Bukan mudah menjadi seorang perempuan. Bahagian luar dan dalam kena jaga. Kecantikan, kesihatan dan juga harga diri. Hijabi Fatin Syazwani berkongsi pengalamannya dalam entri Instagram, setia dengan produk tempatan dan tetap istiqomah demi memulihkan kulit muka yang breakout.
Pencarian dan percubaan demi percubaan, Fatin berhabis hampir ribuan ringgit untuk pulihkan kulit. Ikuti pengalaman Fatin dan penemuan produk yang berjaya memulihkan kulitnya.
1. Mula Menggunakan Produk Tempatan
Muka menjadi licin sehingga jerawat susah nak tumbuh diakui oleh Fatin sendiri hasil menggunakan produk tempatan.
Jenama produk tidak berapa terkenal tetapi hasilnya muka Fatin glowing sehingga Fatin setia menggunakannya selama 5 tahun.
2. Tetap Istiqomah Dengan Produk Tempatan
Ketika ini muka tidak memberi kesan apa-apa jadi Fatin tetap teruskan menggunakan produk tempatan.
Ads
3. Kesan Tidak Menggunakan Krim Malam
Muka mula tumbuh bintik-bintik. Apabila Fatin sedar rupanya dia tinggalkan rutin memakai krim malam. Tak sangka produk tempatan ini kalau tinggalkan satu langkah boleh naik bintik-bintik merah.
4. Muka Tidak Selicin Dahulu
Walaupun sudah recover tidak sepenuhnya tetapi kesannya tetap ada. Hati mula panas, boleh jadi stress nak ambil gambar sendiri.
Ads
5. Pengaruh Sekeliling Menggunakan Produk Baru
Fatin seorang yang berani mencuba, pengaruh sekeliling juga membuat Fatin berjinak dengan produk baru. Bukan tidak yakin dengan kecantikan sendiri tetapi dia jenis yang suka menggunakan solekan walaupun keluar santai.
6. Bertahan Hanya 5 Bulan
Rupa-rupanya hasil menggunakan produk baru hanya bertahan selama 5 bulan. Fatin dapati mukanya breakout dan terpaksa menggunakan solekan tebal.
7. Berhenti Kerana Kurang Pasti Punca
Tempoh 6 bulan setia dengan produk ini , Fatin mula sedar rupanya kulit mukanya tidak lagi sesuai dan tidak dapat kenali punca sebenar breakout. Malas mencari punca sebenar breakout tetapi Fatin usaha untuk memulihkan kulit mukanya.
Ads
8. Mula Berjinak Dengan Produk Drugstore
Tular dengan produk drugstore, Fatin juga cuba mencari produk yang sesuai. Tetapi bukan semua produk drugstore yang sesuai dengan kulit muka Fatin. Muka kelihatan bertambah teruk kerana kulit muka Fatin yang putih mudah kelihatan bintik-bintik merah.
Bila terkenang balik dan sambil belek gambar lama, rasa rindu dengan kulit muka sebelum ni.
9. Hasil Penemuan 10 Produk
Setelah ribuan ringgit habis, Fatin bertemu dengan produk drugstore yang mengembalikan kulit wajah Fatin seperti dahulu. Tiada lagi kesan breakout, terkini dalam bulan Ogos Fatin memuat naik IG story hasil dari 10 produk ini.
Potongan baju kurung yang sesuai amat penting kalau hendak nampak kurus cantik ke majlis kenduri kahwin. Baju kurung paling selamat, bukan sahaja sesuai untuk menghadiri majlis rasmi, malah ketika melawat saudara mara di kampung. Malah baju kurung juga sesuai untuk digayakan ke pejabat sebagai pakaian rasmi.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga gemar memakai baju kurung. Sejak kecil baginda sering melihat penampilan bonda dan nendanya yang sentiasa kemas dan anggun berbaju kurung. Lantas baju kurung menjadi busana selesa yang disarung baginda setiap hari ke mana-mana sahaja termasuk keluar membeli-belah atau melawat kampung, selain semestinya ketika menghadiri majlis rasmi.
Sedar tak sebenarnya memakai baju kurung juga boleh membuatkan seseorang itu nampak kurus dan langsing. Tetapi kenalah pilih dan pakai baju kurung dengan potongan yang tepat.
Selalunya ramai yang memilih untuk memakai baju kurung ketika menghadiri majlis perkahwinan. Apabila sudah hampir hujung tahun ini, tentulah banyak dapat undangan majlis perkahwinan bukan? Namun penting untuk pilih potongan baju kurung yang tepat sesuai dengan potongan badan. Dipetik dari Facebook Kongsi Tips Diet Sihat Dan Kurus Cepat
Anda semua mesti nak nampak kurus cantik bukan sebelum pergi ke kenduri hujung tahun ini? So here’s tip untuk pemilihan baju kurung untuk ualls ke majlis kahwin dan kenduri kendara.
