Bawang merah merupakan ramuan masakan yang cukup popular dan kerap digunakan di seluruh dunia. Sama seperti bawang putih, bawang merah juga turut dikenali sebagai  ‘superfood’ kerana ia mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan.

Bawang merah juga sering digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit untuk rawatan tradisional sejak berkurun lamanya. Selalunya bawang merah ditumis sebagai bahan penyedap dalam masakan. Tahukah anda bahawa bawang mentah lebih banyak khasiatnya berbanding bawang yang dimasak? Berikut kupasan daripada saintis Dr Suri Roowi

Photo by mart-production from Pexels.

BAWANG MENTAH LEBIH BERKHASIAT BERBANDING BAWANG YANG DIMASAK ?

1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid.

2. Bahan ini bersifat antiplatelet dan antikanser terutamana antikanser usus, perut dan kerongkong.

3. Sumber bersifat antiplatelet biasanya digunakan untuk mencegah terjadinya penggumpalan darah. Sumber ini boleh digunakan oleh pesakit dengan masalah pembuluh darah sumbat seperti penyakit jantung koronari dan penderita stroke.

IKLAN

4. Justeru, makan bawang merah mentah bagus untuk membantu  mengelakkan penyakit-penyakit ini.

IKLAN

5. Sebaliknya, bahan khasiat ini akan mudah hilang jika bawang dimasak. Kajian ke atas 12 pesakit menunjukkan sifat antiplatelet akan musnah dalam masa 3 dan 6 minit selepas bawang dimasak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya berubah sifat dan ia merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal).

6. Bawang kuning tinggi mineral seperti fosforus, potassium, magnesium dan zat besi. Manakala, bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C.

Photo by skyler-ewing from Pexels.

7. Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang di mana bahan antioksidan (quercetin) akan terhasil dengan lebih banyak lagi.

IKLAN

Justeru kurangkan `membawang’, sebaliknya makanlah bawang mentah sebagai ulam untuk membantu mengelakkan sakit jantung dan ‘stroke.’

Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by mali-maeder from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/oNhFqV_vqVs

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI