Syawal tahun ini menutup tirai dengan pelbagai momen manis yang dapat disemikan dalam diari kehidupan kita meskipun tahun ini, Aidilfitri disambut dalam suasana yang ‘mengejut’. Berbicara mengenai sambutan raya, pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk mendapat duit raya. Bukan sahaja sebuah tradisi, malah ia dilihat sebagai sebuah budaya masyarakat Melayu dalam meraikan kemeriahan Syawal ini.

Berbual lanjut soal duit raya, Hijabista secara eksklusif dalam The Hijabista Show, menemu-bual pengacara popular, Fara Hanim Razak yang memiliki anak kembar untuk berdiskusi soal duit raya anak-anaknya. Persoalannya, duit raya anak simpan di mana?

Menurut Hanim, kebiasaannya, dia dan suami akan tunggu sehingga dua minggu selepas Syawal berakhir, kemudian barulah mereka mengira duit raya yang dikumpul oleh anak-anak. Malah, tambahnya lagi, duit raya anak-anaknya akan disimpan di dalam SIMPAN SSPN untuk kegunaan pada masa akan datang.

Memang semenjak Amina Raissa dan Amira Raissa kecil lagi, saya dan suami sudah siap membuka akaun SIMPAN SSPN mereka bagi tujuan untuk pendidikan mereka pada masa akan datang. Jadi selalunya, kami akan masukkan duit raya yang mereka kumpul ke dalam akaun mereka sendiri.

Bagi Hanim sendiri, duit raya anak-anak merupakan sebuah amanah dan tanggungjawab yang harus digalas oleh dirinya dan suami. Oleh itu, sebagai ibubapa, ia bukanlah tiket untuknya menggunakan duit raya anak-anak dengan sewenang-wenangnya.

IKLAN

Hari ini ramai yang bangga apabila menggunakan duit anak-anak terutamanya duit raya. Malah , di media sosial juga, kita lihat ramai yang berbelanja mewah dengan menggunakan duit raya anak-anak. 

Bagi saya sendiri, jika ibubapa itu tidak berkemampuan, maka tidak mengapalah sekiranya mereka ingin membeli barangan keperluan seperti susu, lampin dan lain-lain lagi. Namun, jika mereka mampu, sebaik-baiknya usahlah mengggunakan duit anak-anak itu. Simpanlah di saluran yang betul untuk kegunaan pendidikan nanti.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai ibu, Hanim tidak memanjakan anak-anaknya dengan memberi segala kehendak mereka. Malah, Hanim akan mendidik mereka untuk tidak menggunakan duit simpanan seperti duit raya untuk membeli barangan yang tidak berfaedah.

IKLAN

Biasalah, anak-anak ini, kehendaknya bermacam-macam terutamanya alatan mainan. Jadi, saya harus bijak dalam mengajar mereka perihal perbelanjaan biarpun anak-anak masih di usia muda.

Sudah dididk semenjak kecil lagi, Hanim juga yang sudah biasa dengan amalan menabung semenjak kecil lagi bijak mengatur perbelanjaan anak-anaknya bersama dengan suami.

IKLAN

Saya dan suami akan dahulukan dulu perbelanjaan yang penting dan keperluan harian. Jika ada lebihan bajet, barulah kami akan berbelanja untuk membeli alatan mainan untuk anak-anak kami.

Sumber gambar: Instagram Farahanim Razak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI