigi yang dah tak pakai dan basuh macam biasa.
Jangan gosok terlalu kuat boleh rosak fabrik tudung nanti dan nak tudung wangi pakai sabun berbau bunga/floral.
CARA 3
Beli cecair Vanish untuk fabrik berwarna dan rendam tudung semalaman dan basuh macam biasa.
TIP MEMELIHARA FABRIK HIJAB:
1.Perhatikan jenis fabrik hijab. Jika menggunakan material yang lembut, elok guna cara cucian tangan sahaja bagi mengelakkan fabrik hijab rosak.
2. Gunakan cecair pencuci yang bersifat lembut. Hal ini kerana detergen yang terlalu kuat boleh merosakkan fabrik hijab.
3. Jika mahu mencuci hijab menggunakan mesin basuh, masukkan hijab di dalam karung khas. Ia bagi memelihara fabrik hijab daripada tercarik.
4. Jangan sesekali menggunakan berus. Hal ini kerana berus akan merosakkan permukaan fabrik hijab.
5. Ketika menjemur hijab, pastikan hijab tidak dikepit dengan penyepit baju yang berbahan besi sebaliknya pilih penyepit baju berbahan plastik.
6. Ketika menggosok hijab, pastikan suhu seterika sesuai dengan jenis fabrik hijab. Anda tetu tidak mahu bukan hijab kesayangan anda berlubang.
BERIKUT DIKONGSIKAN JUGA VIDEO CARA MENGHILANGKAN KOTORAN SISA MEKAP YANG TERLEKAT PADA SHAWL PERKONGSIAN DARI TYMA SADINI:
Perasaan malas untuk menggosok tudung bagi wanita berhijab pastinya ada. Tetapi apabila tidak digosok, tudung yang dipakai nampak tidak kemas boleh jadi mendatangkan satu perasaan yang boleh menghilangkan mod.
Koleksi tudung yang berlambak belum tentu materialnya kena pada stail yang digayakan. Satu video perkongsian di tik tok menyelamatkan semua hijabi yang berhijab.
Video ini curi perhatian ramai, dalam rakaman yang menunjukkan cara mudah ‘gosok’ tudung. Hijabi ini hanya menggunakan alat meluruskan rambut untuk melicinkan bahagian tudung yang berkedut. Wow pantas!
Berikut adalah rakaman seorang hijabi kongsi cara mudah ‘gosok’ tudung tersebut:
Perkongsian rakaman ini telah meraih hampir 400 ribu tontonan dan 33 ribu likes. Rata-rata warganet turut kagum dengan kreativiti hijabi ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Padanan warna dengan palet warna asas seperti hitam memang selalu menjadi penyelamat setiap orang, warna hitam memang menjadi investasi terbaik buat semua orang kerana padanannya mudah dengan pelbagai warna. Selain itu, baju, seluar, ataupun dress warna hitam selalu dapat terlihat hasil yang wow juga trendy dengan padanan hijab warna hitam.
Namun, masalah yang cukup sering ditemukan ialah jika sering menggunakannya baju berwarna hitam ini senang untuk pudar. Warna hitam sering dicuci dan dijemur sehingga menyebabkan tampak pudar sehingga warna hitam berubah menjadi kelabu. Hmm kalau sudah seperti ini, anda akan rasa menyesal pula membeli baju warna hitan, bukan?
Jangan kwuatir, anda tidak perlu membeli baju baru, semata-mata untuk menyelesaikan masalah ini. Kali ini hijabista ingin memberikan beberapa cara mencerahkan pakaian hitam yang pudar. Teruskan membaca sis!
Cara alami yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan kopi. Pertama anda letak pakaian warna hitam ke dalam mesin basuh atau baldi yang berisikan air dingin. Lalu, dibancuh kopi yang sesuai dengan keperluan minimal dua cawan kopi. Setelah dibancuh, tuangkan terus kopi tersebut ke dalam mesin basuh atau baldi yang berisi air.
Buat anda yang memilih menggunakan mesin basuh, tuangkan bacuhan kopi ketika pakaian anda berpusing. Manakala yang di dalam baldi, boleh merendamnya seketika. Seterusnya, anda boleh terus mengeringkannya di jemuran. Sebelum menjemur ada 2 perkara yang harus anda perhatikan. Pertama, hindari sinaran matahari langsung dan kedua, terbalikan pakaian anda lalu baru boleh dijemur.
Kali ini anda cuma perlu menyiapkan baldi bersih yang diisi dengan air dingin. Anda boleh menggantikan sabun pencuci baju dengan syampu. Ya, kenapa menggunakan syampu? Kerana syampu tidak mengandungi kadar kimia yang tinggi. Jadi, pakaian warna hitam kesayanganmu selamat!
Setelah diisi air dingin anda boleh rendam terus pakaian dengan dengan syampu, rendam maksima 30 minit lalu anda boleh menggosoknya perlahan-lahan. Seterusnya, terus jemur!
Cara terakhir sebelum mencuci pakaian warna hitam anda harus asingkan mengikut warna. Misalnya, pakaian dengan palet warna hitam boleh anda asingkan dengan warna-warna gelap sebelum mencucinya,
Itulah cara mencerahkan pakaian hitam yang pudar. Semoga bermanfaat!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.