“Ikan Duyung Versi Bertudung, Cantiknya!” RIA RICIS Suka Hobi Lasak, Siap Ada Lesen Diving Profesional

Share

Selebriti yang juga Youtuber dan penulis buku, Ria Ricis aktif melakukan aktiviti menyelam sejak 2013.

Lebih membanggakan, dia turut memiliki lesen khas sebagai penyelam profesional sejak 2019.

Mengakui bahawa dia suka berenang, Ria Ricis atau nama penuhnya Ria Yunita memberitahu hobinya itu bermula semasa tinggal di Batam.

Selepas ke Jakarta, hobinya itu tetap diteruskan. Ria Ricis mengakui, dia jatuh cinta dengan kehidupan dalam air dan belajar menyelam.

“Saya cakap pada suami, saya nak masuk syurga dan terus hidup dalam air. Saya ada impian nak hidup dalam air,” luah ria Ricis.

Dia juga mengakui ingin menyelam ke seluruh laut di Indonesia seperti di Maluku, Banda Neira, Aceh.

Beberapa bulan lalu, adik kepada pendakwah selebriti terkenal Oky Setiana Dewi ini muncul di Akuarium Jakarta sebagai ikan duyung. Ianya menjadi tular dan meraih pujian ramai.

Aksi menyelam wanita berusia 28 tahun ini sebagai ikan duyung di Akuarium Jakarta itu membuatkan ramai yang memuji.

Menyelam dengan kostum ikan duyung merupakan aksi menyeronokkan yang dilakukan oleh Ria Ricis.

“Cool Icis, ikan duyung pakai tudung,” tulis seorang netizen.

Hobi lasak Ria Ricis turut mendapat sokongan penuh dari suami tercinta, Teuku Ryan serta anaknya, Moana.

Kredit Foto: Instagram Ria Ricis

IKLAN