Sebelum kahwin pasangan ini memang sudah viral gara-gara sambutan hari jadi si isteri yang disambut mewah dengan menyewa sebuah limousin. Hafiz ataupun Syafiqah Aina pernah menjadi bualan netizen gara-gara ada yang cuba mengusik isteri tersayang ketika membeli barangan dapur. Syafiqah Aina pernah cecah berat 63kg, suamilah mentor untuk berdiet dan kekal cantik.
Namun, Hafiz suami kepada Syafiqah Aina juga pernah dikecam kerana mempersoalkan penampilan isterinya sebelum berkahwin. Bagi Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, yang dikenali sebagai blogger, influencer dan instafamous kini usahawan wanita yang berjaya, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan muka berjerawat.
Menururnya dalam Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik. Jadi dia tidak kisah suaminya memuat turun fotonya yang agak hodoh suatu ketika dulu. Bukan sengaja ditunjuk kerana ada mesej yang tersirat dan tidak semestinya perlu posting gambarnya yang sudah cantik seperti sekarang.
Aina juga mengakui pada tahun 2013, berat badannya dulu adalah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram. Justeru sebagai seorang yang kasih pada temannya itu, Hafiz memberikan tunjuk ajar untuk diet termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Ketika temu bual bersama majalah HIJABISTA, dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen. Dia juga mendapat tip pemakanan daripada Hafiz kerana menurutnya suaminya itu aktif di gim dan begitu menjaga pemakanannya.
Dia juga memberitahu dirinya tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuhnya menjadi cantik, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan tidak yakin untuk memakai pakaian dengan saiz badan seperti itu.
Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.
Sementara itu menurut Hafiz pula memberitahu bahawa gambar yang dimuat turun di laman sosial ini bukan untuk memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.
Selain itu dia juga mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.
Apatah lagi pengikut mereka berdua sentiasa bertambah ramai dan setiap apa yang dilakukan mereka (perkara baik) akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada pengikut mereka.
Hafiz juga dalam posting lain di laman IGnya berkata dia maafkan kepada mereka yang menghina dan mengutuk isterinya itu. Baginya ia adalah suatu yang normal dan dia lebih senang berdiam diri supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh.
Saya maafkan kepada yg menghina, mengutuk. Benda ni normal, dari dulu lagi saya kena. Apa yg saya buat, hanya diam. Nasihat yang baik saya ambil, yang menghina saya maafkan
Allah selalu membantu, serta doa ibu bapa & isteri lah saya boleh kekal sampai sekarang. Saya percaya, selagi saya mampu buat mereka senyum, bahagia. Disitulah kejayaan saya. Walaupun disepak terajang, dihina, dimaki. Selagi apa yg saya usahakan boleh buat mereka bahagia, saya takkan berhenti.
Seronok mengimbau kembali waktu awal penglibatan mereka sebagai pempengaruh, umum Syafiqah Aina pernah menjadi penghias kulit majalah HIJABISTA. Dan apa yang boleh terinspirasi dari pada kejayaan mereka berdua sehingga saat ini telah membuka klinik kecantikan estetik Ainaa Clinic khas merawat pelbagai masalah kulit wajah yang bermasalah.
Semua sedia maklum penyanyi yang mencipta nama di negara Tembok Besar China, Shila Amzah sedang meniti hari bahagianya minggu ini. Beliau bakal menamatkan zaman gadisnya setelah bertunang hujung tahun lalu dengan pilihan hatinya, Haris Idraki. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah, Shila Amzah juga seperti gadis lain turut melakukan beberapa majlis kecil seperti khatam Quran dan berinai. Ternyata seri pengantin baru cukup terserlah di wajahnya. Shila Amzah kelihatan cukup jelita dan cantik dengan penampilan sopan memenuhi ciri-ciri gadis Muslimah.
Dalam majlis khatam Quran yang dilakukan sebelah siang di kediamannya, Shila Amzah tampil cantik dengan dress moden rona peach dengan solekan ringkas yang cukup menyerlahkan lagi sisi jelitannya.
Penyanyi yang baru dinobat dalam senarai Forbes 30 Under 30 ini turut diiringi dayang-dayang yang juga merupakan teman baiknya, Fara Fauzana dan Jihan Muse yang mana masing-masing cukup sportingmenggayakan busana rona birulembut sedondon.
Shila Amzah telah mengetuai majlis khatam Quran berkenaan memperdengarkan bacaan dengan suara yang lunak merdu kepada hadirin yang turut hadir.
Dan sebelah malamnya pula telah diadakan pula majlis berinai kecil. Kali ini penampilan Shila lebih menyerlah dengan rona garang.
Khabarnya majlis ijab kabul pasangan ini akan berlangsung pada hari jumaat ini di kediamannya. Melihat busana yang digayakan cukup cantik, tidak sabar untuk melihat persalinan di majlis pernikahan dan perkahwinan mereka berdua nanti.