Kecantikan

Ikut Petua India, Wanita Ini Pakai 2 Bahan Saja Untuk Kulit Muka ‘Glowing’ Seperti Kajol

Share

Setiap negara ada cara penjagaan kecantikan wajah yang tersendiri yang berbeza dengan negara lain. Jika dia Malaysia, kita mungkin mengamalkan bedak sejuk namun berlainan pula di India yang menggunakan serbuk kunyit untuk menaikkan seri wajah.

Wow, unik sekali bunyinya! Seorang pengguna Facebook, Norafiza Mahmud ataupun lebih mesra dipanggil Cik Oya ada berkongsi cara untuk kulit muka menjadi glowing mengikut cara masyarakat India ini. Jom kita lihat!

Dua bahan sahaja yang diperlukan iaitu serbuk kasturi manjal ataupun serbuk temu lawak beserta telur.

Bancuh sedikit menggunakan air biasa/ tapis. Selepas Itu campurkan sedikit putih telur.

Jika anda keliru,cuba tonton video tutorial ini.

Ada sedikit rasa pedih. Bau nya sama seperti temulawak. Cik Oya diamkan selama 15 minit.

Selepas 15 minit. Licinkan jadinya!

Hijabi semua yang nak cuba cara cantik ikut negara lain pulak bolehlah mengamalkan petua ini ya. Mana tahu lepas cuba nanti jadi cantik macam Kajol atau Aishawarya Rai kan?

IKLAN