Kita sering dengar tentang keburukkan memakan bawang tidak kira bawang merah, bawang besar, atau apa-apa jenis bawang boleh mendatangkan kemudaratan seperti badan boleh berbau busuk. Adakah ia betul atau tidak?

Kebaikan bawang putih yang patut semua tahu

Sebenarnya setiap jenis bawang mempunyai khasiatnya tersendiri. Di artikel ini kita akan bincangkan mengenai khasiat bawang putih yang cukup gemar menjadi salah satu bahan di dalam setiap masakan.

Menurut Doctoroncall, bawang putih mempunyai pelbagai manfaat yang tersendiri bukan sahaja sebagai bahan masakan di rumah anda. Doktor juga ada menyarankan untuk makan bawang putih yang di bakar kerana ia dapat membantu dalam merawat penyakit seperti sakit jantung dan juga darah tinggi. Bahkan, bawang putih juga boleh di jadikan sebagai ubat untuk menghilangkan jerawat di muka kerana manfaat yang sedia ada.

Artikel berkaitan: Khasiat Bawang Mentah Berbanding Bawang Yang Dimasak, Boleh Cegah Sakit Jantung & Strok

Kandungan utama yang ada dalam bawang outih adalah Allicin. Allicin merupakan satu bahan anti bakteria, antiseptik, antioksidan yang mampu merawat masalah keradangan. Kebiasaannya bawang putih yang di tumbuk boleh di dapati Allicin yang kaya dengan vitamin B dan C. Meski pun ia kecil, bawang putih ini mampu merawat pelbagai penyakit.

Manfaat dari bawang putih yang cukup hebat

Ada beberapa manfaat dari bawang putih yang cukup bagus untuk tubuh badan kita jika di amalkan dengan baik. Antaranya adalah:

1. Mencegah penyakit jantung

IKLAN

Bawang putih mampu merawat penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi di mana ia merupakan salah satu penyakit yang banyak di hadapi oleh rakyat Malaysia oleh kerana gaya hidup yang tidak sihat. Bagi penggemar bawang putih, anda boleh bakar atau makan dengan mentah kerana ia mampu mencegah penyakit darah tinggi. Bawang putih ini mampu meningkatkan penghasilan nitric oxide di mana secara tidak langsung mengembangkan saluran darah dan melancarkan pengaliran darah.

2. Diabetes

Bagi anda yang menghidap penyakit diabetes, bawah putih boleh menjadi satu alternatif buat anda. Antara khasiat yang boleh anda manfaatkan adalah ia dapat mengawal kadar gula dalam darah anda. Mengikut satu kajian, pakar saintis telah mendapati di mana memakan bawang putih mentah mahupun bakar dapat mencegah pesakit kencing manis daripada menghadapi komplikasi diabetes.

3. Dapat mengurangkan jerawat

Sudah tentu ramai yang inginkan kulit yang licin dan bebas dari jerawat, Allicin yang di dapati dalam kandungan bawang putih boleh di jadikan sebagai bahan anti bakteria bagi melawan jerawat. Bawang putih juga turut di yakini membantu untuk mengurangkan masalah bengkak, keradangan, dan menambah baik aliran dalam darah. Kesemua kesan ini dapat mebaiki kulit kesihatan anda.

IKLAN

Apa yang anda perlukan adalah dengan memotong seulas bawang putih dan oleskan pada bahagian jerawat anda. Jika berlaku sebarang iritasi atau kegatalan pada kulit, alihkan bawang putih itu segera dari kulit.

4. Dapat meningkatkan imuniti

Pernah tak anda makan bawang putih bersama dengan madu? Hm…agak pelik bukan? Tetapi ia kaya dengan khasiat yang berganda! Bawang putih dan madu adalah kombinasi yang dapat mengurangkan selsema dan meningkatkan imuniti seseorang.

Bawang putih telah banyak di gunakan sejak ribuan tahun yang lalu sebagai perubatan dalam masalah selsema. Allicin yang ada dalam bawang putih dapat meningkatkan tindak balas sel darah putih yang mampu melawan virus. Bagi anda yang selsema, anda boleh makan bawang putih untuk mengurangkan beberapa simptom atau boleh mengamalkan pengambilan setiap hari untuk meningkatkan imuniti.

IKLAN

5. Dapat memberikan tenaga

Bawang putih juga boleh memberikan peningkatan prestasi kepada individu. Kaedah ini telah di jadikan sebagai satu bahan untuk membantuk atlet sukan olimpik sejak zaman Yunani. Bawang ptuih juga di gunakan secara tradisional untuk menghilangkan keletihan. Namun begitu, tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan kesahihan bawang putih dalam hal ini.

Kesan sampingan dengan pengambilan bawang putih

Meski pun banyak khasiat bawang putih, ia juga memberikan beberapa kesan sampingan yang tidak begitu baik buat pengambilan bawang putih. Kebiasaannya ia boleh menyebabkan mulut berbau dan rasa sensasi terbakar. Ada juga sesetengah orang melaporkan rasa terbakar atau gatal-gatal apabila bawang putih di oleskan pada kulit. Itu adalah antara kesan sampingan yang boleh di dapati jika seseorang tidak menggunakan dengan cara yang betul.

Sumber info dan gambar: Doctoroncall dan Canva

Artikel berkaitan: Selalu Bersin Sana, Bersin Sini, Doktor Ini Kongsikan Tip Rawat Resdung Guna Bawang Putih

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI