Merujuk kepada hitungan falak bahawa satu fenomena Gerhana Bulan Penumbra akan berlaku pada 11 Januari 2020 bersamaan 15 Jumadal Ula 1441H. Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.

Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan yang sama. Umumnya gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas bulan.

Dalam kajian ahli falak, gerhana merupakan salah satu fenomena penghijaban (occultation). Ketika gerhana bulan, kesan gelap yang wujud pada permukaan bulan adalah kesan dari bayang bumi yang jatuh ke atas bulan. Namun bayang bumi wujud dalam dua bentuk. Pertama ialah bayang umbra (Dzil) dan kedua ialah bayang penumbra (Syibhu Dzil).

Gambar Perbezaan Ketika Bulan Purnama Dan Ketika Gerhana Bulan Penumbra

Umbra merujuk kepada bahagian paling dalam dan paling gelap dari bahagian bayang. Dalam konteks gerhana bulan, bayang umbra akan menyebabkan pencerap akan melihat kesan gelap yang lebih ketara. Ketika bulan memasuki bayang umbra, cahaya bulan akan merosot hingga bulan akan bertukar sama ada menjadi hitam, merah atau oren.

Gerhana Bulan Penumbra 11 Januari 2020 Oleh Fred Espanak

Bagi umat Islam, solat gerhana sunat dilaksanakan ketika berlakunya gerhana. Para ulama telah sepakat meletakkan syarat bahawa solat gerhana hanya akan dilaksanakan ketika jelas kesan gelap di bulan. Namun Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada 11 Januari ini, tidak mudah untuk dikenal pasti oleh mata kasar. Ini kerana bulan akan hanya memasuki bayang penumbra yang agak kabur, tanpa menyentuh bayang umbra yang lebih gelap. Apatah lagi tanpa bantuan dan rujukan kepada hisab yang disediakan terlebih dahulu, sukar untuk diketahui.

Walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata itu tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak disyariatkan. Permukaan bulan hanya akan mengalami sedikit perubahan warna dari putih bersinar ke warna putih suram, malah pencerap mungkin keliru dengan warna bulan yang kelihatan malap, hingga disangka perubahan cahaya bulan yang berlaku hanyalah kerana wujudnya awan.

Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunnah yang boleh dilakukan ketika kejadian gerhana sepertimana yang disyorkan oleh Rasulullah . Di antaranya ialah

7 Amalan Sunnah Ketika Berlaku Gerhana berikut :

1. Solat Sunat Gerhana

إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَصَلُّوا حَتَّى يُفْرَجَ عَنْكُمْ

IKLAN

Rasulullah ﷺ bersabda: Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kamu melihat (gerhana) nya, maka dirikanlah solat hingga menghilang gerhana itu dari kamu.” (HR Bukhari)
.
Dari ‘Aisyah isteri Nabi ﷺ, ia berkata, “Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Nabi . Baginda keluar menuju masjid, lalu orang-orang membuat barisan di belakang Baginda, Baginda lalu takbir dan membaca surah yang panjang. Lalu Baginda takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH dan berdiri tanpa sujud. Kemudian Baginda membaca bacaan yang panjang namun tidak sebagaimana bacaan yang pertama, lalu takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang namun tidak sebagaimana rukuk yang pertama, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH terus kemudian sujud. Setelah itu Baginda melakukannya seperti itu pada rakaat yang akhir sehingga sempurnalah empat rukuk dalam empat sujud. Dan matahari nampak kembali sebelum solat Baginda selesai. Selepas itu Baginda berdiri (menyampaikan khutbah) dengan memuji Allah dengan pujian yang berhak untuk-Nya, Baginda bersabda:

“Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan gerhana tidak akan berlaku hanya kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kamu melihat (gerhana) keduanya, maka bersegeralah mendirikan solat.” (HR. Bukhari – 988)

2. Bertakbir, Tahmid Dan Tahlil

و حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْقَوَارِيرِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي الْعَلَاءِ حَيَّانَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ
بَيْنَمَا أَنَا أَرْمِي بِأَسْهُمِي فِي حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ فَنَبَذْتُهُنَّ وَقُلْتُ لَأَنْظُرَنَّ إِلَى مَا يَحْدُثُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي انْكِسَافِ الشَّمْسِ الْيَوْمَ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ يَدْعُو وَيُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ وَيُهَلِّلُ حَتَّى جُلِّيَ عَنْ الشَّمْسِ فَقَرَأَ سُورَتَيْنِ وَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ

Telah menceritakan kepadaku Ubaidullah bin Umar Al Qawariri telah menceritakan kepada kami Bisyr Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Al Jurairi dari Abul Ala` Hayyan bin Umair dari Abdurrahman bin Samurah ia berkata;

“Pada suatu waktu di masa Rasulullah ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu kulemparkan semua alat permainanku itu. Aku berkata;Aku akan melihat apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah apabila terjadi gerhana matahari seperti itu. Setelah aku sampai ke tempat Baginda, aku dapati Baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, takbir, tahmid dan tahlil sehingga matahari terang kembali. Baginda membaca dua surah dan solat dua rakaat.” (HR Muslim – 1519)

3. Berzikir Dan Beristighfar

Banyakkan berzikir dan beristighfar iaitu memohon ampun kepada Allah SWT.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ فَأَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ رَأَيْتُهُ قَطُّ يَفْعَلُهُ وَقَالَ هَذِهِ الْآيَاتُ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنْ
{ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ }
فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-‘Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin’ Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari, Nabi berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Baginda lantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Baginda pernah lakukan. Kemudian Baginda bersabda: “Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.” (HR Bukhari – 999)

4. Berdoa

Di antara doa yang sering dibaca terutama ketika khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :

5. Berlindung Daripada Azab Kubur

فَقَالَ إِنِّي قَدْ رَأَيْتُكُمْ تُفْتَنُونَ فِي الْقُبُورِ كَفِتْنَةِ الدَّجَّالِ قَالَتْ عَمْرَةُ فَسَمِعْتُ عَائِشَةَ تَقُولُ فَكُنْتُ أَسْمَعُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ يَتَعَوَّذُ مِنْ عَذَابِ النَّارِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ

Rasulullah ﷺ bersabda: “Sungguh, saya telah melihat bahawa kamu akan diuji di alam kubur nanti sebagaimana fitnah Dajjal.” Amrah berkat; Saya mendengar Aisyah berkata, “Setelah itu, saya mendengar Rasulullah meminta perlindungan dari azab neraka dan azab kubur.” (HR Muslim-1056)

6. Bersedekah

حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا يُخْسَفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا

Telah menceritakan kepada kami Al Qa’nabi dari Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari’ Urwah dari ‘Aisyah bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau hidupnya salah seorang, apabila kamu melihat perkara itu, maka berdoalah kepada Allah ‘azza wajalla, bertakbirlah serta perbanyak sedekah.” (HR Abu Daud-1006)

7. Membebaskan Hamba / Tahanan

حَدَّثَنَا رَبِيعُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ فَاطِمَةَ عَن أَسْمَاءَ قَالَتْ: لَقَدْ أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَتَاقَةِ فِي كُسُوفِ الشَّمْسِ

Telah menceritakan kepada kami Rabi ‘bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Za’idah dari Hisyam dari Fatimah dari Asma’ berkata, “Nabi telah memerintahkan untuk memerdekakan (membebaskan) hamba ketika terjadi gerhana matahari.” (HR Bukhari – 995). Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan”.

SUMBER: mufti Selangor