Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas kali kedua yang merayu agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan iaitu duduk di rumah dan tidak keluar bagi memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut.
Pada hari ini, 15 kes positif telahpun sembuh dan dibenarkan discaj. Dengan ini, jumlah yang telah sembuh dan discaj adalah sebanyak 75 kes.
Dalam perkembangan lain, 110 kes baru dilaporkan, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 900 kes.
Daripada 110 kes terbaru ini, 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).
Ads
Ads
Namun masih ada individu di negara ini yang enggan memberi kerjasama. Disebabkan individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mendedahkan sejarah perjalanannya, menyebabkan orang lain dijangkiti virus tersebut.
Menurut Nurfaizal Fariz Sahdan, rakannya yang merupakan pegawai perubatan disahkan positif Covid-19 disebabkan ada pesakit yang menipu.
Berikut perkongsian Nurfaizal Fariz Sahdan
Ads
Hari ini sahabat kami seorang Doktor disahkan Positif Covid-19, bukan itu sahaja, suami dan anaknya yang masih bayi pun telah disahkan positif Covid-19. Gara-gara seorang pesakit yang menipu bila ditanya tentang sejarah perjalanan dan kontak Covid-19.
Masih terbayang saat gemilangnya majlis perkahwinan Putera Mahkota Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman kira-kira 13 tahun lalu hingga diiktiraf sebagai ‘Asian Wedding Of The Year.
Pasangan diraja ini mengenakan busana rona biru dan majlis perkahwinan ini dirai dan dihadiri orang kenamaan, anggota keluarga diraja asing serta ketua-ketua kerajaan di Istana Nurul Iman.
Kedua-dua pasangan diraja ini telah dibawa dengan kereta open-topped Rolls-Royce yang diselaputi dengan emas dan berjalan di seluruh Bandar Seri Begawan, di mana mereka telah disambut oleh orang ramai di sepanjang jalan.
Setelah hampir 13 tahun berkahwin, baginda berdua kini begitu bahagia dikurniakan 2 putera, Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia, Pengiran Muda Abdul Muntaqim (2007), Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman, (2015) dan seorang puteri, Duli Yang Teramat Mulia, Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, (2011) yang semakin membesar.
Walaupun masih muda, Pengiran Anak Sarah memang bergiat aktif dalam bidang kebajikan di Brunei. Baginda juga sering mencemar duli berangkat untuk menjalankan tugas selaku isteri kepada Putera Mahkota Brunei.
Keberangkatan baginda dalam setiap majlis sama ada di Brunei atau di peringkat antarabangsa sering kali menarik perhatian setiap mata memandang.
Lensa kamera tidak jemu-jemu untuk mengambil gambar baginda. Penampilan dan fesyen yang digayakan beliau sentiasa mencerminkan imej wanita timur yang jelita.
Biarpun jarang melihat kelibat di media cetak, tetapi melalui instagram Brunei Royal Family baru-baru ini ada dimuat turun foto Pengiran Anak Sarah sempena sambutan Syawal lalu.
Ternyata Pengiran Anak Sarah masih cantik seperti dulu dengan penampilan yang sentiasa anggun dan jelita.
Biarpun sekadar mengenakan kurung moden dan selendang polos, kejelitaan tetap terserlah walaupun hanya bermekap sederhana.
Menjadi idola rakyat Brunei, Pengiran Anak Sarah juga baru-baru ini mencemar duli berkolaborasi bersama jenama skaf atau tudung tempatan terkenal, Duck untuk menghasilkan koleksi The Royal Duck.
Penghasilan rekaan ini adalah untuk berkongsi interpretasi beliau tentang kehebatan wanita pada hari ini.
Memang tak puas melihat foto-foto yang dimuat turut dalam IG dan admin doakan semoga pasangan diraja ini kekal bahagia hingga ke jannah.
• Dilahirkan dengan nama Dayang Sarah binti Pengiran Salleh Ab Rahman pada 9 April 1987.
• Memasuki St. Andrew’s School dari tahun 1993 hingga 1998. Kemudian menyambung pengajiannya di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, dah berjaya untuk lulus peringkat O-level pada tahun 2003.
• Berkahwin dengan Semasa menghadiri kursus pra-universiti pada usia 17 tahun, beliau telah berkahwin dengan Putera Mahkota.
• Baginda mendaftar di Universiti Brunei Darussalam, di mana telah lulus dengan Kepujian Kelas Pertama pada bulan Oktober 2010 serta menerima Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dalam Dasar dan Pentadbiran Awam.
• Pengiran Anak Sarah juga adalah seorang ahli kadet tentera di universiti dan penjaring terbanyak dalam pasukan bola jaring di universiti tersebut.
