Banyak cara sebenarnya untuk kita menyimpan wang atau menabung. Ada yang akan menabung setiap hari dan ada juga yang memilih untuk melakukannya pada setiap bulan. Namun, ada juga cara yang lebih menarik sebenarnya yang boleh dilakukan untuk menabung.
Di Facebook, ada seorang pengguna yang berkongsi cara yang unik untuk menyimpan wang iaitu dengan meletakkan tabung di sebelah mesin basuh. Eh, kenapa macam itu pula? Haaa, jom kita baca penerangannya.
Hari ini genap setahun wife saya menabung hanya ditepi mesin basuh sahaja. Tadi saya pecahkan tabung dengan arahan wife. Setelah dikira, jumlah duit terkumpul adalah sebanyak RM1424. (Tidak termasuk duit syiling).
Tipnya mudah – Pergi kedai DIY beli tabung yang murah dan tidak boleh dibuka, letak tepi mesin basuh.
Ads
Kedua: Sebelum basuh seluar dan baju suami, seluk dalam poket. Baca bismillah, insyaallah jumlah duit baki yang suami tinggal..
Ketiga: Maklumkan kepada suami yang kita letak satu tabung disebelah mesin basuh, jadi bila suami tiba tiba rajin, dia akan pergi masukkan duit baki beli barang atau baki bayar tol.
Ads
Keempat: Jika terjumpa duit baki dalam kereta suami, dalam bilik, ruang tamu atau mana mana sahaja dalam rumah kita, sila ambil dan masukkan ke dalam tabung.
Kelima: Asalkan ada duit lebih sila masukkan dalam tabung, jangan dok gatal gatal nak simpan dalam poket balik. Cukup setahun pecahkan tabung dan kira. Setelah kira pergilah simpan dalam bank atau pergi beli rantai emas .
Ads
Tadi wife saya cakap 10% sedekahkan kepada masjid.
Oh, sebab tu rupanya! Betul jugak tu sebab kita selalu terlepas pandang mengenai duit yang kita letak dalam poket seluarkan. Lepas ni boleh cuba cara ini pula. Mesti banyak wang yang terkumpul selepas inikan!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini tular di laman sosial sebuah video pendedahan yang di buat oleh pelajar muslim, berhubung permasalahan yang kini membelenggu penduduk Islam di Daegu, Korea Selatan.
Terdapat sebuah masjid yang mempunyai lesen untuk dibina bagi tujuan kemudahan dan kegunaan penduduk muslim menunaikan ibadah, solat berjemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan Islam.
Namun, perkara ini mendapat tentangan keras daripada majoriti penduduk yang rata-ratanya adalah ‘non-muslim’ kerana beberapa sebab yang tidak masuk akal.
Terbaru, sebuah perkongsian video dari influencer Amerika Syarikat @bashore101 menyatakan bahawa terdapat penduduk di sekitar kawasan tersebut tidak menerima baik pembinaan Masjid berkenaan.
Ini demikian kerana, mereka terpedaya dengan dakyah dan pemikiran ‘Islamophobia’ sehingga bertindak melakukan sesuatu yang dahsyat, sekaligus mencetuskan kemarahan umat Islam.
Lebih teruk lagi, golongan Anti-Islam ini bertindak membina cerucuk besi di sekitar tapak pembinaan masjid secara haram, dengan niat mengganggu dan menyukarkan proses pembinaan masjid tersebut.
Selain itu, golongan ini juga bertindak menggantung kain rentang, memaklumkan terdapat parti barbeku khinzir, berhampiran kawasan pembinaan rumah Allah itu.
Malah, dengan beraninya mereka memasang khemah berhampiran, membakar babi, kemudian menggantung dan mempamerkan beberapa kepala babi di sekitar tapak pembinaan masjid.
Hijabista difahamkan, pembinaan masjid itu secara jelas, telah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan Korea Selatan sendiri.
Bagaimanapun, berikutan perkara ini pembinaan masjid yang sepatutnya dimulakan dua tahun lepas tergendala sehingga kini.
Sekadar Info, Islamofobia merupakan sikap atau perilaku ketakutan yang berlebihan, tidak mendasar dan seringkali tidak masuk akal terhadap sesuatu atau bahkan segala hal yang berkaitan dengan Islam.
Hijabista berharap agar perkara ini, memperoleh jalan penyelesaian yang sewajarnya dan dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Februari 2023 pasti menjadi detik paling diingati oleh Profesor Dr Sharifah Sulaiha Syed Aznal. Detik di mana beliau disahkan menghidap kanser kolon. Hidupnya berubah sekelip mata.
Namun, lima bulan kemudian Dekan Pusat Pengajian Perubatan di International Medical University Malaysia (IMU) ini kembali bertugas selepas berjaya menjalani sebahagian daripada rawatan kemoterapi.
Anak ketiga daripada lima beradik ini dibesarkan oleh ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan aktiviti mereka.
“Ayah saya orangnya tak pernah duduk diam dan tidak pernah berkata tidak,” ujar Prof Dr Sulaiha.
Selain bergelar guru, bapanya juga penolong guru besar dan guru disiplin di sekolah. Bapanya juga pernah memegang jawatan pegawai perhubungan untuk Kementerian Pelajaran.
Prof Dr Sulaiha mempelajari banyak perkara daripada bapanya itu seperti cara mendekati orang ramai, bagaimana membuat keputusan pantas serta cara memimpin projek dan kumpulan pekerja.
Beliau sendiri tidak pernah menjangka akan bekerja dalam bidang perubatan. Memetik kata-kata bapanya, jika mahu membuat perubahan untuk membantu negara dan orang ramai, ubah perkara yang perlu diubah. Itulah permulaan Prof Dr Sulaiha menceburi bidang perubatan.
Selepas tamat belajar, Prof Dr Sulaiha pernah bekerja di Scotland, Kemudian, pada pertengahan tahun 1990-an beliau kembali ke Malaysia.
Tugas pertamanya adalah di hospital besar di Kuala Terengganu. Sepanjang berkhidmat, Prof Dr Sulaiha berusaha melakukan yang terbaik. Beliau merupakan sebahagian daripada komuniti yang menyelia jaminan kualiti di hospital.
Berkat usaha Prof Dr Sulaiha, hospital tersebut menjadi hospital terbaik dari segi jaminan kualiti serta menerima beberapa anugerah terbaik. Mereka turut dijemput ke Konvensyen Kebangsaan Pertama mengenai Jaminan Kualiti di negara ini.
Beliau turut memperjuangkan hak doktor. Sebagai setiausaha SCHOMOS (Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan) di bawah Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Terengganu, Prof Dr Sulaiha menyertai kumpulan yang memperjuangkan isu elaun tugas on call untuk doktor muda.
Usaha beliau membuahkan hasil apabila cadangan itu diluluskan dan dilaksanakan di peringkat nasional.
Untuk info, Prof Dr Sulaiha menyertai IMU sebagai pensyarah pada 2004 dan ketika itu Prof Dr Sulaiha berusia 33 tahun. Pada usia 40 tahun, beliau menerima jawatan Profesor Bersekutu. Pada Januari 2023, beliau menjadi Dekan Fakulti Perubatan.
Lapan tahun lalu, Prof Dr Sulaiha mengetuai pasukan untuk mendesak penempatan kerja menjadi sebahagian daripada dasar universiti yang merentasi semua program. Ia bagi memastikan kesediaan bekerja graduan dan meningkatkan kebolehpasaran mereka.
Beliau turut mengetuai pasukan petugas bagi mengubah Pusat Kemahiran Simulasi Klinikal IMU menjadi sebuah jabatan bebas dengan kapasiti untuk berkhidmat kepada seluruh universiti sekaligus memberi manfaat kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah.
Terbaharu, di Fakulti Perubatan beliau pemangkin kepada kurikulum baharu yang dilancarkan pada 2021. Ia bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan dan hasil pembelajaran terbaik sambil mewujudkan platform pembelajaran dengan lebih banyak interaksi antara pelajar dan pensyarah.
Pesan Prof Dr Sulaiha, perkara paling penting untuk kita tahu terutamanya wanita ialah kita tidak mampu lakukan sesuatu secara bersendirian.
“Ia adalah mengenai kerjasama. Saya ada apabila diperlukan, dan mereka ada ketika saya perlukan mereka,” katanya.
WANITA DALAM BIDANG PERUBATAN
Menurut Prof Dr Sulaiha yang merupakan pakar obstetrik dan ginekologi, salah satu isu berkaitan ialah pengambilan ujian pap smear bagi mengesan kanser serviks.
“Kita masih bergelut untuk meyakinkan wanita agar melakukannya,” tutur Prof Dr Sulaiha sambil menjelaskan walaupun pihak swasta dan kerajaan mengambil inisiatif menawarkan ujian namun kadar pengambilan ujian tetap rendah.
“Kita perlu menjelaskan kepada golongan wanita bahawa kita ada ahli profesional kesihatan wanita iaitu doktor dan jururawat yang boleh melakukan ujian itu untuk mereka.”
Hijabista mendoakan agar Prof Dr Sulaiha terus sukses dan menjadi inspirasi kepada seluruh wanita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bila sudah masuk gaji pastinya kita ada rasa tak sabar shopping kan! Tapi sebelum itu kenalah bayar bil dan perkara yang penting dahulu. Namun, akhirnya tak jadi pula nak membeli-belah kerana hanya tinggal berapa sahaja bakinya di bank. Aduh! Pening kepala dibuatnya.
Kalau nak simpan dengan lebih banyak dan tak mahu menyesal di kemudian hari, bolehlah ikuti tip simpanan wang yang dikongsikan Hilmi Jailani ini. Pasti tak rugi!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.