
Memiliki susuk tubuh yang tinggi dan langsing membuatkan penampilan pengacara Nana Mahazan sentiasa kelihatan ‘sempurna’ dan terletak.’
Pakai apa pun nampak kena. Bintang program realiti TV Akademi Fantasia musim pertama (AF1) ini juga dianggap salah seorang artis wanita yang fashionable mengikut trend semasa.
Nana sering memilih gaya yang sederhana dan ringkas dengan pemilihan warna yang sejuk mata memandang. Pakaian pun longgar lengkap berstoking.
Malah, penggayaan tudung pun ringkas saja namun sangat sesuai dengan bentuk wajahnya yang tirus.
Memetik perkongsian Nana atau nama penuhnya Nurul Hana Che Mahazan, ketika di awal penghijrahannya (bertudung) beberapa tahun lalu, isteri kepada Raqeem Brian Abdullah ini hanya berkongsi permulaan journey penghijrahannya itu di saluran Telegram bersama circle yang setiasa bersamanya selama ini.
Semoga Nana kekal istiqamah, bahagia dengan kehidupannya di samping keluarga tersayang seterusnya menjadi seorang Muslimah sejati di dunia mahupun akhirat.
Untuk info, Nana kini ligat mempromosikan bisnesnya iaitu Nana Mahazan Beauty dan Selauk Nana.
Kredit Foto: Instagram Nana Mahazan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Ini Doa Ibu Bapa Untuk Anak Hadapi Peperiksaan. Amalkan Untuk Hati Tenang.

Ketika musim peperiksaan zaman sekarang bukan anak yang risau tetapi ibu bapa lagi terlebih risau.
Kerisauan itu bukan dek kerana tidak percaya anak tidak dapat menjawab soalan peperiksaan tetapi bimbang dengan cabaran yang di hadapi zaman ini.
Untuk ibu bapa yang anak menghadapi peperiksaan boleh amalkan doa ini. Anda boleh baca untuk membantu anak anak anda yang sedang belajar dan akan menghadapi peperiksaan.
Bantu anak kita untuk jadi pelajar cemerlang yang berjaya dunia dan akhirat.
DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
sumber: Fateh team
Puasa 16 Jam & Diet Eat Clean Rahsia Wanita Ini Kurus Cepat. Berjaya Lenyapkan 13.5 KG Dalam Masa 4 Bulan

Setiap hari di laman media sosial, ada sahaja yang berkongsi cara menurunkan berat badan. Bukan tujuan mereka untuk riak kerana berjaya dalam misi diet, tetapi sekadar berkongsi dengan netizen di luar sana yang juga mengalami masalah pertambahan berat badan berlebihan. Seperti perkongsian wanita ini di laman facebook memberitahu pengalamannya berjaya menurunkan 13.5 kg hanya dalam masa 4 bulan.
Nurain Sazila, 33 tahun ini mengamalkan puasa atau kaedah intermittent fasting selama 16 jam, duet kalori dan juga senaman. Menurutunya dia mengamalkan diet cara ini sejak Oktober tahun lalu selepas melahirkan kedua-dua anaknya melalui kaedah ceaserean.
Ikuti perkongsiannya di laman sosial facebook caranya menghilangkan berat asal dari 74.5 kg dan kini hanya 61 kg. dia turut berkongsi menu diet diamalkan dan semuanya adalah ‘eat eat’.
Kena sabar dan konsisten kalau nak diet berkesan
Saya share sebab nak bagi semangat pada yang lain² yang sedang berdiet your journey, your struggles, your high and low akan terbayar sekiranya kita istiqomah dan bersabar.
Semua diet akan berkesan sekiranya kita sabar dan konsisten buat. Walau ada hari terbabas and kita makan banyak macam ada lapan perut teruskan perjuangan. Yang hari dah tergagal tu dahlah. Yang penting esoknya back on track
Saya cuma amalkan Intermittent Fasting + Diet Kalori ( kadang² eatclean/kdg² sukusukuseparuh/kdg² low carbs – tapi saya just jaga food kalori intake saya antara 1200-1350kalori sehari) + light workout ( aerobic/ light zumba/briskwalk/slow jog)
Monitor kalori saya pakai apps myfitnesspal. Workout goals saya pakai jam Mi Band 3.
Share gambar buka untuk tujuan riak, tetapi beri inspirasi kepada orang lain.
Saya share gambar ni bukan nak meriak. Sebab saya x hebat, saya bukan orang yang sangat² disiplin tetapi Allah swt yang mudahkan urusan diet/fitness saya.
Saya share dekat sini menu apa yang saya amalkan dan makan untuk turunkan berat badan saya.
Saya makan 3 kali sehari. Meal 1 + Meal 2 + Snack. Ini saya punya personal preference. Sebab saya buat IF, jadi feeding window pun sekejap je. Tak semestinya kena makan 3x macam saya ya,lagi kerap makan lagi bagus tapi kena pastikan jumlah kalori mestilah diantara 1000-1300cal. Ingat apa rahsia sebenar kurus ???? Makan jangan lebih kalori defisit harian.
Tahu tak sebenarnya kalau hari² lunch makan burger McD (tak termasuk fries dengan cola ya) sebenarnya boleh je kurus pasal McChiken Burger tu kalori dalam 300-400 – kan ke masih dalam nilai kalori defisit tu. Tapiiiiiiiii kena ingat fast food, processed food tak ada nilai nutrisi. Tak berkhasiat. Sekali sekala nak makan ok je. Nak elakkan terus, kita ni manusia ada nafsu kan. Makanlah tapi berpada². Sekali sekala melayan anak tekak ok je. Jangan stress² diet ni. Sebenarnya diet ni x ada makanan yang tak boleh makan, semua boleh makan cuma makanan yang kita makan tu lebih baik ada nilai nutrisi dan khasiat.
Buat masakan tumis tetap guna minyak, tetapi satu sudu sahaja
Tahu tak minyak masak sesudu besar bersamaan anggaran 120 kalori ? Sebab itu saya kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Bukan tak guna terus ya. Saya masih juga tapi saya akan guna paling banyak 1-2 sudu besar sahaja jika masak. Kalau tak macam mana nak menumiskan boleh ke tumis pakai 1 sudu besar minyak? Boleh je. Saya dah test. Sedap je. Menjadi je masakan. Kalau sambal tak jadilah kot. Tapi saya pun dah berbulan x menumis sambal sebab kami makan sambal belacan dengan sambal kicap je sekarang. Masak udang sambal ke sotong sambal ke pakai pes sambal belacan + 1 sudu besar minyak. Sama sedap je macam sambal biasa.
Gula putih dan susu pekat manis pun jarang guna dirumah kami. Saya pun kalau masak memang jarang tambah gula. Kalau rasa nak menambah pun dalam 1 sudu teh kecil. Susu pekat manis memang dah tak ada dalam fridge sebab saya minum kopi essenso yang sachet tu kan jadi x kena tambah apa² lagi manisan sbb memang dah 3 in 1. Eh diet pun boleh minum 3 in 1 ya? Susah nak jawab soalan ni saya ni avid coffee drinker. So dalam kalori harian saya – saya memang allocate 110kalori untuk kopi yg saya suka – macam saya cakap tadi asalkan ada kalori defisit berat tetap akan turun.
Untuk yang PM saya makan apa. Ni saya share saya makan apa. Tak ada rahsia lain. Memang tips yang common je
1. Kurangkan minyak 2.Kurangkan gula 3.Kurangkan makan 4. Rajinkan diri bersenam
Masalah berdiet ni, bukan diet tu susah. Yang susah nak kawal diri ni asyik nak makan je. Sebab tu IF membantu sebab feeding window nak makan tu sekejap je.
Tak ada rahsia. Tak ada pil. Tak ada produk² kurus. Rahsianya Jaga Makan.
Ingat 80% jaga makan 20% bersenam.
#MENU 1
#MENU 2
#MENU 3
#MENU 4
#MENU 5
#MENU 6
#MENU 7
#MENU LAIN
#MENU PILIHAN
#MENU BERKHASIAT
Resolusi 2023, Rizky Billar Mahu ‘Peluang Kedua’ Berazam Jadi Lebih Baik, Belajar Dari Kesilapan Lalu!

