Kecantikan

Garisan Kening Kanan Dan Kiri Tak Sama? Alamak Risau! Miliki Solekan Kening Yang Sempurna Dengan 5 Tip Ini!

Share

Garisan kening kanan dan kiri tak sama? Ah risau! Ini bukan perkara biasa yang anda boleh ambil ringan ya! Bukan sahaja orang akan labelkan anda tidak pandai bersolek, tetapi solekan anda akan tampak seperti kanvas putih untuk aktiviti melukis kanak-kanak. Malulah!

Sumber gambar: Loreal Paris USA

Jangan risau! Bawa bertenang. Untuk mendapatkan lukisan garisan kening yang sempurna bukan senang tetapi ia akan jadi lancar apabila anda tahu teknik yang betul untuk melakukannya! Jadi, team Hijabista akan kongsikan kepada anda teknik yang betul melukis kening yang kemas, rapi dan sempurna!

Sumber gambar: Dorno

Langkah 1

Solekan yang kemas tidak akan dimiliki tanpa peralatan yang mencukupi. Oleh itu, pastikan anda memiliki peralatan yang lengkap seperti celak kening dan juga maskara kening. Gunakan ‘concealer’ cerah bagi anda yang tidak mahu untuk cukur kening untuk memastikan garisan kening lebih kemas dan tidak comot.

Langkah 2

Seterusnya, lukis bahagian bawah kening dengan dengan satu garisan lurus. Pastikan di bahagian hujung kening di lukis dengan jelas. Langkah ini bukan sahaja menjadikan mata anda tampak lebih seksi dan galak, tetapi ia juga menjadikan mata anda lebih kecil.

Sumber gambar: The List

Langkah 3

Kemudian, lukis bahagian atas pula dengan satu garisan lurus dan lukis lekuk di bahagian hujung bagi membentuk kening yang sempurna.

Langkah 4

Ratakan warna kening dengan oles-kan maskara kening. Di nasihatkan agar anda menggunakan tona yang sedikit cerah bagi memastikan kening anda natural. Jangan menggunakan tona yang begitu terang kerana ia membuatkan solekan anda tampak berat dan terlalu beria!

Sumber gambar: Nataliya

Langkah 5

Langkah terakhir, kemaskan bawah kening dan penjuru kening dengan menggunakan concealer bagi menutup celaan solekan anda.

Mudah kan untuk memiliki solekan kening yang sempurna? Apa yang penting, anda harus tahu teknik yang betul dan usah berputus-asa untuk sellau mencuba dan terus mencuba menghasilkan solekan yang cantik, kemas, rapi dan sempurna!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

IKLAN