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Viral sebelum ini kisah diet Zulin Aziz yang hanya makan telur dalam menu hariannya dalam proses menurunkan berat badan. Malah dia turut berkongsi menu berkenaan di lama instagramnya hingga berjaya hilang 10 kg dalam tempoh sebulan. Rupanya bukan hanya disebabkan mahu mendapat berat ideal sebaliknya Zulin Aziz menjalani proses diet kerana mahu berkahwin. Namun impiannya tidak kesampaian apabila mengumumkan tidak jadi mendirikan rumah tangga gara-gara kekasih hati membatalkan hasrat mereka.
Zulin yang muat turun posting itu di laman instagramnya memberitahu dia bersungguh-sungguh untuk kurus disebabkan mahu kelihatan cantik di hari perkahwinannya.
Ayuh ikuti luahan hati Zulin Aziz yang cukup menyentuh hati ini.
Terima kasih pada semua yang mendoakan Ucapan tahniah itu membuat hati saya Untuk apalah saya nk buat gimik? Nak cari publisiti murahan bukan ini caranya.
Saya pernah berkongsi tentang perancangan saya untuk berumahtangga bersama dengan jejaka yang saya kenali sejak tahun lalu.
Ya,saya sudah bersedia.Itulah doa dalam tahajud saya,ya Allah temukanlah aku dengan lelaki yang dapat membimbingku kejalanMu.
Akhirnya saya diketemukan dengan dia.Dia menerima saya apa adanya.Saya sangat bahagia.Saya bersungguh2 kuruskan badan sebab nak nampak cantik dihari perkahwinan nanti.
Kerana menghargai kehadirannya dan kesungguhannya menyunting saya untuk dijadikan isteri,saya ciptakan lagu khas buatnya.Saya nak buat kejutan dihari bersejarah itu nanti. Segalanya sudah dirancang kemas,tinggal lagi dia dan keluarganya datang kesini seperti yg dijanjikan.Saya pun sudah sering berulang alik kesana kemari.
Lagu pun dah siap,tak sabar saya nak bagi dia dengar.Saya tulis lagu ni sepenuh hati saya tau.
Kita hanya merancang tapi Allah sebaik2 perancang. Hubungan kami gagal, jodoh tak panjang.Sebabnya ..tidak dapat saya kongsi.terlalu peribadi.hati saya hancur hanya Allah saja yang tahu.
Jadi lagu yang saya dah cipta penat2 tu utk apa?nak buat apa?saya cuba kuatkan semangat dan mengambil hikmah disebalik kejadian.saya terpaksa tukar lirik lagu tu sesuai dengan keadaan skrg dan teruskan hasrat saya walau tujuannya berbeza kalau sebelum ini nak dijadikan lagu tema perkahwinan kami tapi sekarang dah jadi lain.
Benda pun dah siap,bersusah payah saya buat,saya keluarkan duit sendiri,takkan saya nak simpan saja.saya ambil jalan ini untuk teruskan juga.Tak apalah,Jadi Saya buat music video.Saya gantikan dengan sesuatu yang baru.
Terima kasih yang mendoakan dan memberi saya kata2 semangat.Bukan mudah,saya perlukan masa nak hadap semua ini.Tapi bila saya baca cmmnt anda semua,saya sangat bersyukur sebab ramai yg sayangkan saya.
Semoga urusan ini dipermudahkan.Saya cuba menjadikan kegagalan ini sebagai kejayaan disudut yang lain. Manalahtau harini saya meredah hujan,esok saya nikmati pelangi..
Bekas penyampai radio Suria FM ini turut menjelaskan apa yang berlaku ini bukanlah sekadar gimik yang direka sebagai publisiti murahan kerana sebelum ini pernah berkongsi tentang perancangannya untuk berumah tangga dengan jejaka dikenali setahun lalu.
Netizen juga turut bersimpati dengan perkonsian kisahnya dan rata-rata mendoakan dia kuat melalui dugaan ini. Ada juga turut mendoakan dia akan bertemu jodoh sesuai satu hari nanti.
nur_haz_li_na Keep strong akak..akk sntsa cntik dan makin gojes
nur.adilah.58 Kak, don’t worry he doesn’t deserve you… U know what… I really impressed with you… Really adore you… One of my burning desire to keep fit…
bob_8661 kuatkan semangat dan terus melangkah jangan toleh belakang lagi ya
titenawal@zulinaziz yes..i tau tu bukan gimik..be strong sis..in shaa Allah ade jodoh yg baik soon
bella_zafri Allah swt the best planner.. akn ada yg terbaik nnt insha Allah.