Penampilan pelakon dan penyanyi juga pengacara ini memang sentiasa cantik dalam apa juga majlis yang dihadiri. Lebih-lebih lagi setelah dirinya berhijab hampir tiga tahun yang lalu. Sherry Ibrahim, yang begitu terserlah kejelitaaannya dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir.
Ketika ditemui pelakon ini tidak lokek berkongsi petua kecantikan dan kesihatan diri yang diamalkan selama ini.
Menurutnya dia hanya mengamalkan 5 petua cukup mudah bagi memastikan dirinya kekal cantik, sihat dan bertenaga.
Menurut Sherry, sebagai wanita yang menjaga penampilannya, dia mengamalkan pemakaian set penjagaan wajah untuk siang dan malam.
Ads
Malah jika penat sekalipun balik dari penggambaran atau event, dia akan pastikan wajah dicuci terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Tidak lupa juga pemakaian krim malam utuk merawat kulit wajah ketika sedang ‘berehat’.
Keduanya adalah mengamalkan tidur yang cukup, iaitu 8 jam sehari. Sibuk sekalipun , Sherrry akan cuba mendapatkan tidur mencukupi untuk kekal bertenaga keesokan harinya dalam menjalankan aktiviti harian.
Dalam penjagaan diet pula, Sherry tidak ambil pemakanan berminyak dan kalau boleh dia akan cuba kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak ini.
Selain itu, walaupun rutin hariannya cukup padar, tetapi wanita cantik ini akan cuba memperuntukan waktu untuk berpeluh.
Ads
Selalunya dia akan lakukan aktiviti Uphill atau Downhill dan juga stretching di rumah bagi memastikan keluar peluh. Jika badan berpeluh secara tidak langsung akan mengeluarkan perkara negatif dari dalam badan.
Dan akhirnya sekali pesannya adalah sentiasa mengamalkan sikap ‘happy’ dan ceria dan apa jua yang kita buat perlulah ikhlas. Jika kita ikhlas, dari dalam itu yang akan membuatkan kita cantik dan kekal sihat.
Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, apatah lagi mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas di kotak fikiran selama ini.
Berkongsi kisah hijrahnya, Diana Amir mengenakan hijab, titik permulaan untuk dia memperbaiki diri.
“Mak mentua tunjuk gambar saya yang tak berhijab. Dia kata semua ini dosa, tetapi masa itu hati saya keras. Saya rasa tak apa-apalah, yang penting saya baik dan tak kacau orang. Apabila orang sekeliling tegur pemakaian saya, jadi masa itu saya mula tersentuh.”
Berkongsi saat-saat mahu mengenakan niqab, Diana akui mula tersentuh dengan teguran orang sekeliling. Diana menyifatkan penghijrahannya bukti cinta pada yang maha Esa kembalinya pulang dari mengerjakan ibadah umrah.
“Saya rasa penghijrahan saya agak perlahan sebenarnya sebab saya mula ada rasa suka nak berniqab sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Saya pergi umrah 2019.
Dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, 7, Khadija Azzehra, 5, dan Muhammad Khalid Al Habib, 3. Segala perubahan dirinya pasti ada pandangan orang sekeliling, apatah lagi insan tercinta. Jujurnya apabila insan tersayang menyokong baik perubahannya adalah satu langkah baik menuju pada apa yang diinginkan dalam perubahan ini.
Dalam temubual rancangan temubual bersama Nelofa, Diana Amir dedahkan bagaimana hatinya rasa terbuka untuk berhijrah dengan mengenakan niqab. Perjalanannya bukan mudah, namun dengan izinNya dia nekad melakukan perubahan.
“Sudah tentu, waktu buat umrah, kita suka pakai niqab. Waktu itu saya juga ada buat satu hantaran, saya cakap perasaan pakai niqab ini buat saya rasa selesa, bebas dan rasa macam ialah diri saya. Orang lain tak perlu tahu siapa saya. Yang penting, saya dan Allah. Saya rasa sangat bebas.
