Selalunya ketika mengemas pinggan mangkuk di dapur, ramai yang suka menyusun pinggan, mangkuk secara bertingkat. Ia dilakukan bagi menjimatkan ruang dalam kabinet dapur.
Namun dalam keadaan tertentu, kebiasaannya bekas kaca yang disusun secara bertingkat adakalanya sukar untuk ditanggalkan. Mungkin sudah berbagai cara digunakan untuk memisahkan kedua-dua bekas yang 'melekat' antara satu sama lain namun tidak percaya.
Cara yang dikongsikan oleh Fatimah Salim ini In Shaa Allah dapat membantu anda mengatasi masalah ini.
Untuk menanggalkan dua bekas yang melekat seperti ss di bawah, boleh cuba konsep pengembangan dan pengecutan bekas.
Ads
Bekas yang berkedudukan atas tuangkan air sejuk berais untuk bagi kecut. Manakala bekas yang bawah rendam dalam air panas untuk bagi mengembang.
Suhu yang panas akan menyebabkan molekul-molekul yang membentuk struktur bekas lebih bertenaga lalu menyebabkan bekas sedikit mengembang.
Ads
Suhu yang sejuk pula akan mengurangkan tenaga molekul, maka saiz bekas akan sedikit mengecut.
Ads
Perbezaan dalam saiz ini akan membantu dalam memisahkan kedua bekas ini.
HIJABISTA: Moga perkongsian ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah di dapur. Hal ini kerana situasi ini biasa berlaku dan kini kita sudah tahu cara bagaimana untuk mengatasinya.
Sumber kredit: Fatimah Salim (makmal makanan (MaMa)
Sumber kredit gambar: MAHN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi dengan pin tudung berpisah tiada jua. Fungsi pin tudung ini semestinya membuat pengayaan tudung cantik terletak seperti digayakan pada awal waktu dan sehingga menjadi keselesaan pada si pemakai.
Namun yang menjadi teguran dari seorang Doktor, hijabi patut bertindak segera untuk menghidari tabiat yang tidak baik ini. Seringkali sebelum pengayaan tudung tempat yang paling mudah untuk meletakkan pin tudung adalah celahan bibir.
Habit mengepit pin tudung, selalunya jarum peniti di bibir adalah sama sekali tindakan membahayakan. Jom ikuti nasihat Doktor Samhan semoga bermanfaat kepada hijabi semua.
SUMBER: Twiter @DoktorSamhan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi yang mempunyai masalah berat badan tidak perlu risau kerana kini banyak petua yang dikongsi bagaimana cara untuk menghilangkan lebihan lemak dalam badan. Salah satu dari perkongsian wanita ini di laman facebook yang membahasakan dirinya sebagai Cik Oya. Dia berkongsi pengalamannya membuang lemak 10 kg hingga 15 kg dalam masa dua bulan.
Sebelum itu dia sering ditanya bagaimana boleh kekal kurus dan semakin cantik. Menurutnya dia hanya mengamalkan tiga petua ini untuk mendapatkan badan langsing.
Sahabat : Macam mana kau boleh kekal kurus dan semakin cantik. ( Ayat ni poyo sangat, seram cik oya nak tulis) taknak baca sampai habis pun tak apa.haha
Ini RAHSIANYA!
1. Kurang minum ais Cik oya percaya pengambilan ais yang berlebihan dalam badan boleh memudaratkan. Kulit akan layu. Segala lemak akan tepu dalam badan.
Lemak lemak yang tepu akan menghalang collagen semula jadi terbentuk. Hasilnya, wanita akan cepat kelihatan tua berbanding lelaki.
2. Kurangkan pengambilan gula Apabila kandungan gula dalam darah tinggi. Kulit akan kelihatan gelap. Sama seperti pesakit kencing manis. Kulit mereka nampak rapuh dan kering.
Lembapan kulit semulajadi akan bertukar kepada minyak. Ini menjadikan kulit kita berminyak dan memisahkan foundation dengan kulit.
