Selalunya sambutan hari jadi akan disambut dengan insan tersayang. Barulah terasa istimewa sambutan hari berkenaan. Namun ada juga antara insan yang ingin merasai sambutan hari jadi secara keseorangan. Mungkin kemeriahan tidak sama, tetapi keseronokan hanya empunya diri yang merasainya. Seperti perkongsian gadis ini d laman twitter di mana dia meraikan harijadinya seorang diri dengan cara tersendiri. Caranya ‘me time’ cukup berbeza dengan orang lain dan yang pasti kos digunakan tidak sampai RM100.
Gadis yang menamakan dirinya di twitter sebagai E.Geller atau @alyssazainal ini mengambil keputusan untuk sambut hari jadinya seorang diri di Kuala Lumpur. Menurutnya, ada beberapa perkara menarik boleh dilakukan. Perkara pertama dilakukan adalah membeli bunga untuk diri sendiri di Petaling Street. Boleh pilih sendiri bunga yang diingini dan ia pasti memberi lebih kepuasan.
Perkara kedua yang dibuatnya adalah pergike Central Market. Di mana di sini dia dapat melihat peniaga menjual batuan yang cantik dan juga deretan kedai dan kafe yang menarik. Juga jangan lupa untuk abadikan foto menarik di sini. Keadaan Central Market atau CM tidak seperti di awal 90an, tapak seni ini sudah diperbaharui dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.
Ads
Untuk melengkapkan sambutan hari jadinya, gadis ini turut membelanja dirinya sendiri makan di sebuah kafe yang boleh menawarkan desert secara percuma. Caranya adalah hanya dengan menunjukkan kad pengenalan kepada petugas di kafe berkenaan. Dan anda akan mendapat kelebihan sempena sambutan hari jadi.
Ads
Perkara keempat yang dilakukannya adalah dengan melawat beberapa tempat menarik sekitar Kl. Antaranya adalah Balai Seni Lukis Negara yang menawarkan kemasukan secara percuma. Banyak kawasan menarik dan interaktiif zone boleh dilakukan dan paling pending juga boleh abadikan foto di tempat seni ini.
Satu lagi pilihan untuk sambutan hari jadinya adalah dengan mengunjungi KLPAC atau Istana Budaya ataupun panggung teater lain. Hanya dengan membayar tiket sebanyak RM50 atau lebih murah (jika tunjukkan kad pelajar), gadis ini boleh menyaksikan persembahan teater yang sedang berlangsung. Ia sangat berbaloi kerana boleh menonton persembahan mereka secara live.
Jadi pada hijabi di luar sana, jika terasa bosan melakukan sambutan yang sama setiap tahun, apa kata contohi apa yang gadis ini dilakukan. Bukan sahaja murah, tetapi juga berbaloi. Inilah yang dikatakan ‘me time’ lebih-lebih pada hari jadi anda. Tak rugi mencuba.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Larian amal bertempat di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur pada Ahad 8 Disember 2019 yang lalu yang dianjurkan oleh syarikat farmaseutikal Y.S.P. Industries (M) Sdn. Bhd tersebut adalah kesinambungan daripada larian amal pada tahun lalu dan merekodkan penyertaan dari seluruh negara termasuk India, Filipina, Jepun, Taiwan, Itali dan Netherlands.
Dengan slogannya pada tahun ini, ‘Join, Joint, Joy’, larian amal ini merupakan salah satu inisiatif syarikat tersebut untuk menggalakkan lebih ramai orang peka terhadap kesihatan tulang dan sendi dan mengamalkan gaya hidup sihat. Larian amal tersebut juga telah Berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM20,000.00 dan sumbangan ikhlas tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengurus Pemasaran YSPI iaitu Ananda Prakash kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Selangor dan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Kuala Lumpur dan Selangor.
Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan yang mengimbau zaman kanak-kanak seperti permainan ‘Teng Teng’ dan gelung rotan dan kesemua permainan ini menguji kepantasan peserta di samping memastikan kesemua peserta menggunakan otot dan sendi untuk kekal lebih sihat. Selain itu, peserta juga dihidangkan dengan rangkaian susu Shine seperti soya, oat dan susu kambing.