“Tapi saya ada bagitahu yang saya tak bermaksud nak pakai niqab, sebab saya belum bersedia ketika itu. Namun balik daripada umrah, ada masanya saya pakai, ada masa tidak.
“Akhir tahun lepas, saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.
“Saya seorang yang kuat empati, bila saya dengar lagu ini rasa macam Allah sedang bercakap dengan saya dan saya sedang bercakap dengan Allah. Daku datang kepada-Mu Ya Allah.
“Waktu itu saya sedang berniqab, saya rasa rindu sangat pada Makkah dan Madinah. Saya nak jadi hamba yang Allah tahu saya sayang pada Dia. Saya rasa macam memakai niqab itu bukti cinta pada Allah. Semasa saya pakai niqab tu saya pakai kerana niat saya,” kongsinya.
Kelulusan mengayakan pemakaian pastinya memerlukan izin suami tercinta.Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013. Hijrahnya disokong baik oleh suami dan beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar.
“Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat.”
Jika dilihat niqab ini boleh dikatakan sebagai trend dan fesyen di kalangan hijabi. Ada juga kerisauan dikalangan peminat Diana tidak dapat lagi menatap wajahnya.
“Saya rasa, tak apa, tak perlu lagi pandang saya. Memang orang kenal saya sebagai diri saya sendiri. Bukan kerana fesyen atau muka atau rupa. Cukup kenal saya sebagai seorang muslim.
Tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, Diana nekad ucapkan selamat tinggal dunia seni. Diana kini mahu lebih fokus dengan dirinya sahaja.
“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
“Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.
“Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja,” kongsi Diana.
Mati itu pasti, saat itu yang menjadi rahsia agar kita sentiasa bersedia menghadap Ilahi. Menginsafi bahawa masa muda akan meninggalkan kita, selebriti ini akui kita juga akan dijemput bila-bila masa sahaja.
“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.
“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.
“Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” ujarnya baru-baru ini dalam sebuah program bual bicara.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berkumur minyak kelapa sudah dilakukan sejak 3000 tahun lalu dalam perubatan Ayuverda atau perubatan kuno India. Menurut Ayuverda, berkumur minyak kelapa dapat membersihkan seluruh sistem tubuh.
Setiap bahagian lidah terhubung dengan organ yang berbeza, seperti ginjal, paru-paru, hati, jantung, usus kecil, perut, usus besar, dan tulang belakang. Sama dengan konsep yang perubatan tradisional Cina dan urut refleksi.
Jika ingin tahu manfaat sihat berkumur minyak kelapa setiap pagi, Jom baca artikel ini sis!
Berkumur minyak kelapa selama beberapa minit dapat membersihkan celahan gigi, di bawah gusi, di sepanjang lidah, dan di permukaan gigi sehingga bakteria tersingkir. Ketika memuntahkan minyak, mikroba keluar tersebut dari tubuh.
Sekiranya penyerang kecil dikeluarkan dari mulut, ia tidak boleh masuk ke usus, di mana 80% sistem imun kita berada.
Salah satu manfaat kesihatan dari berkumur minyak kelapa adalah meningkatkan kebersihan mulut sehingga bau mulut atau halitosis yang disebabkan oleh bakteria hilang. Para penyelidik dalam sebua kajian pada 2011 menyatakan setelah dua minggu bilas minyak didapati tanda-tanda halitosis berkurang.
Mereka menyimpulkan bahawa terapi kumur minyak sama efektifnya dengan chlorhexidine (antibakteria yang digunakan dalam ubat kumur) pada halitosis dan bakteria yang terkait dengan halitosis. Ini kabar baik untuk hijabi yang punya masalah bau mulut.
Berkumur minyak kelapa boleh mencegah dan mengurangkan radangan gusi. Radangan gusi atau disebut juga gingivitis merupakan bentuk penyakit gusi yang menyebabkan iritasi, kemerahan, dan radang pada gusi. Kajian pada 2015 melihat secara spesifik peranan yang dimainkan oleh minyak kelapa pada radang gusi selama 30 hari.