3. 3liter air kosong Sekurang-kurangnya 3liter sehari. Ini bergantung kepada tubuh seseorang. Formula tubuh yang sihat memang memerlukan pengambilan air kosong
Selain itu Cik Oya juga melakukan enam amalan ini sebagai pelengkap kepada perjalanan kurusnya. Menurutnya dia dulu juga memiliki tubuh yang berisi.
JADUAL DIET BUANG LEMAK 10KG-15KG DALAM MASA 2BULAN
Ini adalah jadual diet pasti kurus untuk 2bulan dan hilang berat badan 10kg hingga 15kg. Cik oya sertakan sekali senaman ringan untuk perut.
30 minit pagi dan 30 minit malam.
Pertama, Penggunaan bengkung di perlukan dalam diet aktiviti cik oya. Fungsi bengkung ini akan mengecilkan usus dari luar. Hasilnya, kau orang akan kurang rasa lapar.
Kedua, 3liter air kosong. Sukatannya mudah. Pastikan urine ( air kencing ) jernih seperti tiada campuran warna.
Ketiga, Detox setiap hari. Dari pagi sehingga malam. Sehari jika boleh 3 kali pembuangan sisa makanan.
Keempat, Amalan bertungku mempercepatkan proses pembakaran lemak kau orang. Malah, dalam masa 2minggu sahaja boleh mencecah 5kg penurunan.
Kelima, Krim panas. Fungsi krim panas ini untuk membakar lemak di bawah lapisan kulit. Jika di sekalikan sewaktu mengamalkan tungku. Hasilnya sangat magic.
Keenam, 30minit senaman pagi. 30minit senaman petang atau malam. Hanya di dalam rumah. Ini bukan penghalang.
Kita focus, kita dapat!
Dia sertakan sekali jadual diet yang dicadangkan serta tip senaman ringan untuk perut.
Jadual pemakanan ini boleh digunakan untuk tempoh seminggu dan tulisan merah dalam petak itu adalah untuk
Jadual ini boleh di pusing-pusingkan mengikut keselesaan. Masa pengambilan juga boleh di sesuaikan dengan Masa kau orang.
Tulisan bewarna merah adalah kudapan. Kudapan perlu di ambil setiap 3jam. Kuantiti kudapan boleh di ambil sebanyak mana yang kau orang perlukan.
Ini pula video senaman yang dilakukan berfungsi untuk menegangkan otot perut dan akan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dia selalu lakukannya sebaik balik dari kerja. Tidak ambil masa lama yang penting melakukannya.
Siapa tak kenal dengan usahawan kosmetik terkemuka yang berasal dari pantai timur, Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang sinonim dengan produk jenama Qu Puteh.
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding sekaligus menjadi peratian umum.
Tetapi baru-baru ini Vida telah memberi kejutan buat warga net, apabila tampil dalam satu majlis keramaian dengan busana yang minimalis namun mengekalkan gayanya yang elegan.
Selain penampilannya itu yang menjadi bualan hangat di alam maya, netizen turut terpukau dengan ‘Bunga Tangan Emas 916’ yang digayakan Vida pada majlis tersebut. Menurut Harian Metro, bunga itu bertujuan menggantikan tas tangan ahli perniagaan tersohor itu.
Lebih memeranjatkan warganet, apabila Vida mendedahkan bahawa harga bunga tangan yang diperagakannya itu mencecah harga setengah juta ringgit. Malah ia merupakan koleksi terbaharu Vida.
“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.
“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya.
Barang Kemas Di Badan Saya Hampir Cecah RM 1 Juta
Vida menjelaskan dia kini lebih selesa untuk menggayakan konsep “less is more”. Tegasnya lagi, konsep itu perlulah memakai barang kemas yang sedikit tetapi besar nilainya. Tak perlu pakai banyak-banyak kalau dah besar.
“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja. Orang kata ‘less is more’ tapi konsep ‘less is more’ saya adalah kena pakai yang besar.
“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta. Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” jelasnya lagi.
Sehubungan itu, demi merealisasikan konsep gaya “less is more” yang menelan belanja jutaan ringgit itu, Vida juga telah menggajikan beberapa pengawal peribadi khusus untuk menjaga keselamatan dirinya dan barang kemas yang diperagakannya itu ketika di khalayak ramai.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.