Foto Terbaru Anak Gadis Pengasas Dnars Skincare Ini Dikatakan Wajah Seiras Bondanya. Memang Cantik!

Share

Diam tak diam sudah hampir 40 hari pengasas komsetik Dnars Skincare Allahyarham Hajah Faziani Robhani bertemu Maha PenciptaNya. Dan tiga hari lepas telah diadakan majlis tahlil untuk mengingati pemergian Allahyarhamah.

Dalam status dimuat naik anak perempuannya, Irdiena Hakim, 16 tahun turut memberitahu amalan yang tidak akan dilupakan oleh arwah ibunya itu.

Antaranya adalah bersedekah dan memberi makan walaupun kepada musuh. Jika melihat instagram anak perempuan Allahyarham bagaikan dalam melihat semangat juang dalam dirinya.

Malah dalam satu posting dimuat turut juga dia memberitahu bahawa kesedihan itu bukan penamat segalanya, tetapi permulaan kepada sebuah kebangkitan.

dnarfaziani kesedihan bukanlah penamat buat segalanya ,namun ia adalah sebuah permulaan bgi sebuah ‘KEBANGKITAN

Biarpun kehilangan insan paling disayangi, tetapi gadis muda ini kelihatan sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab meneruskan legasi perniagaan keluarga yang telah dimulakan oleh ibunya ini.

Sekali imbas seperti melihat diri Allahyarhamah Faziani, malah wajah kedua-duanya juga  juga hampir sama.

Seperti kebanyakan hijabi lain, dia  yang baru berusia 16 tahun uga bijak bergaya dengan #OOTD yang digemarinya. Memang saling tak tumpah seperti ibunya sendiri.

#1. azeian Comey mace mama

#2. nnruu.ashiiia Copy paste your late mom. #hebatdnars

#3. zlinain79 Ya Allah… Sekali imbas sama sgt la syg dgn arwah ur mummy… Shocked tgk . Copy paste la syg.. Kakak kuat!

#4. rslni Wajah seiras bonda

#5. rabiyah861 Cantiknya….ada iras2 arwah mak.

#6. rai.anne_tupperwaremys Sama sgt senyuman tu dear..semoga arwah mami dtempatkn dsyurga firdaus

KREDIT FOTO: INSTAGRAM DNAR FAZIANI

 

 

IKLAN