Setelah tujuh hari berkumur minyak kelapa, para peneliti menemukan bahawa kedua gejala plak dan gingivitis menurun secara signifikan. Gejala-gejala ini terus berkurang sepanjang bulan ini.
The National Institute of Dental and Craniofacial Research menuntut bahawa karies gigi (kerusakan gigi) adalah penyakit kronis yang paling umum terjadi pada anak-anak dan orang dewasa. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Ayurveda dan Integrative Medicine, berkumur minyak kelapa adalah salah satu cara untuk mencegah masalah kerosakan gigi.
Sebuah kajian yang mengkaji pendekatan holistik terhadap kesihatan mulut juga menemukan bahawa berkumur minyak kelapa adalah salah satu solusi alami yang paling efektif untuk mencegah kerosakan dan kehilangan gigi.
Kini, kebersihan mulut yang baik telah dikaitkan dengan jantung yang lebih sihat. Penelitian yang berkembang menunjukkan bahawa bakteria dan peradangan pada mulut berkaitan dengan penyakit seperti serangan jantung dan demensia.
Menurut para ilmuwan, peradangan yang disebabkan penyakit gusi mungkin berkaitan dengan kedua penyakit tersebut. Kebersihan mulut yang teruk dikatakan dapat memburukan keadaani jantung yang ada.
Sudah tahu bukan manfaat kumur mulut dengan minyak kelapa? Hijabi boleh mencuba berkumur di rumah. Cara berkumurnya, boleh tuang minyak kelapa satu sudu makan lalu masukkan ke dalam mulut. Mulailah berkumur perlahan hingga terkena seluruh bahgian gigi dan lidah. Aturannya, berkumur selama 20 minit waktu pagi sebelum sarapan setiap minggu.
Bagi pemula, coba latihan 5 minit dahulu untuk melatih otot-otot rahang agar kuat. Setelah selesai, jangan sampai tertelan air kumuran dan segera buang. Kemudian, kumur lagi menggunakan air biasa dan berus gigi seperti biasa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apakah yang akan terjadi sekiranya jenama mewah dan eksklusif, dUCk milik ikon bisnes fesyen terkenal Vivy Yusof bertukar nama kepada Chicken? Pelik bukan?
Menerusi perkongsian dari Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof, dia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram tentang perbualannya bersama dengan putera sulungnya, Daniel Azim Shah atau lebih mesra dengan panggilan Daniel.
Dalam perbualan itu, Daniel bertanyakan kepadanya mengenai logo jenama dUCk yang menghiasi dompetnya itu.
Apa yang menjadi bahan jenaka perbualan mereka berdua ini, apabila anak lelakinya itu menunjukkan wajah yang tidak teruja apabila mendengar penjelasan Vivy tentang logo tersebut.
Saya menjelaskan kesemuanya tentang sejarah nama dUCk kepadanya, “Ia lebih catchy, lebih ramah dan semua orang boleh menyebutnya.” Daniel kelihatan tidak berminat. “Saya rasa ia bukanlah idea yang menarik.”
Apabila melihat reaksi anaknya itu, Vivy terus bertanyakan tentang kenyataan dari Daniel itu.
Kerana bila orang ramai membuat carian di Google tentang nama dUCk, segala perkara tentang haiwan akan keluar dulu. Bukan jenama anda.
Terkejut dengan jawapan yang dikeluarkan dari seorang budak lelaki berumur 8 tahun, Vivy merasakan bahawa anaknya sudah bijak dalam bidang penjenamaan.
Oleh kerana itu, Vivy meminta pendapat warganet tentang nama yang sesuai untuk menggantikan dUCk. Ramai yang berkongsi idea untuk menggantikan nama baru sehingga ada yang mencadangkan untuk menukar jenama dUCk kepada Daniel. Lawak betul!
Sedikit info, hasil perkahwinan Vivy bersama suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, Sarah Ilham Shah dan Idris Ali Shah.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.