Terkenal dengan jenama makanan tambahan Shine, Y.S.P. Industries (M) Sdn. Bhd. komited dengan aktiviti korporat sosial (CSR) dan sentiasa mengutamakan kualiti dalam setiap produk dihasilkan. Pada hari yang sama juga terdapat pelbagai acara menarik seperti pemeriksaan kesihatan jisim tulang dan peserta dapat menganalisis tahap kesihatan tulang mereka secara keseluruhan.
Selain itu, larian amal ini juga telah mendapat tajaan dari Farmasi Tigas Alliance, BookDoc, Sports Direct MST Sdn Bhd, Anytime Fitness, Percetakan Tenaga Sdn Bhd, YCH Printing and Media Sdn Bhd, Farm in the City, Zoo Negara dan jenama air mineral MOMA Water Sdn Bhd Bersama-sama penaja utama iaitu Shine, NUViT, dan Sun Ten Pharmaceutical.
Berikutan sambutan menggalakkan yang diterima pada hari tersebut, Shine Health Run akan dianjurkan lagi pada masa yang akan datang demi memastikan masyarakat peka terhadap kesihatan masing-masing dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon serta usahawan popular yang berasal dari negara seberang, Tya Ariffin menyambut sambutan ulang tahun suaminya, Asyraf Khalid yang ke-30 di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Perkongsian itu dimuatnaik menerusi laman Instagramnya bersama-sama dengan beberapa gambar sambutan hari jadi suaminya itu. Menurut Tya, dia rasa bersyukur kerana memiliki Asyraf yang begitu baik untuk keluarga dan sentiasa bersifat terbuka untuk menjadi insan yang lebih baik.
…selamat ulang tahun yang ke-30 sayang. Tya sangat bersyukur dapat seorang suami yang sentiasa terbuka untuk menjadi orang lebih baik. Sentiasa menjadi suami, ayah bahkan anak yang baik untuk keluarga.
Tambahnya lagi, tempoh perkahwinan mereka yang hampir mencecah usia 10 tahun itu membuatkan dirinya lebih mengenali suaminya dengan lebih mendalam. Ternyata, suaminya itu benar-benar memberi inspirasi kepadanya.
Sayang, hampir sepuluh tahun mengenali dekat, I am really inspired and amazed what you do in your self and life.
Dalam hantaran itu juga, Tya turut memberi pujian kepada suaminya itu dengan menyatakan suaminya yang juga anak kepada usahawan terkenal Datuk Khalid Mohamad Jiwa ataupun lebih popular dengan panggilan Datuk K itu seorang yang kuat bekerja, bertanggungjawab serta seorang yang penyayang.
Tya juga turut memberi hint untuk memiliki empat cahaya mata bersama suaminya dan tidak sabar untuk mencecah waktu tua dan hidup selama-lamanya.
Can’t wait to get old with you and round the whole world with our 4 children (eh)?
Sekadar info, pasangan sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf dan Azzahra Jiwa Asyraf.
Ramai anak muda sekarang ini apabila di tanya perihal ibu, pasti brkata bahawa ibu garang , kuat bebel dan sebagainya. Malah mereka ini menjadikan itu alasan supaya mereka tidak betah di rumah. Ibu merupakan seorang individu penting dalam kehidupan anak-anak.
Mereka merupakan idola, pemberi semangat dan juga orang yang bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak mereka. Malahan sikap kita adalah cerminan daripada ibu bapa yang baik. Kata-kata ibu merupakan mutiara kata yang bakal membantu anak-anak menjalani kehidupan di masa hadapan. Sebab itulah ibu sentiasa menegur dengan nada dan gaya berbeza yang dianggap sebgai bebelan.
Banyak nasihat ibu yang boleh digunapakai di masa kini dan hadapan. Contohnya Seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebook iaitu Nurlia Mohd Nor baru-baru ini telah menceritakan tentang beberapa perkara dan contoh tauladan baik dalam bab penjagaan dan pengemas rumah yang telah ditunjuk oleh arwah ibunya.
Menurutnya, perkongsian tersebut serba sedikit memberikan kesan yang positif buat dirinya kerana telah dididik dengan perkara yang baik ini.
Jom baca perkongsian penuh di bawah:
Selalunya, rutin-rutin yang sama akan dilakukan oleh arwah ibunya sejurus bangun awal pagi
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli, “Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok. 2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus. 3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. 🙂
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan. Tapi.. Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik. Percayalah.. Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu. *Dalam gambar di atas adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham.
Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.