Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.
Oleh itu berhati-hatilah ibu bapa ketika berbicara. Setiap butiran yang keluar dari mulut kita biarlah yang baik-baik sahaja. Usah menuturkan butir-butir kata yang buruk pada anak-anak. Berkatalah yang baik-baik sahaja supaya kerana apa sahaja yang keluar dari mulut anak-anak kita ialah doa.
Walaupun sedang marah, istighfar dan ingatlah pada Allah. Anak-anak adalaha amanah Allah kepada kita. Sebagai ibu bapa sepatutnya kita mendokan kesejahteraan anak-anak bukan sebaliknya.
Jangan diikutkan perasaan amarah kerana kelak membawa kekesalan.
Berikut perkongsian Ustazah Isfadiah.
JANGAN TIKAM BELAKANG ANAK-ANAK DENGAN DOA KEBURUKAN
Ada seorang lelaki bertemu Abdullah bin Mubarak mengadukan sikap durhaka anaknya. Abdullah bin Mubarak bertanya “Apakah engkau telah mendoakan keburukan atasnya?” Dia menjawab, “Ya! Benar”. Lantas Abdullah berkata, “Kalau begitu engkau telah memusnahkannya”.
Ads
Doa ibu ayah mustajab, ibarat senjata canggih yang mantap, bila salah guna akan merana, bila betul caranya akan terhijab nikmatnya.
Jika anak menyakiti hati kita, biadap dan kurang prihatin walaupun sakit di hati pujuklah hati sendiri. Sebelum mendoakan dia ampunkan dulu segala kesalahan anak. Tarik nafas berulang kali, jangan tarik muka! Cepat kedut nanti.
Selepas memaafkan anak cepat-cepat doakan anak kita agar dia sedar silapnya, diberi kekuatan untuk mentaati ibubapanya. Mohon Allah ampunkan dosa anak kita tu.
Ads
Kalau nak doa keburukan buat anak memang boleh tapi percayalah ‘badi’ buruk tu akan terkena kita juga! Bila susah anak tu akan cari kita juga, dia mengadukan nasibnya lah, minta pinjam duitlah, minta bantuan kita lagi dan lagi akhirnya kita sendiri yang sakit jantung mengenangkan masalah dia.
Semoga Allah bantu kita untuk mudah maafkan anak, bersabar dengan mereka dan mendoakan mereka memperolehi hidayah dan rahmat Allah sentiasa.
Dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah.
Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.
Islam memang agama yang mudah dan tidak akan menyusahkan penganutnya. Seperti yang kita sedia maklum, solat lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang beragama Islam. Sempena cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang ini, tentu anda ada rancangan untuk berjalan-jalan bersama ahli keluarga kan?
Tetapi, sekiranya anda sedang berada dalam perjalanan yang jauh atau sedang bermusafir, tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh melakukan solat jamak? Jamak bermaksud menghimpunkan dua waktu solat dalam satu waktu. Contohnya jika anda mahu solat Zohor, anda himpunkan solat Asar dalam waktu Zohor sekali.
Jamak pula terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan dua waktu solat dalam waktu pertama manakala Jamak Takhir pula menghimpunkan dua waktu solat dalam waktu yang kedua.
Jangan pening-pening kerana seorang ustaz iaitu Ustaz Abdullah Khairi telah berkongsi cara solat jamak yang betul. Ya, memang solat jamak ini memudahkan perjalanan tetapi anda perlu tahu cara yang betul. Jangan tersalah solat pula. Ayuh baca perkongsian Ustaz Abdullah Khairi menerusi akaun Facebooknya.
Betul ka cara kita solat jamak sebelum ni?
Jom check balik..
Hari ini saya nak share cara solat jamak untuk memudahkan perjalanan kita.
Sebelum itu, solat Jamak dan Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Okay, Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertama.
Contoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib. Manakala Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Rasanya jelas kan part ni?
Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh. Hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.
Setiap orang tentu memiliki masalah sendiri-sendiri yang terkadang membuat hati gelisah serta sedih. Di dalam Al Quran banyak terdapat ayat yang merupakan doa yang boleh diamalkan sebagai penenang hati.
Berikut ayat dalam Al Quran yang bisa diamalkan sebagai doa penenang hati:
“Zikir – Penenang Hati”
Hasbi Rabbi Jallallah
Ma Fi Qalbi Ghayrullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailaha Illallah
Cukuplah Allah sebagai tuhan
Tiada yang lain dihatiku melainkan Allah
Nur iaitu cahaya Muhammad
Selawat dan salam ke atasnya
Dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah
KELEBIHAN ZIKIR HASBI RABBI
Saya post kan zikir yang sangat digemari dan zikir ini juga dapat memberi ketenangan dalam diri kita iaitu Hasbi Rabbi..
Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T.. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita padaNYA..
Jika anda semua berasa rindu akan seseorang, lafazkanlah dan bacalah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik…
Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah… Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita..
Satu dakwah yang cukup mudah untuk dapatkan pahala iaitu SHARE post ini… jika mereka yang lain baca anda dapat pahala, ada orang berubah kerana baca post yang anda share anda dapat pahala, Jika ada orang masuk islam kerana post yang anda share anda dapat pahala… pahala mudah di dapati tapi hati selalu berat untuk memilikinya…
Renungan :
Mencintai Allah, bermakrifat kepadaNya, selalu berzikir kepadaNya, mencari ketenangan denganNya, menenangkan hati di sisiNya, takut, berharap dan tawakkal hanya kepadaNya, dengan keyakinan bahawa Dialah Yang menguasai segala keinginan dan kemahuan hamba, itu semua adalah syurga dunia dan kenikmatan yang tidak dapat disamakan dengan kenikmatan lain. Dan itu adalah kesenangan dan kehidupan bagi mereka yang mencintai Allah.
Usik-Usik Hati Untuk Meyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan. Alhamdulillah.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tahukah anda, terlalu banyak amalan sunnah yang boleh dilakukan setiap hari. Jika bukan setiap hari, mungkin boleh dilakukan seminggu sekali, sebulan sekali atau setahun sekali. Terlalu indah amalan Rasululallah yang rugi sekiranya anda lepaskan.
Amalan sunnah ini adalah apa-apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw sama ada melalui perlakuan, perbuatan, percakapan dan ikrar Baginda. Sunnah juga bermaksud, sesiapa yang melaksanakannya beroleh pahala dan tiada dosa bagi yang meninggalkannya.
Berikut merupakan 10 amalan sunnah yang mudah dan boleh dijadikan sebagai amalan seharian kita, iaitu;
Sebelum tidur disunnahkan untuk menutup pintu, tingkap, memadamkan api dan lampu, berwuduk, bermuhasabah diri, mengibas-ngibas tempat pembaringan sebanyak 3 kali dan berbaring miring sebelah kanan.
Setelah itu, bacalah ayat Kursi, 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas, kemudian hembuskan pada tapak tangan dan usapkan ke seluruh anggota badan. Sekiranya ketika tidur kita berasa terkejut, takut atau gelisah, disunatkan untuk membaca doa perlindungan.
Setelah bangun tidur, disunatkan untuk mengusap wajah dengan tangan, seperti sabda Nabi saw;
“Rasulullah bangun tidur kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.”
Hadis Riwayat Muslim
Kemudian, membaca doa;
“Alhamdulillahillazi ahyana ba’da ma amatana wa ilaihinnusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami dimatikanNya dan kepadanNyalah kami dikembalikan). – Hadis Riwayat Bukhari
Masuk dengan kaki kiri dan membaca doa ;
“Allahumma inni a’uzubika minal khubusi wal khaba’is (Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadau dari godaan syaitan lelaki dan perempuan).”
Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim
Keluar dengan kaki kanan sambil membaca doa;
“Ghufranak (Aku memohon ampun kepadaMu).”
Hadis Riwayat An-Nasa’ie
Disunatkan untuk membaca “Bismillah” ketika hendak memakai pakaian dan apabila ingin melepaskannya. Hakikatnya, membaca “Bismillah” ini disunatkan untuk setiap perbuatan. Memulakan bahagian sebelah kanan ketika memakai pakaian dan sebelah kiri apabila ingin menanggalkannya.
Doa memakai baju/pakaian;
“Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan kepadaku pakaian ini dan telah memberikan rezeki pakaian ini kepadaku tanpa ada daya dan kekuatan dariku.”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah.
Ketika hendak keluar dari rumah, disunatkan untuk membaca;
“Bismillahi tawakkaltu alallah, wa la haula wala quwwata illa billah (Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. Dan tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi.
Manakala ketika hendak masuk ke dalam rumah pula, disunatkan untuk mengucapkan bismillah, memperbanyakkan zikir kepada Allah dan mengucapkan salam sama ada rumah tersebut ada orang atau tidak.
Ini kerana syaitan akan berkongsi tempat tinggal dengan kita, apabila penghuninya tidak menyebut nama Allah ketika memasukinya.
Rasulullah saw mengajar kepada kita untuk memulakan kaki kanan apabila hendak memakai kasut/sandal atau selipar dan apabila melepaskannya dimulakan dengan kaki kiri.
Hal ini seperti diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu bahawa Rasulullah saw bersabda,
“Jika kalian memakai sandal, maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.”
Hadis riwayat Bukhari Dan Muslim.
Sebelum dan selepas makan, disunatkan untuk berdoa. Apabila terlupa membaca doa sehingga makanan sudah habis dimakan, ucapkanlah,
“Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya.”
Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi.
Antara sunnah ketika makan dan minum ialah memulakan dengan menggunakan tangan kanan dan mengambil makanan yang paling hampir dengan kita. Tidak meniup makanan atau minuman, menjilat jari-jemari untuk membersihkan sisa makanan, tidak mencela makanan apabila tidak menyukainya, tidak membazir, duduk dengan sopan atau bersimpuh.
Apabila bertemu dengan sesama Muslim, disunatkan untuk kita mengucapkan salam, “Assalamualaikum atau Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”, sama ada pada orang yang kita kenal atau tidak. Kemudian, bersalam-salaman.
Hal ini seperti sabda Baginda saw;
“Keutamaan dalam Islam adalah dengan memberi makan dan mengucapkan salam pada orang yang kamu kenali atau tidak kenal.”
Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim
“Kedua orang muslim yang bertemu kemudian bersalaman, maka diampuni dosanya sebelum keduanya berpisah.”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi Dan Ibnu Majah.
Senyum merupakan ‘sedekah’ yang paling mudah untuk dilakukan oleh setiap orang, dan Rasulullah saw adalah orang yang paling pemurah dengan senyuman yang tak lekang di wajahnya. Hal ini membuatkan orang sekeliling senang padanya.
Abdullah bin al-Harith r.anhu berkata,
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
Hadis Riwayat At-Tirmizi
Amalan berzikir juga merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan oleh Baginda Nabi SAW. Bahkan, lidah Baginda tidak lekang memuji nama-nama Allah yang indah tidak mengira waktu. Selain menggunakan lisan atau lidah, kita juga boleh berzikir melalui hati sama ada ketika berdiri, duduk atau berbaring.
Sesungguhnya, dengan berzikir akan membuatkan hati kita tenteram, seperti firman Allah swt;
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, maka hati menjadi tenteram.”
Ar- Ra’d : 28
Demikianlah beberapa amalan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan boleh kita contohi serta amalkan dalam kehidupan seharian. Di samping mengikuti perlakuan Baginda, amalan sunnah juga mampu menampung segala kekurangan pada amalan wajib yang kita lakukan setiap hari.
Siapa tahu, berkat kesungguhan kita mengamalkan sunnah Rasulullah saw sepenuh jiwa dan penuh keikhlasan ini, kita akan beroleh syaafat Baginda di akhirat kelak.
SUMBER:TZKRH
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.