Tahun 2022, boleh dikatakan bukanlah tahun yang gemilang bagi pelakon muda, Rizky Billar dan juga pasaganya yang juga pempengaruh media sosial, Lesti Kejora.
Malah, rumahtangga yang dibina atas dasar cinta hampir musnah akibat sikap panas baran Rizki yang menunjukkan perilaku buruk memukul isteri terbongkar hingga diketahui khalayak umum.
Sejak Episod Buruk Itu, Hidup Rizky Tak Lekang Dari Kecaman Wargamaya!
Sehubungan itu, ketika ditemui media Indonesia, Rizky mengakui hidupnya berantakan dan tidak menentu apabila sering dihujani dengan pelbagai kecaman dan dibenci oleh kebanyakan masyarakat tempatan.
Justeru, pada tahun 2023 ini, Rizky berhasrat agar dia dapat mengutip setiap pengajaran yang diterima daripada tindakan dan kesalahan yang dilakukannya sepanjang tahun lalu.
“Apapun kesalahan yang saya lakukan. Saya bilang apa pun yang saya lakukan, mudah-mudahan saya bisa belajar.
“Terus ya mudah-mudahan kami ini bisa menjadi orang tua yang bisa jadi contoh untuk anak-anak kami sehingga menjadi anak yang berbakti,” kata Rizky Billar laporkan Insertlive.
Sehubungan itu, Rizky berharap agar tahun baharu ini menjadi tahun yang baik bagi dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.
Selain itu, Rizky meminta agar masyarakat memberikan ‘peluang kedua’ serta berhenti mengkritik, mencaci serta membencinya.
Artikel berkaitan: Masih Trauma Walaupun Sudah Keluar Hospital, Lesti Kejora Ambil Masa Untuk Pulih.
Mengulas berhubung perkembangan karier sebagai anak seni, Rizky berkata, dia masih berharap menemui jalan keluar dan rezeki yang lebih baik dalam industri hiburan tanahair tahun ini.
Ini demikian kerana, tahun lalu dia telah diboikot serta dilabel sebagai ‘kaki pukul’ isteri.
“Resolusi di bidang karier, kalau memang Allah masih mengizinkan bisa kembali ke layar kaca itu bukan sesuatu yang dipaksakan. Setiap satu pintu tertutup,
masih ada 999 pintu rezeki lainnya,” ujarnya yakin.
Terdahulu, nama pasangan sama cantik sama padan Rizky Billa dan Lesti Kejora menjadi sorotan hingga ke Malaysia, apabila Rizky didakwa telah melakukam keganasan rumahtangga terhadap Lesti.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 19 Ogos 2021, hasil dari perkongsian hidup bersama mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Artikel berkaitan: Terkesan Gempa! Lesti Kejora Menangis Doakan Keselamatan Keluarga Di Cianjur
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.