Sebagai seorang wanita, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat bergelar sebagai ibu. Dalam kata lain, kebahagiaan dan kesempurnaan itu dapat dikecapi saat menatap zuriat sendiri selepas mendirikan rumah tangga. Namun, rezeki itu hanya Allah yang tahu tentang masanya. Lambat atau cepat, segalanya dari Allah SWT.

Begitulah yang diluahkan oleh pelakon serta pengacara, Siti Elizad atau nama sebenar, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, yang berdoa perihal zuriatnya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya, semalam.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Elizad menitipkan rasa kesabarannya yang menanti kurniaan zuriat dari Yang Maha Esa. Baginya, ini merupakan sebuah ujian yang diberikan kepadanya untuk menguji tahap kesabaran dirinya untuk terus bersyukur dengan apa yang terjadi.

Allah tiupkan kekuatan dengan ujian yang diberi. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik rasa sabar. InsyaAllah sampai masa, Allah beri sesuatu sebagai ganjaran. Terus berdoa, tenang, senyum & bersyukur. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar & redha.

Sempena meraikan sambutan ulang tahunnya lewat 30-an, Elizad turut menzahirkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat seperti kaum wanita yang lain. 

IKLAN

Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat, dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.

Bagi dirinya, dia tidak pernah berhenti untuk terus berdoa dan akan berharap untuk sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

Hari ini hari kelahiran kita. Lewat 30-an, masih terus berharap, cekal, bahagia.

Hantaran yang dimuatnaik itu juga turut mendapat komen positif dari rakan-rakan artis yang mendoakan tentang harapan Elizad untuk bergelar ibu. Antara yang turut komen adalah Awal Ashaari, Elly Mazlein, Shuib Sepahtu, Dynas Mokhtar dan lain-lain lagi.

IKLAN

“InsyaAllah, Allah tak pernah kejam pada hamba-hambanya. Ada sinar buat Ijat dan hubby dipenghujung nanti, sabar dan tawakkal dan bersabar. Ingat, Allah cuma menduga hambanya yang kuat, kan Cik Ijat? Happy Birthday and May Allah fulfill all your doa’s. Amin,” komen Awal Ashaari.

“Happy birthday my love..sayang kakak.. Moga segala kebaikan buatmu..,” komen Elly Mazlein.

“MasyaAllah, Selamat Ulang Tahun kelahiran. Orang baik Allah pasti permudahkan segala urusan. InsyaAllah semoga yang baik-baik akan datang. Semoga bahagia rumah tangganya. Semoga dirahmati Allah SWT sehingga ke akhirnya,” komen Shuib Sepahtu.

Sekadar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil. Dia dan suami, Shamsul Baharin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 tidak pernah berputus asa dan tetap berikhtiar untuk mendapat zuriat.

IKLAN

Team Hijabista turut mendoakan agar Elizad akan dikurniakan cahaya mata yang baik sifatnya. Semoga Elizad terus berdoa dan bersabar menanti kehadiran zuriatnya. InsyaAllah, Amin YA RABB!

Sumber gambar: Instagram Siti Elizad

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI