‘Ingatkan Shopee Tadi’- Anak Dr. Sheikh Muszaphar Silap Eja Nama Sendiri Sebab Lama Tak Sekolah

Share

Isteri angkasawan negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr. Halina Mohd Yunos telah berkongsikan kisah lucu di laman Instagram mengenai anaknya.

Tulisnya, anaknya, Sophea Natasha telah tersilap ejaan nama sendiri apabila mengisi namanya di borang ujian sekolah.

“Bila dah lama tak sekolah… nama kelas salah.. nama sendiri pun salah… 🤦🏻‍♀️ It’s Sophea… not Shopea 😅”

Ramai netizen terhibur dengan hantaran yang dimuat naik oleh Dr. Halina itu dah menyangkakan anaknya itu telah mengeja namanya sebagai ‘shopee’.

Sebagai info, Dr. Halina kini sedang mengandungkan anak kembar dan dijangka akan bersalin pada 28 Disember ini iaitu pada ulang tahun kelahiran Dr. Halina.

Pasangan ini telah dikurniakn empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan sepasang anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

sumber: instagram @drhalina

 

IKLAN