Gadis HIJABI Ini Bukan Saja CANTIK & Manis Tetapi Juga BIJAK. Pandai Aktor Lelaki Ini Didik Anak

Share

Minggu ini penuh dengan ‘post’ di laman sosial melihat graduan yang menerima ijazah dalam bidang masing-masing. Pelbagai gambar selfie diambil oleh mereka yang dilabel gen-y ini. Cukup kreatif sekali. Dalam ramai-ramai yang konvokesyen salah seorang adalah anak kepada pelakon drama, aktor Zulkifli Ismail. Kelibat pelakon hebat ini sering kita lihat di kaca televsyen membawakan watak sebagai suami atau ayah yang baik ataupun watak golongan korporat.

Dia yang hadir menemani anaknya yang turut menerima ijazah SARJANA di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Bukan calang-calang kursus yang diambil tetapi gadis yang cukup manis berhijab ini menerima Ijazah Sarjana Sastera (pengajian Bahasa – Master Of Art (Language Studies). Pelakon in turut memuat naik gambarnya bersama anak gadisnya turut mengundang usikan netizen. Ramai mengucapkan tahniah dan memuji kecantikan

gadis ini.

@arosdi tahniah juga @aktorzulkifli uve been such a wonderful dad

@eda_saleh Tahniah. Sejuk hati mak ayah

@secretrose01 Cantiknya anak en. Zul..

Jika dilihat di laman IG menggunakan nama, Zulfati Izazi juga seperti gadis remaja lain. Gemar sekali menggunakan medium sosial untuk berkongsi segala aktivitinya bersama followernya. Gayanya cukup ringkas dengan OOTD yang sesuai dengan usianya. Lebih manis melihat senyuman Zulfati Izazi ini yang boleh buat hati cair melihatnya.

Walaupun sibuk di set penggambaran, namun aktor Zulkifli tidak lupakan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Beliau akan menghabiskan masa bersama keluarga jika tidak berada di set penggambaran.

Malah isteri Zulkifli dan mama kepada Zulfati ini juga turut dianugerahkan Ikon Guru Wilayah Persekutuan 2017. Jadi tidak hairanlah dia juga mewarisi kebijaksanaan kedua ibu bapanya hingga berjaya mendapat MASTER. Zulfati juga dilihat cukup rapat dengan adik lelakinya tunggalnya, Zulzarif Irfan.

Zulfati yang baru sahaja menyambut harijadi ke 25 Ogos lalu ini juga turut aktif menulis blog

di bawah nama zulfatiizazizulkifli.blogspot.my sejak 2013 untuk berkongsi pengalaman dan apa jua aktiviti yang dilakukan. Selain itu Zulfati atau nama panggilannya Jaji turut menjual barangan kraf di www.kotakraf.com.

Ayuh, kita lihat gaya hijabi Zulfati yang sangat simple, sweet dan happy go lucky.

1. Pencinta Kucing

2. Menawan Dengan Gaya Santai

3. Rapat Dengan Adik Lelakinya

4. Baru Menyambut Usia 25 Tahun

5. Manis Sekali Senyumannya

6. Ranggi Menggayakan Jaket Denim ‘Patch’

7. Kurung Moden Jadi Pilihan

8. Sangat Cantik

9. Gaya Kasual

10. Padanan Mix & Match Cukup Menarik

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZULFATI IZAZI ZULKIFLI

IKLAN